Laman web milik DAP, Roketkini menyiarkan laporan temuramah dengan Timbalan Presiden Pas, Hj Mohamad Sabu (Mat Sabu) berjudul "Mengapa Pas bersahabat dengan DAP?" (klik untuk artikel penuh) pada 26 Ogos 2011.
Temuramah ini menyingkap banyak rahsia tersirat yang selama ini tersimpan rapi di kalangan pemimpin PR. Cuba kita lihat satu-persatu isu yang disentuh oleh Mat Sabu dalam temuramah berkenaan :
Mat Sabu nampaknya mengakui bahawa dia menjadi anak emas DAP sehinggakan diarinya penuh dengan jemputan DAP. Mat Sabu juga tanpa segan-silu mengakui bahawa muka Lim Kit Siang sekarang ini bercahaya bagaikan bulan sejak Pas dan DAP "bernikah" dalam PR.
Apa tak DAP menjunjung Mat Sabu bagai menatang minyak yang penuh, sebab DAP tau, Mat Sabu bukannya dari golongan ulama dalam Pas. Jadi lebih senang untuk Mat Sabu yang terkenal dengan jolokan ayam sabung tak bertaji Pas dipergunakan oleh DAP berbanding golongan ulama yang mungkin menentang sesuatu cadangan DAP jika bertentangan dengan kehendak syarie seperti isu penutupan pusat hiburan dalam bulan Ramadhan di Kedah dan pelbagai isu yang melanda Datuk Hassan Ali di Selangor.
Kerana itu juga, DAP amat bermurah hati dengan Mat Sabu sehingga sanggup menanggung kos perubatan Mat Sabu bagi merawat lututnya yang terpeleot (terseliuh/tercedera) akibat terjatuh motor ketika cuba melarikan diri dari polis dalam insiden pra demo haram Bersih 2 tempohari.
Patutlah Pas beria-ia mengubah iltizamnya untuk mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan. Rupa-rupanya, untuk menampakkan persamaan dengan konsep sosialis yang dibawa DAP. Pas memang "cuba" untuk berlaku adil kepada semua rakyat, tapi bolehkah DAP pula berlaku adil?
Kontrak kerja untuk kontraktor kelas F yang sepatutnya diberikan kepada kontraktor Bumiputera (yang sudah semestinya hampir 100% beragama Islam) di Selangor pun, dikebas oleh kroni Cina sepet DAP. Belum lagi cerita tentang nasib kaum penjaja Melayu dan India yang diusir sewenang-wenangnya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang manakala peniaga Cina yang berselerakan di sekitar jalanraya di pulau berkenaan hampir tidak diusik malahan boleh meneruskan perniagaan tanpa gangguan.
Jadi nampaknya, konsep negara berkebajikan yang cuba diterapkan oleh Pas adalah sebenarnya mengikut acuan keadilan sosial DAP yang lebih memberi perhatian kepada kaum Cina sepet.
Sekarang terdedahlah sudah satu lagi rahsia di kalangan wakil rakyat PR. Rupa-rupanya, wakil rakyat di kawasan bandar tak payah turun berjumpa dengan rakyat. Cukup sekadar "menyalak" di dalam Parlimen ataupun membuat demo di merata tempat bagi memperjuangkan "kebajikan" rakyat.
Begitu rupanya praktis wakil rakyat PR. Patutlah Nurul Izzah boleh bersenang-lenang di Lembah Pantai sebab rupanya sudah didoktrinkan bahawa pengundi di kawasannya tak perlu dijaga kebajikan mereka. Cukuplah dengan membuat sessi ceramah mengutuk itu dan ini kerana itulah perjuangan yang rakyat Lembah Pantai mahu lihat dibawa oleh Ahli Parlimen mereka (klik sini). Baguslah tu...
Mat Sabu pukul canang kononnya media memainkan peranan penting membentuk persepsi masyarakat. Dia juga mengakui orang Melayu sensitif terhadap isu agama, raja dan yang berkaitan kaum Melayu sendiri.
Dalam hal ini, nampak benar Mat Sabu terbelit dengan kata-katanya sendiri apabila mengangkat Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang dipertahankan oleh polis "penjajah British" yang berbangsa Melayu, sebagai pejuang kemerdekaan.
