ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 7 Jun 2012

LEBUHRAYA RAKYAT : ANDA NAK WAKAFKAN HARTA?

Ketua Penerangan Pas Kelantan kata golongan yang menyindir kerajaan negeri berhubung kutipan sumbangan dari rakyat untuk tujuan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, adalah golongan yang tidak memahami konsep dosa dan pahala. Ini kerana katanya, sumbangan yang dikeluarkan rakyat itu adalah amal jariah dan menepati konsep wakaf.


Dia juga persoalkan, tiada sesiapa pula yang akan "berketuk" kalau rakyat memberikan sumbangan untuk pembinaan surau dan masjid. Seterusnya, sempat juga dia "belasah" BN kerana menurutnya, pembinaan lebuhraya itu adalah untuk mengotakan janji-janji BN yang tidak ditunaikan.

Wahai Dr yang bijaksana, tiada sesiapa pun yang mempertikaikan sumbangan amal jariah rakyat bagi tujuan yang baik. Yang orang pertikaikan ialah, kenapa kerajaan negeri perlu "mengemis" meminta sumbangan rakyat sedangkan pembinaan infrastruktur seperti jalanraya dan lebuhraya sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Banyak negeri yang membina lebuhraya sendiri menggunakan dana kerajaan negeri sendiri, swasta ataupun pinjaman dari kerajaan Pusat. Johor baru sahaja menyiapkan lebuhraya baru menghubungkan Danga Bay ke pusat pentadbiran negeri Nusajaya dan juga lebuhraya pesisir pantai Kompleks Kastam ke Pasir Gudang. Melaka pula berjaya menyiapkan Lebuhraya AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) manakala Pahang pula menaiktaraf Jalan Pekan-Kuantan menjadi lebuhraya 2 lorong sehala. 

Ketiga-tiga contoh lebuhraya yang kawan sebutkan di atas berjaya disiapkan tanpa meminta sesenpun sumbangan dari rakyat dan yang paling penting, kesemua lebuhraya ini tidak mengenakan tol kepada penggunanya. Jika kerajaan negeri lain terutamanya Melaka yang tiada hasil bumi semewah Kelantan dan memang tidak boleh mengharapkan bayaran royalti minyak seperti Pas Kelantan kerana ketiadaan sumber galian itu, mengapa kerajaan Kelantan pula perlu meminta sumbangan rakyat? Adakah selepas lebih 20 tahun memerintah, Kelantan menjadi semakin miskin? Jika itu berlaku, adakah rakyat yang harus menanggung bebannya?

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang berorientasikan Islam sebagai teras pemerintahannya, kerajaan negeri Kelantan masih lagi meluluskan lesen premis judi di negeri Serambi Mekah itu. Bukankah pendapatan yang datang dari sumber haram seperti lesen judi itu wajib diasingkan dari pendapatan sumber halal lain? Dan bukankah pendapatan dari sumber haram ini mengikut ijmak para ulama, boleh digunakan untuk membina kemudahan awam seperti jalanraya? Jika dikumpulkan hasil lesen judi selama 20 tahun itu dan ditambah sedikit dari peruntukan kerajaan negeri, rasanya rakyat Kelantan tidak perlu mengeluarkan derma untuk pembinaan lebuhraya rakyat ini.

Sebaliknya, sumbangan rakyat ini boleh digunakan untuk membina atau membaikpulih serta menaiktaraf surau dan masjid yang ada di seluruh negeri Kelantan itu. Bukankah itu lebih bermanfaat dan dapat mengukuhkan lagi syiar Islam di negeri Serambi Mekah itu? Harapkan kerajaan negeri, nak bagi peruntukan untuk membersihkan tandas masjid pun dengarnya tak cukup. Apalagi membina masjid yang khabarnya cuma sebuah sahaja didirikan menggunakan dana kerajaan negeri dalam tempoh 20 tahun pemerintahannya....

Kerajaan Pas Kelantan harus mengakui, mereka kurang cekap dalam menguruskan kewangan  dan mencari sumber baru pendapatan negeri sepertimana yang dilakukan oleh Melaka. Kawan gemar mengambil contoh Melaka kerana negeri kecil ini cuma mengharapkan sektor pelancongan dan perindustrian sebagai sumber pendapatannya. Namun dengan kebijaksanaan kepimpinan Ketua Menterinya, ekonomi negeri berkembang pesat hingga membolehkan ramai anak muda dari negeri lain termasuk Kelantan berhijrah ke negeri Sang Kancil ini untuk mencari rezeki.

Pasal mendapatkan dana, kawan memang kena tabik spring pada Pas kerana dalil yang digunakannya, setiap sumbangan adalah amal jariah dan pasti mendapat ganjaran baik. Kerana itu, pengikut dan penyokong Pas begitu mudah untuk mengeluarkan sumbangan tanpa sebarang persoalan.  

