Raja Petra Kamarudin (RPK) pada satu masa dijulang sebagai pendokong reformasi nombor 1 di Malaysia. Laman web yang dikendalikannya, Malaysia Today, menjadi antara laman web yang paling popular di Malaysia, terutamanya di kalangan penyokong PR.
Setiap artikel yang ditulisnya, pasti mengundang ratusan komen dari peminat-peminat reformasi. Apa tidaknya, setiap tulisannya yang mengutuk kerajaan BN bagaikan satu senjata kepada penyokong PR untuk membelasah kerajaan. Tidak dapat dinafikan, Malaysia Today adalah antara laman web yang memainkan peranan besar menyampaikan maklumat tentang "penyelewengan" kerajaan BN sehingga membawa kepada jatuhnya 4 negeri serta pertambahan kerusi Parlimen ke tangan PR dalam PRU12 pada Mac 2008.
Pendedahan Penguasa Kanan SPRM Putrajaya, Ahmad Shafik Abdul Rahman dalam prosiding siasatan Suruhanjaya Diraja Kematian Teoh Beng Hock, bahawa kematian Beng Hock menutup terus siasatan SPRM ke atas Exco Selangor dari DAP, Ean Yong Hian Wah nampaknya telah memusingkan 360 darjah pembelitan DAP selama ini bahawa SPRM adalah "pembunuh" Beng Hock.
Laman web Malaysian Insider mengeluarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya (klik sini) yang bertanya, "kenapa ada pihak yang melentingbila beliau mengatakan yang pihak yang menentang perpaduan Umno dan Pas adalah pengkhianat Islam.
Hujahnya, ini adalah negara demokrasi dan beliau bercakap mengikut nas Al-Quran dan hadis. Mengikut Dr Juanda, Pas boleh menyumbang banyak kepada pembangunan negara.
Malam semalam, blog The Unspinners (klik sini) ada membuat posting bahawa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin membuat janji yang PR Perak akan mengenakan kadar premium tanah nominal RM10 sahaja untuk institusi pendidikan.
Berita Harian Online malam tadi (klik sini) menyiarkan berita yang 3,000 kakitangan awam diisytiharkan muflis tahun lalu berbanding 1,086 orang pada 2009. Mengikut Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, kebanyakan kes berpunca dari kegagalan mereka membayar semula pinjaman kenderaan. Ramai daripadanya membuat pinjaman kenderaan tidak bersesuaian dengan pendapatan mereka.
Ada yang dah mengamuk, Malaysian Insider (klik di sini) melaporkan berita yang diambil dari Reuter bahawa harga petrol RON97 akan dinaikkan 20 sen lagi tengah malam ini menjadikan harganya RM2.90 seliter. Bagaimanapun, harga petrol RON95 masih kekal pada RM1.90.
Malaysian Insider melaporkan (klik di sini) bahawa ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak akan meminta maaf atas kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat minggu lepas.
Presiden US, Barrack Obama dengan bangganya mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa Osama bin Laden telah berjaya dibunuh oleh tenteranya di Pakistan.
Osama amat dikehendaki oleh US kerana ketua pertubuhan Al-Qaeda itu didakwa menjadi dalang kepada kejadian rempuhan kapalterbang awam ke atas World Trade Centre di New York pada 11 September 2001 atau lebih dikenali sebagai tragedi 911.
Presiden US, Barrack Obama mengumumkan bahawa penjenayah yang berada dalam senarai teratas paling dikehendaki oleh US, Osama ben Laden telahpun dibunuh oleh sepasukan tentera Amerika, awal pagi tadi di sebuah rumah agam di luar Islamabad, Pakistan.
Dalam kecoh-kecoh puak AMK nak menghalang Datuk Eskay membuat sumpah mubahalah petang kelmarin di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, mereka sempat buat solat hajat di masjid berkenaan.