ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 2 Julai 2011

KHUTBAH BERSIH : AZIZ BARI JANGAN NAK PUTAR-BELIT

Professor undang-undang UIAM yang mesra PR, Aziz Bari membelasah Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali kerana menggunakan khutbah Jumaat semalam untuk menyampaikan mesej perhimpunan Bersih 2 adalah haram. Si Aziz ni juga minta DYMM Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam bertindak ke atas Datuk Che Mat kerana membawa isu politik ke dalam masjid.

HASUT KRISTIAN : APA PULAK KATA GUAN ENG KALI INI?

Pengendali blog Taikors & Taikun, Tony Yew membuat laporan polis semalam terhadap pembantu Lim Guan Eng, Chan Lilian yang menghantar mesej melalui laman Twitter, kerana menghasut penganut Kristian untuk menyertai perarakan Bersih 2 atas segala penganiayaan yang dilakukan terhadap mereka.

Jumaat, 1 Julai 2011

BERSIH : MAHASISWA OTAK UDANG DARI UM

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kecewa bila mimbar masjid digunakan untuk menyampaikan khutbah memberitahu tentang haramnya perhimpunan Bersih 2.

PEMUDA PAS AJAK SPR BERDEBAT DI TV1 @ TV2

Dewan Pemuda Pas nak tunjuk handal apabila ajak RTM mengadakan debat mengenai pengharaman Bersih 2 di TV1 atau TV2. Menurut Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor; debat itu hendaklah disertai wakil Bersih dan "komponen"nya dan SPR atau BN bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap tuntutan Bersih. 

AMBIGA BEBAL SURUH SPR KEKAL BERKECUALI

Juara Murtad Ambiga suruh SPR berhenti menuduh Bersih 2 hanya memperjuangkan agenda pembangkang jika mahu terus dilihat sebagai badan berkecuali.

Khamis, 30 Jun 2011

ROZAN : NAK KENCING PUN, AGAK-AGAK LA SIKIT...

Aduh, tolong.... Kawan gelak berguling-guling tak boleh berhenti ni!!! Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Ripin mendakwa mereka tidak bertindak kasar ke atas gerombolan Patriot yang "membadai" ibupejabat PKR malam kelmarin kerana menghormati kebebasan berhimpun dan bersuara.

Rabu, 29 Jun 2011

SORANG LAGI LAWYER INDIA PKR TUNJUK LAGAK PANDAI!!!

Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa tindakan polis membuat penahanan pra Bersih 2 sebagai tak sah dan tahanan berkenaan boleh menyaman kerajaan. Katanya, tiada undang-undang di negara ini yang membenarkan penahanan pencegahan atau hanya kerana kemeja T yang diisytiharkan haram oleh polis hari ini.

PAS NAK BANTU UMAT ISLAM BELANDA?

Parlimen Belanda telah meluluskan usul supaya penyembelihan haiwan secara Islam diharamkan di negara itu. Usul yang dikemukakan Parti Hak Asasi Haiwan itu menyatakan, haiwan perlu berada dalam keadaan tidak sedar diri sebelum disembelih. Penyembelihan cara Islam memberikan kesakitan yang tidak patut kepada haiwan itu dan perlu dibanteras walaupun ia tuntutan agama.

ADA JUGAK GUNANYA PDRM KEPADA ANWAR IBRAHIM


Anwar Ibrahim mengamuk sakan tuduh polis tak ambil tindakan terhadap gerombolan Patriot yang terdiri dari ahli Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan Selangor yang "membadai" ibupejabat PKR di Tropicana malam kelmarin.

Selasa, 28 Jun 2011

HUAZONG SERU BATAL PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia ataupun Huazong meminta semua pihak yang terlibat supaya membatalkan perhimpunan haram pada 9 Julai nanti. Huazong adalah badan yang mewakili 3,000 pertubuhan dan persatuan Cina seluruh Malaysia.

BN & PR AKAN ALAMI KEKALAHAN BESAR DALAM PRU13

Sebuah parti politik yang baru dijenamakan semula akan muncul mencabar penguasaan BN dan PKR dalam PRU13 nanti. Presiden parti itu, Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) dilaporkan berkata partinya yakin dengan kekuatan sendiri dan tidak akan bekerjasama dengan parti lain. Parti itu juga dikatakan membuat jangkaan bahawa ia akan mempunyai 1.3 juta ahli pada tahun depan.

Ahad, 26 Jun 2011

BAPAK DAP TAK RETI URUS EKONOMI...

Selama ini, DAP kerapkali mengagungkan bapaknya di Singapura, PAP. Kononnya, pemerintah Singapura adalah rejim pemerintahan yang paling cekap, bersih dan handal dalam menguruskan ekonomi hinggakan pulau kecil yang tiada hasil bumi itu muncul sebagai sebuah negara maju. Rakyat Singapura dicanangkan mempunyai pendapatan per kapita yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.

NGEH KOO HAM : JANGAN CAMPUR URUSAN AGAMA ISLAM!!!!

Si kurang ajar DAP Perak ni bersuara lagi. Kali ini dia kata "DAP menggesa Putrajaya agar menyelesaikan segera masalah berkaitan tukar agama bukan Muslim dengan mengesyorkan supaya ia diselesaikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bukannya Mahkamah Syariah". 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...