Isu komunis dan peristiwa Bukit Kepong adalah isu yang amat dekat di hati orang Melayu. Komunis ditentang oleh orang Melayu bukan sahaja kerana fahaman tidak bertuhan yang dianuti mereka, tetapi juga kerana kekejaman mereka terhadap golongan yang disyaki talibarut, pada mulanya Jepun dan kemudiannya British.
Padan dengan muka Pas dan Mat Sabu. Yang mendoktrinkan DAP kafir bukannya Umno, tetapi adalah Pas sendiri. Tak ingat "Amanat Haji Hadi"? (klik sini untuk penerangan lebih lanjut berkenaan amanat berkenaan). Patutlah Mat Sabu ni sanggup diberikan biasiswa oleh Gerakan untuk balik semula ke sekolah untuk belajar sejarah.
Hakikat bahawa DAP adalah parti berteraskan kaum Cina adalah sesuatu yang nyata. Jika tidak, kenapa DAP bekerja amat keras untuk menarik lebih ramai orang Melayu menyertai parti itu sehingga sanggup menganjurkan majlis berbuka puasa yang tidak pernah diadakan sebelum ini? (klik sini).
Jadi, memang wajiblah Mat Sabu dan Pas sebagai rakan sekatil DAP mempertahankan "isteri tak sunat"nya itu dan menjilat semula kahak dan ludah yang dilemparkan kepada UMNO dulu.
Mat Sabu nampaknya dah sah jadi pak angguk DAP bila semua benda yang nak dibuat, kena dibincang dulu. Dia menyebut tentang kes penutupan pusat hiburan di Kedah dalam bulan Ramadhan lepas. Di Kedah, Pas adalah majoriti dalam kerajaannya, wakil DAP boleh dibilang dengan jari. Itupun perlu nak berbincang juga dan kemudiannya tunduk kepada desakan DAP?
Kenapa Mat Sabu tak nak sebut contoh kes serbuan gereja DUMC di Selangor? Agaknya, kalau Datuk Hassan Ali selaku Exco Agama Islam membentangkan maklumat mengenai cadangan memeriksa umat Islam yang diberitakan akan hadir dalam majlis berbuka puasa anjuran gereja berkenaan, adakah Ronnie Liu dan Teresa Kok akan berdiam diri dan bersetuju untuk membenarkan JAIS membuat pemeriksaan berkenaan?
Nampak sangat, Mat Sabu bercakap tidak berlandaskan fakta. Yang nampak terhegeh-hegeh hendak berbincang dan bermuafakat dalam PR adalah Pas sedangkan DAP, kalau dia nak buat sesuatu, nasihat Pas (kalau ada), sedikitpun tak didengarinya seperti dalam kes pilihanraya jawatankuasa kariah masjid di Pulau Pinang sehinggakan kedudukan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong selaku ketua agama negeri pun hendak dilanggarnya.
Mat Sabu juga turut menyentuh tentang pemeriksaan JAIS di DUMC. Beban kesalahan tetap diletakkan ke atas UMNO. Sedangkan Mat Sabu sendiri mengakui sokongan terhadap tindakan itu turut datang dari dalam Pas sendiri. Dan kemudian, untuk menyelamatkan dirinya, dia menggunakan nama Nik Aziz dan Hj Hadi yang kononnya pandangan mereka diterima semua dalam Pas waima dalam perihal penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian sekalipun. Ikuti kupasan isu berkenaan di sini.
Dan yang akhir sekali, Mat Sabu cukup berbesar hati mengagungkan Lim Guan Eng yang dikatakan mahu memerintah seperti Khalifah Umar Abd Aziz. Hingga dikatakan, sifat sederhana Lim Guan Eng menyebabkan Mat Sabu lebih berharta dari Guan Eng. Kawan nak ketawa besar kat sini. Apa kata Mat Sabu suruh Guan Eng buat pengisytiharan harta bukan setakat dia saja, malahan anak bini dan adik-beradik serta bapaknya sekali. Kita tengok betul ke tidak Guan Eng tak kaya-raya sebagaimana yang didakwa Mat Sabu?
