ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 28 April 2013

INDAHNYA MIMPI INI...


PR ni selalu mendakwa kononnya dioranglah yang pakar dalam semua benda. Apa saja yang kerajaan buat, semuanya salah. Habis dibalunnya setiap rancangan kerajaan. Dalam masa yang sama pulak, diorang perkenalkan cadangan alternatif, kononnya bagi mengatasi kekusutan yang disebabkan oleh program yang direncanakan kerajaan.


Bagi kempen PRU13 ni, manifesto PR memasukkan tiga elemen yang nampak dekat di hati rakyat iaitu menurunkan harga kereta, menurunkan harga minyak petrol dan menghapuskan kutipan tol lebuhraya. Kononnya, tiga langkah ini akan membantu mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat.

Memang betul, kalau difikir untuk kesenangan individu, siapa yang tak nak kalau boleh dapat Toyota Camry baru dengan harga RM70,000 iaitu pada harga Toyota Vios sekarang. Dah tu, harga petrol pulak boleh dapat dengan RM1.50 seliter dan bebas bergerak di lebuhraya tanpa membayar tol. Wah.... mewah kita nak bergerak ke sana ke mari. Maklumlah, belanja dah kurang.

Dan penunggang motosikal mungkin adalah golongan yang paling gembira. Mana tidaknya, harga kereta kecil seperti Perodua Viva dan Myvi mungkin berada dalam lingkungan RM10,000 ke RM15,000 dan memungkinkan golongan ini memiliki kereta. Sekurang-kurangnya, keselamatan mereka lebih terjamin bila memandu kereta berbanding selalu menjadi mangsa kenderaan lain jika mereka menunggang motosikal. Dahtu, tak payahlah lagi penunggang motosikal berhenti berteduh di bawah jambatan jika hujan lebat. Maklum saja, makin banyak kes penunggang motosikal yang berteduh di bawah jambatan terlibat dalam nahas dilanggar oleh kenderaan lain. 

Yang jadi masalahnya, bila 3 cadangan di atas tu dilaksanakan, maka secara automatik, bilangan kenderaan terutamanya kereta di atas jalanraya akan bertambah. Kalau dilihat statistik pendaftaran kereta JPJ, trendnya semakin meningkat saban tahun sejak dari 2009. Itu dalam keadaan harga kereta yang tinggi. Agaknya, kalau harga kereta diturunkan, boleh tak jumlah pendaftaran kereta meningkat ke angka 1 juta setiap tahun?

Kalau dah begitu jadinya, kesesakan jalanraya akan menjadi norma hidup harian rakyat negara ini, tak kira di bandaraya, bandar besar mahupun kecil. Makin banyak masa rakyat yang akan terbuang kerana dihabiskan untuk mengharungi kesesakan jalanraya. Kalau sekarang, ada yang kena keluar rumah sekitar jam 6 pagi untuk memastikan mereka sampai ke pejabat tepat pada masa untuk memulakan tugas harian, tak mustahil bila bilangan kereta semakin bertambah, mereka terpaksa keluar rumah seawal jam 4 pagi... Maka bos akan merungut kerana produktiviti pekerja berkurangan akibat sering terperangkap dalam kesesakan lalulintas manakala masa berkualiti untuk bersama dengan keluarga juga makin berkurangan akibat terlalu banyak masa dihabiskan di atas jalanraya.

Itu belum lagi bercerita tentang nahas jalanraya. Sekarang ni pun, kadar kemalangan jalanraya Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Tak mustahil nanti Malaysia akan menjadi juara dunia atas sebab yang salah, sebagai negara yang paling banyak mencatat nahas jalanraya. Pada masa itu, kawan tak terperanjat jika syarikat insurans am di negara ini akan menaikkan kadar premium insurans kenderaan kerana risiko mereka kena membayar pampasan kepada mangsa nahas jalanraya semakin tinggi. Rugilah syarikat insurans ni jika mereka mengekalkan kadar premium seperti sekarang sedangkan mereka kena membayar pampasan yang lebih banyak akibat pertambahan kes kemalangan jalanraya dan kehilangan nyawa.

Dalam masa yang sama juga, akan berlaku masalah untuk meletak kenderaan. Sekarang ni pun, di beberapa bandar tertentu, kita kadangkala terpaksa "tawaf" beberapa kali untuk meletakkan kenderaan di sekitar tempat yang hendak kita tujui. Kita selalu merungut kerana tidak cukup tempat meletak kenderaan. Apalagi jika harga kenderaan semakin murah dan semakin ramai yang mampu untuk membeli kereta. Adakah penyedia perkhidmatan meletak kereta, baik majlis tempatan atau pengendali swasta mampu menangani dan menampung masalah kekurangan tempat meletak kereta di masa akan datang? Maka, akan berlakulah masalah "double" atau "triple" parking pasal perangai rakyat Malaysia yang suka meletak kenderaan sehampir mungkin dengan tempat yang dituju mereka tak kiralah di tempat yang betul mahupun tidak. Makin banyaklah nanti kejadian bergaduh kerana kereta yang diletakkan di tempat yang betul tidak boleh keluar akibat dihalang oleh kereta lain (sekarang ni pun dah banyak terjadi....). 

Itu belum lagi bercerita tentang impak ketiga-tiga langkah di atas terhadap kegiatan ekonomi terutamanya kepada pengeluar kenderaan, vendor pembekal peralatan kenderaan, penjual kereta terpakai, pemilik stesen minyak dan syarikat pengendali lebuhraya serta mereka yang terlibat dalam aktiviti rantaian ekonomi yang terlibat. Mungkinkah akan berlaku pembuangan pekerja jika syarikat-syarikat yang terlibat tidak mampu untuk menyerap lebihan kos yang berpunca dari ketiga langkah di atas? Ke mana pula pekerja yang kehilangan pekerjaan ini akan ditempatkan? Adakah mereka akan mendapat gaji yang sama atau lebih baik jika mereka mendapat pekerjaan di sektor ekonomi lain?

Seperti yang kawan katakan di atas tadi, memang janji yang dibuat oleh pakatan haram ini nampak manis dan menarik. Tapi ia cuma untuk kepentingan individu sahaja. Janji-janji manis ini cuma mengambilkira keuntungan jangka pendek sedangkan impak jangka panjangnya sama sekali tidak dipedulikan. Yang akan menderita nanti akhirnya adalah rakyat juga. Sesuatu yang akan dilakukan itu, pasti akan mendatangkan kesan kepada kita selaku individu dan negara secara keseluruhannya. Kita ingin memiliki kereta pada harga yang murah, petrol dengan harga yang rendah dan menggunakan lebuhraya tanpa sebarang kos. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk menyerap kesan sampingan dari kehendak kita yang inginkan segalanya murah atau percuma? Fikirkan dengan rasional bukan emosional. Jangan nanti mimpi indah bertukar menjadi igauan ngeri. Bak kata pepatah orang tua, sudah terhantuk baru terngadah....    
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...