Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak atas persepsi buruknya ke atas PM yang disangkanya tidak berani untuk membuat sesuatu perubahan yang besar seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumumkan PM malam semalam.
Zaid yang dilantik menjadi Menteri yang menjaga hal-ehwal kehakiman di zaman Pak Lah sememangnya telah lama berjuang supaya ISA dimansuhkan. Disebabkan perjuangannya yang menongkah arus di dalam kabinet pada masa itu, membuatkan Zaid mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya di dalam kabinet dan seterusnya meninggalkan UMNO lalu menyertai PKR.
Keberanian Zaid untuk meminta maaf dari PM adalah suatu tindakan terhormat kerana beliau sendiri mengakui kesilapannya yang menaruh curiga terhadap keupayaan PM melakukan perubahan. Sifat sebegini harus dihormati walaupun Zaid kini duduk di dalam kem yang berlainan dengan kerajaan kerana bukan semua orang punya keberanian untuk mengakui kesilapan. Ini adalah salah satu contoh jiwa besar seorang pemimpin.
Pembangkang yang begini yang kita mahu di Malaysia ini. Membangkang dengan cara yang sihat dan tidak membangkang membuta-tuli semua yang dilakukan oleh kerajaan hingga perubahan yang baik pun tetap dipandang curiga oleh gerombolan PR.
Kalau Zaid sanggup "menurunkan darjat"nya untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf, bagaimana pula dengan Mat Sabu? Jika dibandingkan "dosa" yang dilakukan oleh Zaid dan Mat Sabu, ternyata Mat Sabu yang mesti meminta maaf terlebih dahulu kerana mengagungkan Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang dipertahankan oleh polis Melayu yang disifatkan sebagai kakitangan penjajah British, sebagai pejuang kemerdekaan.
Berapa ramai waris mangsa Bukit Kepong yang terguris hati dengan keceluparan mulut Mat Sabu? Begitu juga dengan bekas askar dan polis yang mempertaruhkan darah dan nyawa mereka berjuang menentang komunis di zaman darurat antara tahun 1948 hingga 1960? Bagaimana pula dengan orang awam tidak kira yang berbangsa Melayu, Cina mahupun India yang menjadi mangsa kekejaman komunis di era darurat berkenaan?
Adakah Mat Sabu punya keberanian sebagaimana dimiliki Zaid untuk mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan yang amat menyinggung perasaan waris-waris mereka yang terlibat di atas? Setakat ini, belum nampak sebarang tanda Mat Sabu akan meminta maaf secara terbuka atas keceluparan mulutnya. Dan mengenali karier politik Mat Sabu, rasanya tidak mungkin Mat Sabu akan meminta maaf sebagaimana yang dilakukan oleh Zaid.
Selagi Mat Sabu tidak meminta maaf secara terbuka, selagi itulah Pas akan mendukung "biawak" untuk menjernihkan semula keadaan....
Sumber : Berita Harian Online 16/09/2011 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.