ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 30 April 2011

ANWAR vs CHUA SOI LEK. SIAPA LEBIH BERANI?

Datuk Seri Anwar Ibrahim (AI) dan Datuk Seri Chua Soi Lek (CSL) mempunyai persamaan dalam kes video seks. Kedua-duanya terperangkap dalam isu seks yang mana rakaman aksi seks yang didakwa melibatkan kedua-duanya telah diedarkan bagi tujuan yang hanya pengedarnya dan Tuhan sahaja yang tahu.


Bagaimana kedua-duanya menangani permasalahan video seks mereka? CSL telah membuat sidang akhbar dan mengakui bahawa dia adalah "pelakon" lelaki di dalam cakera dvd yang diedarkan itu. Seterusnya, CSL telah meminta maaf dari ahli keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang telah dilakukannya. Walaupun pada mulanya beliau berkata tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan pada ketika itu, namun akhirnya dia meletakkan juga jawatan bagi memikul tanggungjawab dan membersihkan imej kerajaan BN.


Sementara AI pula dikaitkan dengan video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk T kepada beberapa pengarang media cetak dan internet. AI pada hari yang sama video itu ditayangkan, telah membuat PENAFIAN dengan membuat laporan polis. AI dengan konsistennya berkata bahawa penyebaran video itu adalah KONSPIRASI kerajaan BN untuk membunuh kerjaya politiknya.

Yang peliknya, sekiranya benar AI tidak terlibat di dalam video berkenaan, mengapakah AI tidak mengambil tindakan untuk membersihkan nama beliau? Antara langkah yang boleh diambil oleh beliau ialah :

  1. Menyaman fitnah trio Datuk T yang bertanggungjawab menayangkan video berkenaan. Sebelum ini, AI "pantang" difitnah dan akan segera mengambil tindakan saman terhadap individu yang didakwa memfitnah beliau seperti kes saman terhadap Tun Dr Mahathir dan Khairy Jamaludin. Mengapa kes yang sudah terang lagi bersuluh seperti ini, AI lambat mengarahkan barisan peguamnya yang handal-handal itu memfailkan kes ke mahkamah?
  2. Jam Omega yang dikatakan berada di tangan salah seorang Datuk T dan telahpun diserahkan kepada polis, dikatakan berada dalam simpanan isterinya, Datin Seri Wan Azizah. Mengapakah AI tidak mengarahkan isterinya untuk membuat sidang akhbar dan menunjukkan kepada media jam Omega yang didakwa berada dalam simpanannya bagi menunjukkan Datuk Eskay berbohong di dalam isu itu. Sebaliknya, AI akan melenting apabila ditanya mengenai jam berkenaan seperti yang dialami wartawan TV3 di Sarawak dan di IPD Dang Wangi petang kelmarin.
  3. Setiap kali ditanya mengapa AI tidak menyerahkan DNAnya kepada pihak polis bagi membolehkan dibuat perbandingan dengan DNA yang mungkin terlekat di jam Omega yang berada di dalam simpanan polis, AI sekali lagi akan melenting. Mengapa tidak diserahkan sahaja DNA beliau kerana ia penting untuk membersihkan nama beliau?
  4. Memandangkan ketiga-tiga langkah di atas tidak diambil oleh AI, langkah terakhir yang disarankan oleh ulamak seperti bekas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin adalah membuat sumpah mubahalah. Pun AI menolak juga atas alasan ramai ulamak lain yang berpendapat membuat sumpah laknat atas nama Allah tidak diajar oleh Islam. Nama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dulunya pernah dibelasah habis-habisan kerana didakwa menjadi alat BN untuk menumbangkan kerajaan PR di Perak, tiba-tiba dijulang oleh penyokong AI sebagai wira kerana mengeluarkan pendapat yang tidak menyokong sumpah mubahalah dilakukan dalam kes video ini. 
Persoalannya, sekiranya benar AI bukan pelakon dalam video itu, kenapa tidak mengambil langkah untuk membersihkan namanya seperti yang disebutkan di atas? Semalam, Datuk Eskay telahpun membuat sumpah mubahalah di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bagi memperkukuhkan dakwaannya bahawa AI memang pelakon di dalam video itu.

AI ketika ditanya mengenai cabaran Datuk Eskay untuk bersama-sama melakukan sumpah mubahalah itu berkata, seorang Islam yang ingin melakukan sumpah berkenaan tidak boleh meminum arak dan tidak pernah berzina. Adakah dengan keengganan AI bersumpah muhabalah, secara tidak langsung AI mengakui dia pernah melakukan apa yang disebutkannya itu?


Kerana itulah, kawan tabik spring kepada CSL kerana berani mengakui kesilapannya dan meminta maaf di depan kamera tv dan ditayangkan ke seluruh negara. AI pula, kawan akan turut sama tabik spring kepada beliau jika dia tampil membersihkan namanya dengan mengambil langkah jitu seperti yang disebutkan di atas ataupun langkah-langkah lain yang difikirkan perlu.
              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...