ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 3 Mei 2013

AIK, SUDAH TUKAR KA???

Kawan tengah pening ni.... Hampir-hampir nak dapat migrain pulak. Konfius pun ada. Mana satu kawan nak percaya, kawan pun tak tau nak kata. Dulu bukan main lagi dia belasah kita. Sekarang ni, sedar tak sedar, dia pun dah senada dengan kita nampaknya.


Salah satu sebab Nik Aziz keras menentang UMNO adalah katanya, UMNO mengamalkan assobiyah apabila memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan kebangsaan. Bagi Nik Aziz, perjuangan untuk memartabatkan bangsa tidak ada dalam kamus Islam. Yang ada ialah perjuangan untuk memartabatkan Islam. Selain dari itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebab tu kawan jadi hairan bila juak totok Pas keluarkan pamplet di atas tu. Isinya, cerita pasal MELAYU!!! Kononnya, calon Melayu lebih ramai dalam PR, cuma Melayu yang boleh dilantik jadi MB di negeri yang bersultan, cuma PM Melayu akan dilantik oleh YDP Agong dan kerisauan tentang tanah Rizab Melayu.

Eh, bukankah selama ni UMNO dituduh Nik Aziz tolak Islam kerana dasar kebangsaannya? Sejak bila pulak Pas prihatin terhadap nasib bangsa Melayu ni? Kalau Pas pun dah sibuk cerita pasal agenda Melayu, takkah Pas pun dianggap tolak Islam jugak? Ah, sudah... Pas dah dikira tak Islam lagilah kalau begini?

Kawan tak nak komen lebih-lebih. Mintak tolong juak totok Pas komenkan sikit benda ni... Jangan nanti tok guru taraf hampir maksum tu marah kat korang pulak nanti!!!              

1 ulasan:

  1. tak ada juak pas yang berani komen bro. pas dah kena toron depan belakang. biasalah, masa dekat pru, barulah pas keluarkan isu2 seperti melayu, hudud dari bilik setor. habis pru, senyaplah.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...