Kawan bimbang, kutipan derma untuk lebuhraya rakyat ini bakal lesap atau ghaib sepertimana yang terjadi kepada Tabung Memali dan tabung derma ceramah Pas. Berikutan tiada ketelusan dan jumlah kutipan tidak pernah diumumkan, ada banyak peluang untuk berlaku ketirisan dan kebocoran terhadap wang kutipan itu. Akhirnya, wang kutipan ke mana, lebuhraya yang diimpikan rakyat juga entah ke mana... Mungkin rakyat Kelantan terpaksa menunggu 20 tahun lagi untuk merealisasikan impian mereka...

Kawan tidaklah menghalang untuk sesiapa juga menderma bagi tujuan pembinaan lebuhraya ini. Tapi kawan bagi peringatan kepada pentadbir tabung sumbangan ini, jika anda mengingkari amanah yang diberikan oleh penderma, tunggulah azab yang amat pedih di hari kemudian kelak....

                 

9 ulasan:

  1. Tabung Memali , Kohilal , Dan pungutan derma setiap ceramah telah membuktikan semua tabung yang dibuat oleh PAS telah masuk dalam poket mereka sendiri .. tengok apa jadi pada memali sampai pemimpin PAS memanggil balu memali sebagai sundal apabila meminta hak mereka yang teahpun disonglap oleh pemimpin PAS , belum lagi cerita kohilal dan belum lagi cerita duit beratus juta ringgit untuk air kelantan daripada kerajaan Pusat , tapi air kat kelantan sampai hari ni macam tu jee sebab duit dah kena songlap

    BalasPadam
  2. Kerajaan BN la yg songlap duit royalti petroleum Kelantan. Kamu ingat krjn Pusat nak bagi pinjaman kat Kelantan buat lebuhraya? Siap bank2 pon kene ugut jgn bagi loan utk lebuhraya ni walaupun Kelantan mampu bayar balik. Kerajaan Kelantan mmg kena asak betul2! Tak malu betul, dah la kejam ngn Melayu kat Kelantan, kononnya pembela Melayu, poorah!! Ada hati plak tu nk menipu dlm artikel ni. Kami rakyat Kelantan tahu semua kebenarannya. Korang tunggu la saat kejatuhan BN, semuanya sebab korang aniaya kesayangan kami, MB Tok Guru & pemimpin2 lain di Kelantan. Sebab tu UMNO patut hancur. Maha Pencipta tu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Just wait & see!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 21:47, biar kawan jawab isu anda satu-persatu :

    1. Isu royalti minyak - Bukankah kes ini sudah dibawa ke mahkamah? Kita tunggulah bagaimana kerajaan Pusat dan Kelantan berbalas hujah di mahkamah nanti. Jika mahkamah memutuskan Kelantan berhak menerima royalti minyak, sudah tentu kerajaan pusat akan mematuhi arahan mahkamah. Jangan anda mendahului mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bahawa kerajaan pusat bersalah.

    Bagaimanapun, seperti yang kawan sebut dalam artikel di atas, Melaka langsung tidak boleh berharap dengan royalti minyak kerana negeri berkenaan memang tiada sumber alam semulajadi itu. Tapi bagaimana kepimpinan negeri bekerja keras memajukan negeri di sebalik menyedari ketiadaan hasil bumi seperti Kelantan. Dan Melaka setakat ini berjaya membangunkan ekonominya dan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Jadi, janganlah jadikan isu royalti sebagai alasan untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan Kelantan.

    2. Isu pinjaman kerajaan pusat : Rakyat Kelantan sepatutnya merasa beruntung kerana walaupun diperintah oleh Pas, kerajaan pusat tetap menjalankan kewajipannya menyediakan peruntukan pembangunan untuk Kelantan. Seperti yang disentuh oleh Tanpa Nama 13:41, peruntukan RM600 juta untuk memperbaiki bekalan air Kelantan, ke mana perginya wang berkenaan? Setakat ini, kerajaan Kelantan sendiri mengakui tidak dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih dan perlu menunggu sehingga 20 tahun lagi untuk menyelesaikannya. Jadi, adakah kerajaan pusat yang perlu dipersalahkan atas segala kelemahan pentadbiran kerajaan negeri?

    3. Kerajaan BN kejam kepada Melayu Kelantan? Saudara lupa, berapa banyak projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Pusat di Kelantan? Dan berdirinya saudara hari ini yang kawan percaya, telah berjaya dalam kehidupan, atas dasar siapa kalau bukan dasar kerajaan pusat BN yang membela Melayu tak kira samada dari Johor, Kuala Lumpur mahupun Kelantan? Berapa ramai anak Melayu Kelantan yang berjaya menjadi tokoh ternama, semuanya atas hasil usaha siapa? Siapa yang menipu siapa?

    4. Saudara menunggu saat kejatuhan BN, bagaimana pula jika sebaliknya yang terjadi? Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku esok hari selain dari Allah S.W.T. Yang Maha Mengetahui. Jika saudara katakan UMNO patut hancur kerana membuat kerosakan di negara ini, adakah Pas terlalu syummul sehinggakan tiada kerosakan langsung? Kawan tidak berhajat untuk mengulas panjang mengenai kerosakan yang telah dilakukan oleh Pas. Cukuplah jika saudara bermuhasabah dan memohon diberikan petunjuk mana yang benar dan mana yang salah.

    Wallahualam...

