Baru malam tadi kawan puji Nik Aziz tinggi melangit pasal dia berani membentak DAP pasal tak nak buat pilihanraya DUN negeri PR serentak dengan Parlimen.
Pagi ni, keluar berita perangai lama Nik Aziz muncul semula. Dia kutuk UMNO dan BN yang kononnya menghidupkan gelaran puak ulamak dan profesional dalam Pas. Dia kata, profesional dalam Pas itulah ulamak, dan ulamak dalam Pas itulah profesional.
Fuh, dahsyat!!!! Masuk Pas saja, dapat 2 gelaran sekaligus, profesional dan ulamak. Itu belum lagi dengan ganjaran sebagai ahli syurga. Patutlah Bob Lokman dahpun digelar ustaz walaupun tak sampai setahun masuk Pas. Rupanya dah dapat jadi ulamak.
Kawan hormat ilmu agama Tok Guru. Tapi bila dia dah merapu dalam soal politik, kawan tak dapat terima. Yang mewujudkan golongan ulamak dan profesional dalam Pas adalah ahli Pas sendiri. Takde maknanya UMNO nak masuk campur dalam hal-ehwal dalam kain Pas. Orang Pas sendiri yang mengakui kewujudan kedua-dua golongan ni dalam Pas, bukannya direka-reka oleh orang luar.
Kawan nak tanya, kalau orang Pas itu ulamak dan profesional, kenapa jadi pertikaian antara Hassan Ali dan Khalid Samad di Selangor? Sementara Hassan Ali gigih hendak menguatkuasakan perintah larangan menjual arak dan umat Islam dilarang bekerja di premis yang menjual arak, kenapa Khalid Samad pulak muncul dengan pandangan berbeza? Khalid Samad, dengan pandangan liberalnya, bukan saja berani menyanggah Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya Pas Selangor, malahan bertindak melawat kilang Carlsberg dan mengesyorkan supaya kilang berkenaan dibesarkan lagi. Sebelum berkuasa dulu, puak Pas lah yang giat mengutuk BN sebagai makan hasil kilang arak Carlsberg itu dan ghairah hendak menutup kilang berkenaan bila berkuasa. Tapi, kilang berkenaan masih teguh beroperasi sampai sekarang.
Jadi tolong beritahu kawan, yang mana satu ulamak, yang mana satu profesional? Hassan Ali atau Khalid Samad? Ataupun dua-duanya ulamak dan profesional seperti takrifan Nik Aziz? Nizar Jamaludin pulak, nak letak golongan mana? Sampai sanggup turut serta dalam upacara sembahyang kematian seorang Cina sampai menundukkan kepala dan membakar serta memegang lilin. Ulamak ke profesional tu?
Itu belum lagi bercerita tentang perjuangan bermati-matian Nik Aziz mempertahankan perangai seks Anwar Ibrahim. Ulamak ke profesional tu?
Sampai dikata menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik, puak Pas nanti akan kafirkan kawan pulak. Tapi, itulah hakikat perjuangan Islam Pas. Mahu tak mahu, puak Pas kena akui, dalam banyak segi, perjuangan Pas sebenarnya tersasar dari kehendak Islam yang syummul. Ada banyak perkara dalam kain Pas yang perlu diperbetulkan semula. Agaknya, disebabkan kepincangan itulah, Allah S.W.T belum memakbulkan ratusan mungkin ribuan solat hajat yang dilakukan puak Pas supaya mereka dapat kuasa memerintah negara. Wallahualam....
Tuhan telah tutup rapat pintu pintu hidayah kepada yang munafik.mengkafirkan sesama Islam.
BalasPadamblog anda telah disenaraikan http://tendangterajang.blogspot.com. Terimakasih kerana link yang dilakukan di sini.
BalasPadamSelamat berjuang!
dia sendiri yg mahu dikenali sebagai TUAN GURU semasa mula2 memegang jawatan MB dulu! gelaran yg terpaksa dia pikul sebagai MB yg sepatutnya lebih peka dgn permasalahan rakyat miskin, bukannya beretorik berceramah saban waktu & membiarkan orang lain menyelesaikan maslah rakyat!
BalasPadamjawatan MB yg dipikulnya selama ini tidak menggambarkan kedudukannya spt MB2 yg lain..berkhidmat utk kemajuan negeri. dia hanya duduk berceramah & rasa itu dah cukup...adakah berceramah & mendengar ceramah saban hari & malam satu kemajuan? yg melenggak sakan dgr ceramah takkan senang hidup tapi yg berceramah tersembur2 air lior jadi kaya dgn kutipan derma dari pelenggak!
sebenarnya yg dapat cari makan hanya mrk yg benar2 bekerja shj...wallahuaklam