Selama ini, tauke-tauke besar dalam Pakatan Rakyat selalu mendakwa, mereka yang tergolong sebagai jutawan di negara ini adalah kroni kerajaan BN yang mendapat faedah dari "connection" mereka dengan pimpinan tertinggi negara.
Laporan Berita Harian hari ini menyebut pada masa ini, ada 32,000 orang di negara ini yang memiliki aset yang boleh dilaburkan bernilai sekurang-kurangnya USD1 juta (RM3.09 juta). Dan angka ini dipercayai akan meningkat kepada 68,000 orang pada 2015, hanya 4 tahun dari sekarang.
Tak sangka, begitu ramai rupanya kroni kerajaan BN. Kalau ikutkan kata pemimpin PR seperti Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, kalau nak jadi kaya di negara ini, kena jadi UMNOPUTRA. Baru senang nak sapu projek mega yang ditawarkan oleh kerajaan.
Kalau difikirkan secara logik, larat ke kerajaan BN nak sediakan projek kepada 32,000 orang jutawan ni? Berapa agaknya nilai yang kena dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun untuk membolehkan mereka ini kekal dalam kelab jutawan ni? Bilion RM? Trilion RM?
Kalau kawan guna bahasa kasar, juak-juak PR nanti akan marah, kata kita guna pendekatan tidak berhemah, tapi inilah hakikatnya. Puak PR ni bercakap, tak menggunakan akal yang waras. Tak semua dari 32,000 orang jutawan ini hidup dengan tumpang bertenggek mengharapkan projek kerajaan.
Ramai dari golongan kelab jutawan ini datangnya dari skim multi-level marketing, usahawan internet, tokoh-tokoh motivasi, ahli-ahli perniagaan dari pelbagai sektor serta tak terkecuali, kalangan pemimpin dan penyokong PR sendiri (kalau tak percaya, klik sini).
Jadi, dakyah PR yang mengatakan jutawan yang ada di negara ini semuanya adalah kroni kerajaan BN nyata satu pembohongan yang tidak berlandaskan kepada fakta dan angka (facts & figures) yang sebenar. Itulah saja kerja yang pembangkang PR ni tahu. Harapnya, rakyat Malaysia yang berada di luar sana, dapat berfikir dengan waras sebelum menelan bulat-bulat pembohongan PR ni....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.