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas penjelasan yg defensif itu.

    Kelakar jugak bila baca ni, 'Berapa ramai anak Melayu Kelantan yang berjaya menjadi tokoh ternama, semuanya atas hasil usaha siapa?'. - Penat2 tokoh2 tu berusaha keras, kredit dpt kat ahli politik pulak? Ada jgk yg berjaya dgn hasil mengipas tu dikira usaha keras jgk kan? Seperti yg kami semua rakyat jelata maklum, pemimpin atasan hanya jaga kroni je, termasuk kroni Melayu & bukan Melayu asalkan sanggup tunduk pada mereka.

    Ingat, rakyat Malaysia mahukan perubahan utk beri peluang pada pemimpin2 lain yg lebih kompeten utk kehidupan yg lebih baik. Sesiapa saja yg korup selama ni, yg balun duit rakyat takkan terlepas begitu saja. Itu barulah bangsa Melayu yg boleh dibanggakan. Tok Janggut pon buat perkara yg sama, menentang kezaliman. Tapi malangnya kami terpaksa menentang sesama bangsa sebab ramai pemimpin Melayu gelap mata bila pegang duit rakyat.

    Kami bersyukur pada Allah SWT sahaja, bukan pada makhluk lain. Nampaknya makhluk2 yg diberi amanah utk pimpin Malaysia selama ni dah diibaratkan busuk sampai ke usus. Ingat balik, ni ayat siapa? Mahathir mmg tokoh yg sgt bijak tp selepas pemerintahan beliau semuanya hampas. Jadi, susah sgt ke nak tukar kerajaan? PRU13 ini penentunya. Allahu Akbar! b end BN!

    BalasPadam
  5. lupa nak sebut, cuba check berapa hutang melaka & johor pada kerajaan pusat? berapa hutang kelantan yg kerajaan PAS bayar balik selama ni & sekarang tinggal brape? Negeri kecik takkan tak mampu bayar hutang kot.

    Yg saya tau melaka sepatutnya kaya dgn hasil pelancongan tp asyik rugi sbb byk projek hangat2 taik ayam. Monorel dah tak berfungsi sama la kincir air yg harga berjuta2 tp layak jd papan tanda je. Jgn ingat kami duduk di bawah tempurung. Kami tahu semuanya sbb kami baca semua akhbar terutamanya akhbar2 yg tak berat sebelah, akhbar cina, tamil tak sorok segala benda busuk yg kerajaan BN lakukan selama ini. Wassalam.

    BalasPadam
  6. Jika mahkamah memutuskan Kelantan berhak menerima royalti minyak, sudah tentu kerajaan pusat akan mematuhi arahan mahkamah. Jangan anda mendahului mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bahawa kerajaan pusat bersalah - Aku mmg angin gila baca ni. Baca tak apa yg arwah ayahanda Najib pesan? baca tak? Pegi check telaga2 minyak tu kat mana? ada yg tak bertindih lgsg pun ngn thailand tp disebabkan BN tak menang kat kelantan jd tak dpt sesen pon? Kelantan tak wujud ke tiba2 perairan tu jadi perairan terengganu? knape sarawak, sabah, tganu dpt royalti, tp Kelantan tak dpt? akal buang dlm longkang semata2 nak defend kerajaan? come on la sedara, pi buat homework dulu baru layak menulis.

    BalasPadam
  7. tak kira la UMNO ke PAS ke, penyelewengan wang mesti dibenteras. Hatta kalau Dato Seri Najib seleweng wang, kena benteras. Hatta Tuan Guru Nik Aziz seleweng wang kita benteras. UMNO dan PAS kena sedar dan patut sedar yg rakyat yg mempunyai kuasa untuk menentukan siapa pemimpin mereka. kalau boleh bawak ke muka pengadilan mahkamah, kalau tak boleh melalui undi. rakyat harus memberi mesej wakil rakyat yang korup tidak diterima masyarakat.

    Semasa pilihanraya, calon adalah wakil parti tetapi selepas menang pilihanraya mereka adalah wakil rakyat. Wakil rakyat harus 'service' kedua2 ahli parti. Saidina Umar pernah berkata, pemimpin mempunyai sebelah kaki di syurga dan sebelah lagi di neraka. Jika dia gagal berlaku adil maka nerakalah tempatnya. untuk itu saya bersyukur apa yg saya ada dan mengucapkan selamat bekerja kepada wakil rakyat Malaysia!!

    Islam itu sempurna, tapi pengikutnya tidak.

    BalasPadam
  8. sejak zaman bila tugas bina jln nie kerajaan negeri punya? kesian... tugas bina jln nie kerajaan pusat punya... cuba tgk brp jln persekutuan? kuantan pekan tu jln persekutuaan. jdi kerajaan pusat yg buat okeyh? daa tu knp kerajaan pusat x buat jln tu. sedangkan dah byk kali mintak?
    kalau salah tlg betol kan.

    BalasPadam
  9. umno bodoh...melayu bodoh x payhla bela umno....kalu umno tu islam...nape najib,hisyamudin n shaberi chik berjoget sama dgn artis k-pop...kambing pun boleh pikir sape yg betul

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...