ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 7 Ogos 2012

HOT!!! PEMFITNAH PAKATAN RAKYAT MALU BESAR!!!

Dah namanya pembangkang, kerjanya nak menuduh saja... Tuduhan pulak, main hentam keromo, langsung tak buat "kerja rumah". Sudahnya, apa yang dihebahkan, terbukti fitnah. Siapa yang nak tanggung dosa pencacai yang lain yang sibuk tumpang maki-seranah disebabkan oleh fitnah si empunya wall fesbuk tu? Sendiri jawab...


Sepatutnya, di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ni, perbanyakkan amal-ibadah, bukannya membuat tuduhan yang tak berasas. Sudahnya, dibuktikan tuduhan tu palsu, siapa yang malu?
Snapshot di atas, kawan ambil dari wall fesbuk seorang yang menamakan dirinya VOTE PAKATAN RAKYAT. Sedara ni menyiarkan gambar kononnya, Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Johor Jaya (di bawah Parlimen Pasir Gudang di bawah Datuk Seri Hj Mohamad Khaled Nordin) dari MCA, En Tan Cher Puk menghadiri dan masuk sama ke dalam masjid pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Taman Saujana, Johor Bahru pada 29/07/2012 yang lalu.

Maka apalagi, berbondong-bondong pengikut Pakatan Rakyat mengutuk tindakan tersebut. Malangnya, tanpa disedari, gambar yang dibulatkan berwarna merah itu bukannya En Tan Cher Puk, sebaliknya telah disahkan oleh pembantu peribadi Datuk Seri Hj Khaled Nordin, sebagai En DAHARI HASSAN, salah seorang AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selepas sahaja pengesahan tersebut dibuat, gerombolan yang sumpah-seranah UMNO dan MCA tersebut, terus menyepi seribu bahasa. Sebaliknya, barisan penyokong UMNO pula yang "mengambil-alih" wall tersebut dan melemparkan kritikan bertalu-talu atas kesilapan membabi-buta juak-juak Pakatan Rakyat itu.

Sampai setakat artikel ini ditulis, belum ada permohonan maaf dibuat oleh pemilik wall berkenaan biarpun En Dahari Hassan sendiri telah memaafkan perbuatan fitnah ke atas dirinya. Kelihatannya, si pemilik tuduhan palsu itu tidak berani mengakui perbuatan salahnya dan meminta maaf atas keterlanjurannya. 

Anda boleh capai gambar dan komen berkenaan gambar palsu ini di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...