ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 12 Mei 2013

TAKKAN MENTARI MENDUNG SELAMANYA...

Kawan sungguh bersimpati dengan bencana yang menimpa bekas Ketua Menteri negeri kelahiran kawan, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tiada siapa yang menduga bahawa seorang Ketua Menteri yang amat berjasa membangunkan negeri kecil yang tiada hasil bumi itu, tumbang di kawasan kampung halamannya sendiri. Tumbangnya pula adalah kepada manusia kerdil yang langsung tiada memberikan sumbangan untuk pembangunan negeri Melaka, sebaliknya hanya tahu berceramah dan berdemonstrasi.

Isnin, 6 Mei 2013

KALAU DAH KEMARUK...

Si anugerah Tuhan parti keldai dengan bingkas mengumumkan bahawa dia tidak menerima keputusan PRU13 dan mendakwa SPR merencana undi untuk memberi kemenangan kepada BN. Dalam ertikata lain, dia sendiri tidak mengiktiraf keputusan kemenangan dia di Parlimen Permatang Pauh, menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

Ahad, 5 Mei 2013

LU SIAPA NAK JAGA TEPI KAIN WA???

Kawan betul-betul tengah panas ni!!! Di tengah-tengah kesibukan rakyat Malaysia keluar mengundi pagi ni, ada pulak sekor malaun mat saleh ni yang bersuara kononnya bimbang PRU Malaysia diselubungi penipuan. Ek eleh... dari menyibuk campur urusan pilihanraya negara orang, pergi semak sistem pilihanraya negara kau sendiri. Dah bersih sangat ke?

Jumaat, 3 Mei 2013

DIA DAH BOLEH KELUAR FATWA LA....

Terus-terang kawan katakan, kawan memang merasa kagum yang teramat sangat kat parti terlebih Islam ni. Sesiapapun yang menyertai parti ni, tak kira dari latarbelakang apa sekalipun, tak kira sedangkal mana ilmu agamanya pun, pasti akan menjadi suci bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Jika ada kekotoran ataupun dosa silam, pasti akan terampun sebaik sahaja insan berkenaan menyerahkan borang keahlian parti ini.

DAH TAKDE MODAL LAIN KE???

Buat hari kedua berturut-turut, kawan menerima sms pada subuh hari dari nombor yang tak dikenali. Isi kandungannya apa lagi, nak burukkan kerajaan BN lah!!! Dahtu, guna nombor pelik bermula dengan +88. Ada kawan yang beritahu, biasanya nombor camni adalah nombor bagi kad SIM dari Bangladesh. Kalau benar, memanglah pengirim sms ni bacul, tak berani mendedahkan diri sebenar.

AIK, SUDAH TUKAR KA???

Kawan tengah pening ni.... Hampir-hampir nak dapat migrain pulak. Konfius pun ada. Mana satu kawan nak percaya, kawan pun tak tau nak kata. Dulu bukan main lagi dia belasah kita. Sekarang ni, sedar tak sedar, dia pun dah senada dengan kita nampaknya.

Rabu, 1 Mei 2013

HABISLAH, PAS DAH TERLONDEH...

Orang UMNO/BN dikatakan jahil dan tak tahu apa-apa pasal agama Islam. Sebab itu, bila orang UMNO bersuara pasal hal-ehwal Islam, pentaksub tegar Pas akan basuh cukup-cukup kerana pengetahuan ilmu agama orang UMNO amat cetek dan langsung tak setaraf dengan tok-tok guru mereka. Boleh disimpulkan, tok-tok guru dan pentaksub tegar Pas ni, ilmu agamanya tahap super-duper, tak ada tolok bandingnya. 

Isnin, 29 April 2013

DULU BENCI, SEKARANG....

Insan ini satu ketika dahulu, diwar-warkan oleh pentaksub totok pakatan haram sebagai salah seorang anggota konspirasi dalam kes liwat pertama si anugerah Tuhan mereka. Rasanya, bertingkat-tingkat cacian, kutukan dan makian dihamburkan kepada insan ini. 

BUSUKNYA TEMBELANG PEREMPUAN NI!!!

Mintak maaflah... Ni bukan kawan yang cakap atau mereka cerita. Fakta ni diberitahu oleh bekas kakitangan parti keldai sendiri. Takkanlah bekas kakitangan nak buat fitnah kat bos atasan dia. Dah tu, kenyataan ni dibuat bukan dalam akhbar "belaan" UMNO seperti Utusan Meloya ataupun Berita Hairan, tetapi di dalam web pendokong Pakatan, Free Malaysia Today... Takkan orang pakatan tak nak percaya pulak?

Ahad, 28 April 2013

INDAHNYA MIMPI INI...


PR ni selalu mendakwa kononnya dioranglah yang pakar dalam semua benda. Apa saja yang kerajaan buat, semuanya salah. Habis dibalunnya setiap rancangan kerajaan. Dalam masa yang sama pulak, diorang perkenalkan cadangan alternatif, kononnya bagi mengatasi kekusutan yang disebabkan oleh program yang direncanakan kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...