ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 1 April 2012

GEMPAR!!!! SISWA-SISWI UNISEL DAPAT BELAJAR PERCUMA!!!

Berita terhangat di pasaran!!! Penasihat Ekonomi Selangor yang merupakan anugerah Tuhan itu akan mengambil beberapa peratus dari pendapatan negeri Selangor untuk membiayai pengajian siswa-siswi UNISEL. Katanya, pembiayaan pengajian percuma ini boleh dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor kerana tiada pembaziran berlaku di dalam pentadbiran negeri dan anak syarikat kerajaan negeri seperti PKNS dan sebagainya buat untung berbilion ringgit. 
Klik di sini untuk berita penuh 
Ia nampaknya sama-sekali berbeza dengan kerajaan persekutuan BN yang dikatakan mencekik darah siswa-siswi melalui bayaran balik yang dikenakan kepada peminjam PTPTN.

Wah, beruntunglah siswa-siswi UNISEL sebab boleh belajar percuma. Dan tak mustahil siswa cemerlang seperti Adam Adli & the gang akan berkempen untuk mengajak bakal-bakal siswa-siswi melanjutkan pengajian di UNISEL. Dan pastinya tak lama kemudian, UNISEL akan menjadi institusi pengajian tinggi paling terkemuka di negara ini, mengalahkan IPTA seperti UM, USM, UTM, UKM dan pelbagai lagi...

Nampaknya, meloponglah siswa-siswa institusi pengajian tinggi yang lain kerana tak dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh UNISEL nanti. Kalau kawan la yang jadi siswa, mesti kawan cemburu dengan siswa-siswi UNISEL. Kalau gitu gamaknya, kawan pun nak pindah pengajian ke Unisel. Alamatnya, kosonglah IPTA dan IPTS lain di negara ini sebab semua nak pergi berlajar kat Unisel. Belajar percuma tu....

Kalau setakat tabur air liur, orang buta pun boleh buat!!! Pukul canang nak hapuskan PTPTN, tapi mulakanlah dulu dengan Unisel!!! Kenapa tak buat??? Yang siswa-siswi berhingus ni pulak, lekas sangat percaya dengan penasihat RM1 ni... Maklum la, belajar percuma, dapat duit untuk beli buku, boleh joli sakan beli motosikal, henfon dan gajet telekomunikasi canggih, tanpa perlu bayar semula... Lepas tu, bila tamat pengajian, dapat CGPA cukup-cukup makan.

Tak perlu risau... Peluang kerja banyak disediakan oleh kerajaan Pakatan. Bukankah kerajaan Pakatan yang terbaik di dunia? Cekap, berkebajikan, adil, kekayaan negeri dan negara dibahagi samarata, bijak menguruskan kewangan negeri dan negara, bla bla bla.....

Jawapan kawan cuma satu saja, JANGAN MIMPI la!!!! Duit RM445 juta, mana perginya??? Duit tu agaknya boleh tanggung berapa ramai siswa-siswi??? Jawab yang tu dulu!!!                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...