Pemerintah Islam yang beriman pun, setakat yang diketahui belum ada yang hampir merapati taraf kewarakan dan kezuhudan Khalifah Umar Abd Aziz. Bayangkan, sehinggakan anaknya berjumpa untuk berbincang dengan Khalifah Umar mengenai masalah keluarga, baginda sanggup memadamkan lampu kerana takut menyalahgunakan harta rakyat bagi kepentingan peribadinya.
Soalnya, adakah tidak Guan Eng mempraktikkan apa yang dilakukan oleh Khalifah Umar tadi apabila ada orang berjumpa dengannya di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang atas urusan parti DAP atau urusan lain yang tak kena-mengena dengan kerajaan negeri? Adakah Guan Eng memadamkan lampu dan pendingin hawa demi mencontohi Khalifah Umar yang amat menitikberatkan menjaga amanah harta rakyat?
Kes tuntutan bil perubatan lutut Mat Sabu saja sudah cukup untuk menggambarkan bahawa bukan saja Guan Eng, malahan Mat Sabu sendiri amat jauh dari mencontohi akhlak mulia Khalifah Umar Abdul Aziz itu.
Sebagai kesimpulan kepada artikel yang panjang lebar ini, kawan nasihatkan Mat Sabu supaya kurangkan bercakap kerana lebih banyak beliau bercakap yang tidak berlandaskan kepada fakta dan ilmu, makin merapulah jadinya. Terima kasih kepada anda yang setia membaca artikel ini dari awal hingga ke akhir. Semoga artikel ini memberikan kesedaran kepada kita semua tentang siapakah Mat Sabu dan halatuju Pas yang sebenarnya.

Sekian ramai orang Melayu menjadi mangsa kekejaman komunis tetapi Mat Sabu dengan sewenang-wenangnya melukakan hati waris-waris mangsa kekejaman komunis dengan mengangkat seorang Melayu yang memilih untuk berjuang bersama dengan komunis (sedangkan punya alternatif lain pada ketika itu) sebagai pejuang kemerdekaan yang membersihkan negara dari kakitangan penjajah.
Padan dengan muka Pas dan Mat Sabu. Yang mendoktrinkan DAP kafir bukannya Umno, tetapi adalah Pas sendiri. Tak ingat "Amanat Haji Hadi"? (klik sini untuk penerangan lebih lanjut berkenaan amanat berkenaan). Patutlah Mat Sabu ni sanggup diberikan biasiswa oleh Gerakan untuk balik semula ke sekolah untuk belajar sejarah.
Hakikat bahawa DAP adalah parti berteraskan kaum Cina adalah sesuatu yang nyata. Jika tidak, kenapa DAP bekerja amat keras untuk menarik lebih ramai orang Melayu menyertai parti itu sehingga sanggup menganjurkan majlis berbuka puasa yang tidak pernah diadakan sebelum ini? (klik sini).
Jadi, memang wajiblah Mat Sabu dan Pas sebagai rakan sekatil DAP mempertahankan "isteri tak sunat"nya itu dan menjilat semula kahak dan ludah yang dilemparkan kepada UMNO dulu.
Mat Sabu nampaknya dah sah jadi pak angguk DAP bila semua benda yang nak dibuat, kena dibincang dulu. Dia menyebut tentang kes penutupan pusat hiburan di Kedah dalam bulan Ramadhan lepas. Di Kedah, Pas adalah majoriti dalam kerajaannya, wakil DAP boleh dibilang dengan jari. Itupun perlu nak berbincang juga dan kemudiannya tunduk kepada desakan DAP?
Kenapa Mat Sabu tak nak sebut contoh kes serbuan gereja DUMC di Selangor? Agaknya, kalau Datuk Hassan Ali selaku Exco Agama Islam membentangkan maklumat mengenai cadangan memeriksa umat Islam yang diberitakan akan hadir dalam majlis berbuka puasa anjuran gereja berkenaan, adakah Ronnie Liu dan Teresa Kok akan berdiam diri dan bersetuju untuk membenarkan JAIS membuat pemeriksaan berkenaan?
Nampak sangat, Mat Sabu bercakap tidak berlandaskan fakta. Yang nampak terhegeh-hegeh hendak berbincang dan bermuafakat dalam PR adalah Pas sedangkan DAP, kalau dia nak buat sesuatu, nasihat Pas (kalau ada), sedikitpun tak didengarinya seperti dalam kes pilihanraya jawatankuasa kariah masjid di Pulau Pinang sehinggakan kedudukan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong selaku ketua agama negeri pun hendak dilanggarnya.
