ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 29 April 2011

ORANG LAIN BERSUMPAH, ORANG LAIN YANG KECOH....


Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; yang merupakan salah seorang dari trio Datuk T yang mendedahkan video perilaku seks seorang yang didakwa pemimpin kanan PR; telahpun selamat menyempurnakan upacara sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul jam 4.25 petang tadi.


Upacara itu yang dijadualkan berlangsung sejurus selepas solat Jumaat tengahari tadi pada mulanya diumumkan dibatalkan berikutan gangguan yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda, dipercayai dari PR.



Bagaimanapun, upacara itu akhirnya dapat juga dilangsungkan pada jam 4.15 petang setelah Datuk Eskay yang ditemani dua orang lagi ahli trio Datuk T, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, setelah suasana di ruang solat masjid berkenaan kembali tenang.

Kawan agak pelik, mengapa Datuk Eskay cuba dihalang oleh pemuda PR dari melafazkan sumpah mubahalah itu. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah "pelakon" yang dimaksudkan oleh Eskay.

Sekiranya penyokong PR yakin dengan penafian Anwar, apa perlunya mereka menghalang Eskay dari membuat sumpah laknat berkenaan? Yang bersumpah adalah Eskay, yang akan menanggung akibatnya juga adalah Eskay, sekiranya sumpah yang dibuatnya itu tidak benar.

Apabila penyokong PR beria-ia menghalang upacara sumpah itu sehingga menimbulkan kekecohan di dalam masjid, nampak benar penyokong PR sendiri tidak yakin dengan penafian Anwar dan kaum keluarganya. Adakah penyokong PR sendiri tidak 100% yakin dengan penafian berkenaan sehingga begitu sibuk dengan urusan orang lain yang telah dinafikan tidak punya kaitan dengan ketua mereka. Ataupun mereka sendiri sudah mula percaya bahawa yang berlakon di dalam video berkenaan adalah ketua mereka sehingga menidakkan penafian yang telah dibuat?

Apapun, kita berserah kepada Allah S.W.T untuk menunjukkan kebenarannya demi keselamatan umat Islam dan negara Malaysia.                                  

1 ulasan:

  1. kononnya yg solat hajat tu, dua imam ke atau pun makmum boleh duduk sebaris dgn imam? hukum mana pulak ni?

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...