Dewan Pemuda Pas Pusat melalui Naib Ketuanya, Raja Ahmad Al Hiss; mengeluarkan kenyataan menempelak Majlis Presiden Pakatan Rakyat kerana gagal mengawal pemimpin-pemimpinnya dari mengeluarkan kenyataan kontroversi yang boleh merugikan PR.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menyatakan pendirian Pemuda Pas untuk mempertahankan Jalur Gemilang dari ditukar kepada bendera lain sekiranya PR berkuasa sebagaimana yang diidamkan oleh ADUN Kota Alam Shah dari DAP, M Manoharan.
Kawan kagum sungguh dengan semangat Pemuda Pas yang bersungguh-sungguh mempertahankan lambang negara seperti bendera Jalur Gemilang. Cuma kawan tak faham, kenyataan Pemuda Pas tu, cuma merujuk kepada pemimpin PR dari DAP dan PKR saja ke?
Pemuda Pas tak pulak berani nak "sound" Timbalan Presidennya yang merapu lebih teruk dalam isu Mat Indera dan komunis. Kalau Manoharan dianggap berimaginasi kerana nak menukar Jalur Gemilang, Mat Sabu pula nak dikatakan apa? Mengigau di siang hari?
Tulah, ghairah sangat nak tunjuk hero, sudahnya kena batang hidung sendiri. Kawan nak tunggu dalam 2-3 hari ni, kalau-kalau Dewan Pemuda Pas Pusat "ada berani" belasah Mat Sabu.... Kalau mereka buat, maka kawan janji, kawan tak akan kutuk Dewan Pemuda Pas Pusat lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.