ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 15 April 2011

RAJA PETRA : KINI MUSUH DALAM SELIMUT ANWAR?


Komen Raja Petra Kamarudin (RPK) bahagian kedua yang disiarkan di TV3 malam tadi benar-benar mengundang kemarahan puak-puak penyokong PR. Antara lain, RPK "membelasah" Anwar sebagai hilang kredibiliti sebagai pemimpin PR kerana gagal menyatukan parti-parti di dalam PR, gagal menubuhkan kerajaan pusat pada 16 September 2008, tidak dapat menubuhkan kabinet bayangan dan pelbagai lagi.


Kalau dulunya pengendali laman web Malaysia Today (MT) ini disanjung dan dilambung sebagai pendokong reformasi PR, kini RPK dibelasah depan belakang, kiri dan kanan oleh mereka yang dulunya amat memuja beliau.

Pada kawan, inilah kebobrokan paling utama penyokong PR. Orang yang membelai mereka dengan pujian melambung, diangkat menjadi wira. Apabila memberi pandangan yang sedikit berbeza dengan aspirasi perjuangan mereka ataupun mendedahkan realiti walaupun dengan fakta yang bernas, maka orang itu akan dicop sebagai pengkhianat.

Timbullah pelbagai dakwaan kononnya orang seperti RPK sudah "dibeli" oleh kerajaan BN, mendapat pengampunan atas segala kesalahan politik hatta, dijadikan "trojan horse"  oleh kerajaan BN untuk merosakkan pakatan mereka dari dalam. Asal ada saja yang tak kena, semua kesalahan ditimpakan ke atas kerajaan BN. Nama Datuk Seri Najib dan isteri juga yang menjadi mangsa, padahal apa yang berlaku di luar pengetahuan PM dan isteri.

Hal yang sama pernah terjadi kepada Dato' Zaid Ibrahim dalam kemelut pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Zaid yang ketika meletakkan jawatan sebagai Menteri Kehakiman semasa zaman pemerintahan Pak Lah kerana tidak bersetuju dengan proses pembaharuan sistem kehakiman negara dijulang sebagai pemilik visi dan aspirasi yang bakal membawa perjuangan PR ke tahap yang lebih tinggi.

Kemasukan Zaid ke dalam PKR dinobatkan sebagai satu kemenangan besar kepada perjuangan PR. Namun, apa yang terjadi apabila Zaid mulai bersuara tentang ketidakadilan proses pemilihan jawatan tertinggi PKR? Segala tuduhan dilemparkan ke atas Zaid sehingga memaksa beliau meninggalkan PKR  dan seterusnya menyertai parti Angkata Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang kini telah diinspirasikan menjadi parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Ternyata, puak-puak pendukung PR hanya mahukan yang manis-manis sahaja. Ubat yang pahit untuk ditelan, ternyata tiada langsung dalam kamus perjuangan mereka. Amaran buat penyokong PR, jangan sampai kena kencing manis dalam perjuangan mereka, sudahlah.....

                  

1 ulasan:

  1. ada orang mengamuk di facebook kawan, kononnya bila pulak umno percaya pada rpk? tak lain la tu, makan cili berkilo-kilo, bila pedas, marahkan kita pulak....

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...