Mat Sabu juga turut menyentuh tentang pemeriksaan JAIS di DUMC. Beban kesalahan tetap diletakkan ke atas UMNO. Sedangkan Mat Sabu sendiri mengakui sokongan terhadap tindakan itu turut datang dari dalam Pas sendiri. Dan kemudian, untuk menyelamatkan dirinya, dia menggunakan nama Nik Aziz dan Hj Hadi yang kononnya pandangan mereka diterima semua dalam Pas waima dalam perihal penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian sekalipun. Ikuti kupasan isu berkenaan di sini.
Elok sangatlah tu. Hinggakanlah kalimah Allahuakbar dan Alhamdulillah pun boleh dipermainkan dalam majlis "berbuka puasa @ thanksgiving dinner" itu. Itupun Mat Sabu dan Pas masih lagi nak pertikaikan pemeriksaan JAIS yang bertujuan untuk menyelamatkan aqidah 18 orang Islam yang hadir dalam majlis itu? Tak taulah apa nak jadi dengan parti Islam yang satu ini.
Dan yang akhir sekali, Mat Sabu cukup berbesar hati mengagungkan Lim Guan Eng yang dikatakan mahu memerintah seperti Khalifah Umar Abd Aziz. Hingga dikatakan, sifat sederhana Lim Guan Eng menyebabkan Mat Sabu lebih berharta dari Guan Eng. Kawan nak ketawa besar kat sini. Apa kata Mat Sabu suruh Guan Eng buat pengisytiharan harta bukan setakat dia saja, malahan anak bini dan adik-beradik serta bapaknya sekali. Kita tengok betul ke tidak Guan Eng tak kaya-raya sebagaimana yang didakwa Mat Sabu?
Pemerintah Islam yang beriman pun, setakat yang diketahui belum ada yang hampir merapati taraf kewarakan dan kezuhudan Khalifah Umar Abd Aziz. Bayangkan, sehinggakan anaknya berjumpa untuk berbincang dengan Khalifah Umar mengenai masalah keluarga, baginda sanggup memadamkan lampu kerana takut menyalahgunakan harta rakyat bagi kepentingan peribadinya.
Soalnya, adakah tidak Guan Eng mempraktikkan apa yang dilakukan oleh Khalifah Umar tadi apabila ada orang berjumpa dengannya di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang atas urusan parti DAP atau urusan lain yang tak kena-mengena dengan kerajaan negeri? Adakah Guan Eng memadamkan lampu dan pendingin hawa demi mencontohi Khalifah Umar yang amat menitikberatkan menjaga amanah harta rakyat?
Kes tuntutan bil perubatan lutut Mat Sabu saja sudah cukup untuk menggambarkan bahawa bukan saja Guan Eng, malahan Mat Sabu sendiri amat jauh dari mencontohi akhlak mulia Khalifah Umar Abdul Aziz itu.
Sebagai kesimpulan kepada artikel yang panjang lebar ini, kawan nasihatkan Mat Sabu supaya kurangkan bercakap kerana lebih banyak beliau bercakap yang tidak berlandaskan kepada fakta dan ilmu, makin merapulah jadinya. Terima kasih kepada anda yang setia membaca artikel ini dari awal hingga ke akhir. Semoga artikel ini memberikan kesedaran kepada kita semua tentang siapakah Mat Sabu dan halatuju Pas yang sebenarnya.
Memang Mat Sabun ni muka tak maluu...! Tak tahu menilai ..
BalasPadamDia dah jadi alat tuu, tapi tak sedar2 gak...!!
Lantak ko la, Mat Sabun... Makin lama.., makin rakyat senang nampak...
PAS akan robek...
Tak sesuai Mat Sabu di beri gelaran ayam sabung atau singa PAS. yg sesuai bagi dia ayam berak kapor..berak kapor nak buat baja tak boleh taruk kat rumput,rumput mati,taruk kat pokok,pokok mati jatuh atas simen sental payah nak hilang...yg ada hanya bau busuk siapa yg terpalit melekat lah busuknya..
BalasPadam