ARTIKEL PANAS!!!

Isnin, 29 April 2013

DULU BENCI, SEKARANG....

Insan ini satu ketika dahulu, diwar-warkan oleh pentaksub totok pakatan haram sebagai salah seorang anggota konspirasi dalam kes liwat pertama si anugerah Tuhan mereka. Rasanya, bertingkat-tingkat cacian, kutukan dan makian dihamburkan kepada insan ini. 


Insan ini juga yang pernah memegang tampuk tertinggi pemerintahan pasukan keselamatan Malaysia dituduh mempunyai kaitan dengan taiko kongsi gelap di negara ini. Malahan, pelantikan pegawai kanan pasukan keselamatan semasa zaman beliau dikatakan ditentukan oleh taiko-taiko berkenaan. Tuduhan itu dibuat oleh bekas pegawai kanan beliau sendiri dan dipercayai bulat-bulat oleh pentaksub totok pakatan haram. Kerana apa? Kerana dendam akibat tuduhan penglibatan beliau dalam konspirasi di atas.

Itulah nasib bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Nama Musa seolah-olah begitu jijik didengar oleh pentaksub totok pakatan lantaran dosanya terhadap si anugerah Tuhan terlalu besar dan amat sukar diampunkan. Tapi itu dulu...
Sumber : Keldai Daily 29/04/2013
Hari ini, Musa yang pernah menjadi musuh paling utama pentaksub totok pakatan haram, tiba-tiba dilantik menyertai Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat. Sungguh menghairankan, musuh ketat tiba-tiba dilantik menjadi penasihat keselamatan. Tetapi, itulah asam-garam dunia politik. Tiada kawan yang kekal selamanya dan tiada musuh yang juga kekal selamanya. Dan kawan takkan terkejut jika segala dosa-dosa Musa yang lepas akan diampunkan serta-merta dan beliau akan menjadi sesuci kain putih bak ibarat dilahirkan semula tanpa dosa terhadap pakatan haram.

Bagus juga Musa menganggotai majlis berkenaan. Sekurang-kurangnya, dia boleh tolong  menyumbang kepakarannya untuk menyiasat beberapa kejadian yang melibatkan bilik gerakan BN seperti letupan bom di Nibong Tebal dan beberapa serangan bom petrol. Yang terbaru adalah ugutan bunuh terhadap bekas sekutu rapat si anugerah Tuhan, Datuk S Nallakarupan. Jangan nanti yang disiasat cuma kes ugutan terhadap Cina tokong dan kejadian bakar kereta anak calon parti keldai, Xavier Jayakumar saja. Nak bagi nasihat atau siasat, kenalah adil, betul tak?

Apapun, selamat berjaya diucapkan kepada Musa. Kawan tunggu juga samada khidmat Musa masih diperlukan selepas 5 Mei nanti. Jangan nanti, habis PRU, khidmat Musa juga berakhir ibarat habis madu, sepah dibuang. Musa kenalah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Maklumlah, dah banyak terjadi mereka yang berjawatan tinggi dalam PR, akhirnya disisihkan sebelum dibuang begitu saja oleh mereka. Jangan pulak Musa merasa kecewa kerana dipergunakan ketika perlu saja. Good luck, bro....  

     

1 ulasan:

  1. BEKAS IGP MENJADI PENASIHAT KESELAMATAN
    apa kaitan dengan JPM 5.5.13 ?
    apa kaitan dengan PutraJaya

    Penglibatan Musa sebagai penasihat keselamatan ke majlis keselamatan PR adalah:
    1.PR yakin amat yakin bersunggoh yakin bahawa akan menjadi huru hara selepas 5 hb Mei.
    2.PR tidak yakin akan kemenangan BN.
    3.Mengambil preemptive action dan chekmate.(sendiri fikir senario senario dan opsyen)
    4.Tidak yakin akan impartiality instituti polis dan tentera terhadap PR.
    5.Mencukupi barisan terlatih dan berpangkat tinggi kententeraan dan polis ATM,TLDM,TUDM PDRM untuk ada networks dalam pegawai tinggi tentera dan polis serta majlis DYMM Raja Raja.
    6.Bukti dan pamer dan tunjuk ada kredibilty kapada semua,lebih lagi Kommunity bizness cina dan antarabangsa.
    Yaani PR is bizness friendly.Bizness as usual, more bizness,for PR corporate supporters,kopitiams and white coffee and Ipoh tailors.
    7.Juga untuk memberi kesedaran kapada komponen pati PR bahawa PR ta mau Arab spring bermula dari ahli sendiri PR,dan ahli mereka patuh garis panduan agar tidak mencetus apa apa yang akan mengundang tindak balas.
    8.Akan memberi nasihat bersama dengan bekas anggota panglima dan pensyarah University pertahanan kapada PR , bila Ah Beng dapat jadi Menteri kewangan, di kategari apakah belanjawan pertahanan dan kepolisan dapat di kurang kan,tanpa menjejaskan tahap keselamatan negara, dan guna penjimatan untuk sokong akujanji PR.
    Syarat Ah Beng jadi Menteri Kewangan adalah lepaskan DUIT MINYAK yang tengah gelegak.
    9.Untuk siasat lebihan perbelanjaan pertahanan ketirisan bocor dan lain2 .
    10. Melengkap kan barisan kepimpinan secara UMUM dengan kenytaan” kita ramai TAN SRI TAN SRI.Tan Sri Dato Sri Datok SERI.seterus dan lain lain.
    Dan yang utama sekali, setiap anggan anggan cita cita rangkaian impian bagi ratusan ribu ahli dapat di lakukan dan di laksanakan segera,ya segera, sebab setiap kerangka sudah siap saga,Government is BIIIIIIGGGG bizness, berbillionbillion RM selama lima tahun,berbillioon RM, untuk di beri kapada manafaat kapada semua ahli ahli komponen yang telah susah payah menyokong PR susah payah, mesti dapat penghargaan,takkan tahniah dan terima kasih aje…. GOVERNMENT is BIIIIIIGGGGG Bizness.
    arjuna waspada

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...