Sebelum korang baca lanjut artikel ni, kawan nak korang tengok dulu tajuk artikel terbitan Keldai Daily ni :
Sumber : Keldai Daily 29/03/2013 |
Perasan tak apa yang tak kena? Tajuk artikel ni saja dah cukup buat kawan pening.... Korang pening jugak tak?
Loyar yang pegang jawatan Naib Presiden Parti Keldai Rakyat ni, pasal marahkan Zul Nordin kerana beri ceramah yang dikatakan menghina agama Hindu, suruh Umno pulak bertanggungjawab... Dia ni, lawyer ke loyar? Kalau dia lawyer, takkan dia tak tahu, Zul Nordin bukannya ahli UMNO pun, apatah lagi pegang apa-apa jawatan dalam UMNO? Zul Nordin bukannya ahli parlimen yang mewakili BN pun, sebaliknya menang kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dalam PRU12 2008 atas tiket parti keldai tu. Lepas tu, bila dipecat oleh parti keldai, dia jadi ahli parlimen bebas. Dah namanya bebas, suka hati dialah nak bercakap hentam sesiapa pun.
Jadi, bila keluarnya rakaman video yang menunjukkan Zul Nordin berceramah mengenai tuhan agama Hindu, apa pulak kena-mengenanya dengan UMNO hingga UMNO pulak yang disuruh bertanggungjawab? Adakah UMNO yang suruh Zul Nordin bercakap sebegitu? Dah tentu tidak... Adakah UMNO bayar upah RM20 juta supaya Zul Nordin berceramah sebegitu? Kawan rasa tak mungkin UMNO nak membazirkan duit sebanyak itu. Jadi, mana pulak datang logiknya UMNO yang kena bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan Zul Nordin?
Kalau begitu, parti keldai pun kena bertanggungjawab jugak atas kenyataan Cina tokong Pulau Pinang tu yang hendak kalimah Allah dibenarkan penggunaannya dalam Bible Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia ni. Apatah lagi, de-facto leader (yang tak pernah pun dipilih oleh ahli parti) parti keldai si loyar ni sendiri menyokong kuat saranan Cina tokong tu hingga memaksa presiden parti Islam pun buat kenyataan menyokong jugak.
Berbanding dengan kes Zul Nordin ni yang langsung takde kena-mengena dengan UMNO, kes Cina tokong tu lebih berat lagi kesannya hinggakan mengundang bantahan dari ahli parti Islam sendiri yang pemimpinnya lena tidur sebantal dengan pemimpin parti keldai dan parti Cina tokong. Adakah loyar ni rabun hingga tak boleh bezakan kes mana yang lebih serius? Boleh tak dipertikaikan ilmu yang ada pada loyar ni?
Loyar ni jugak kata, PERKASA yang mana Zul Nordin adalah Naib Presidennya, adalah sekutu rapat UMNO dan kebal dari undang-undang. Apabila PERKASA mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman, tidak dikenakan apa-apa tindakan. Ya lah, PERKASA yang presidennya dipecat dari UMNO dikatakan sekutu rapat UMNO dan kebal dari tindakan undang-undang. Kalau begitu, apa pulak halnya dengan Dong Jiong yang kerap mengutarakan permintaan kontroversi bagi pendidikan di sekolah Cina, pernahkah diambil tindakan undang-undang? Kalau Melayu yang bersuara, disuruh kenakan tindakan undang-undang. Kalau Cina atau India yang bersuara, itu hak mereka? Ni bukan keadilan namanya, tapi KELDAI!!! Itu belum lagi cerita pasal SUARAM yang perangai pun macam haram memburukkan nama negara di peringkat antarabangsa...
Inilah bahananya kalau dah terbiasa menuding jari kepada orang lain. Asal ada hal saja, semuanya salah UMNO. Seolah-olah UMNO yang terlalu berkuasa hingga boleh mengawal dan mengarahkan setiap kejadian yang berlaku di negara ini. Dia langsung tak sedar, parti keldai dia mempunyai saham yang besar dalam menghuru-harakan keamanan yang dikecapi oleh rakyat negara ini sejak dari tahun 1998 lagi. Tolong-tolonglah jenguk ke dalam kain parti keldai tu sendiri, adakah semuanya betul dan sempurna kat dalam parti keldai tu? Jawapannya... dah ramai yang tahu bagaimana perangai keldai, begitu juga dengan parti yang membawa resmi keldai tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.