Institute For Economics and Peace telah mengeluarkan laporan GLOBAL PEACE INDEX 2011 (klik link ini untuk mendapatkan laporan penuh GPI 2011). Yang menariknya, Malaysia muncul sebagai negara ke 19 yang paling selamat di dunia, ke 4 di rantau Asia Pasifik dan yang terbaik di kalangan negara-negara Asia Tenggara, mengatasi Singapura yang menduduki tangga ke 24.
Nampaknya, tidak seperti yang dicanangkan oleh pengikut totok Pakatan Rakyat, badan pemerhati antarabangsa mengiktiraf kejayaan kerajaan Malaysia melalui inisiatif NKRAnya untuk mengurangkan kadar jenayah dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih selamat untuk didiami.
Dan ranking yang dikeluarkan ini sekadar menguatkan lagi statistik yang dikeluarkan oleh KDN dan PDRM bahawa kadar jenayah di negara ini semakin menurun, sesuatu yang tidak mahu dipercayai oleh DAP dan penyokong totoknya di dalam PKR dan PAS yang kerap kali mencanangkan negara ini semakin tidak selamat serta kerap mengagungkan Singapura dalam semua aspek perbandingan.
Dan berikut, adalah komen yang dibuat oleh ramai rakyat Singapura di blog TR Emiritus (klik sini untuk laporan penuh) yang kini mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih selamat berbanding Singapura dan ingin menjadikan Malaysia sebagai tempat kediaman mereka selepas bersara.
Dari komen-komen di atas, ramai rakyat Singapura nampaknya memandang tinggi pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan tahap keselamatan dan taraf kehidupan di negara ini. Ia nyata sekali berlawanan dengan apa yang Ketua Menteri Cina sepet DAP, Lim Guan Eng yang menghentam Johor sebagai sebuah negeri yang tidak selamat.
Ia juga nampaknya menafikan serangan beberapa orang pemimpin PR kononnya menteri-menteri di Malaysia tidak kompeten dan berpengetahuan sedangkan menteri-menteri Singapura yang dipandang tinggi oleh penyokong totok PR itu sendiri, dipandang rendah dan disifatkan makan gaji buta oleh rakyat mereka sendiri.
Jadi, kisah dongeng PR yang mencanangkan kiblat mereka, kerajaan Singapura yang dikuasai oleh bapak DAP, iaitu PAP sentiasa bagus dalam segala segi berbanding Malaysia nampaknya tinggal sejarah semata-mata. Persoalannya, adakah penyokong totok DAP dan PR mahu terus-terusan mempercayai DAP ataupun suara hati rakyat Singapura sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.