ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 17 April 2011

KEPUTUSAN PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2011


Keputusan rasmi pilihanraya DUN Sarawak telahpun diumumkan malam tadi. Barisan Nasional (BN) telah berjaya memenangi 55 kerusi, DAP 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Dengan pencapaian ini, BN telah berjaya memperolehi lebih 2/3 majoriti kerusi serta membentuk kerajaan negeri yang baru. Pengerusi BN negeri, Pehin Seri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telahpun mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri malam tadi juga.

Kemenangan BN kali ini adalah lebih manis kerana pembangkang khususnya Pakatan Rakyat (PR) membawa masuk tokoh "heavyweight" dari negeri-negeri yang dikuasai PR di Semenanjung bagi membantu kempen DAP, PKR & Pas di Sarawak. Rakyat Sarawak yang sudah terbiasa dengan kempen berhemah, nyata menerima kejutan budaya apabila mendengar ceramah terutamanya dari PKR & Pas yang menggunakan pendekatan keras dengan adakalanya mengeluarkan perkataan kasar yang kurang sedap didengar.

Juga menarik untuk dianalisa adalah sokongan padu kaum Cina kepada calon-calon DAP yang membolehkan DAP menyapu 12 kerusi berbanding 15 yang mereka tandingi. Ia adalah peningkatan 100% berbanding 6 kerusi yang mereka menangi pada pilihanraya umum 2006.

PKR pula datang dengan hajat yang besar, bertanding di 45 kerusi, kerana tamak untuk menduduki kerusi Ketua Menteri hingga menafikan hak SNAP sebagai parti asal Sarawak yang sudah lama bertapak, memperolehi "kemenangan moral" apabila cuma memenangi 3 kerusi.

PAS pula, bertanding di 5 kerusi dan tewas kesemuanya. Yang amat malang ialah SNAP yang juga gagal memenangi satupun dari 26 kerusi yang ditandinginya. Hampir semua calonnya dilaporkan hilang wang pertaruhan termasuklah presidennya sendiri. 

Di pihak BN pula, parti Tan Sri Taib, PBB menyapu bersih semua kerusi di 35 DUN yang ditandingi. SPDP dan PRS masing-masing memenangi tujuh kerusi. SUPP yang menjadi wakil kepada kaum Cina di dalam BN Sarawak mengalami nasib malang apabila cuma menang 6 dari 19 kerusi yang ditandinginya. Antara kejutan terbesar ialah Presiden SUPP sendiri, Tan Sri Dr George Chan tumbang di DUN Piasau yang telah diwakilinya selama 6 penggal kepada muka baru dari DAP. 

Kawan ingin mengucapkan tahniah kepada pengundi, jentera BN baik di peringkat negeri mahupun pusat yang telah kembali berkuasa. Adalah diharapkan mandat baru yang dibe rikan rakyat Sarawak kali ini akan digunakan untuk menunaikan amanah untuk penambahbaikan taraf kehidupan dan ekonomi rakyat Sarawak khususnya di kawasan pedalaman, yang terus menjadi penyokong setia BN, yang masih dahagakan pembangunan infrastruktur seperti jalanraya, air bersih dan sebagainya. Juga rakyat Sarawak juga menantikan BN menunaikan janji pelan peralihan kuasa dari Tan Seri Taib kepada penggantinya yang dijangka bakal berlangsung dalam penggal ini. Jangan hampakan harapan mereka.      

1 ulasan:

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...