ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 7 Julai 2011

KJ : JANGAN BERLAGAK WIRA, BOLEH TAK?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mendakwa polis KL menyemarakkan ketegangan berkaitan Kotor 2 apabila mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang dia dan 90 orang lain dari memasuki ibukota pada Sabtu, 9 Julai ini. Dia seterusnya berkata, sekembalinya dia dari misi Gaza, "dia diharamkan dari bandaraya dia tinggal".

Terus-terang kawan cakap, kawan tak faham dengan Ketua Pemuda Umno yang sorang ni. Adakalanya, dia ni lebih ultra berbanding pemimpin BN yang lain. Tapi, dalam sekelip mata pulak, perlakuan dia boleh bertukar dan ada kecenderungan seolah-olah dia di pihak pembangkang.

Dalam kes ni, yang dia sibuk dakwa polis menyemarakkan ketegangan, apa yang merasuk fikiran dia ni? Polis mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang 91 orang tu masuk ke KL adalah sebagai langkah pencegahan. Ini kerana, polis mempunyai asas untuk mempercayai perarakan atau perhimpunan haram Kotor 2 itu telah diresapi oleh anasir subversif dan bakal menimbulkan kekacauan dan huru-hara di ibukota jika tidak dibendung dari awal.

Sepatutnya, sebagai seorang Ketua Pemuda bagi parti yang menjadi tulang-belakang kerajaan pusat, si KJ ni kena berterima kasih kepada polis kerana berusaha keras untuk mengawal keamanan dan keselamatan negara dari diganggu-gugat oleh malaun dan lahabau yang berselindung di sebalik agenda Kotor 2 tu. Sampaikan cuti anggota polis pun dibekukan bagi menjaga keselamatan negara.

Ini tidak, dahlah berterima kasih pun tidak, dibelasahnya lagi polis.  Kalau dah tahu dia "diharamkan dari bandaraya dia tinggal", tak reti-reti duduk saja kat rumah? Kau tu kan baru balik dari misi Gaza, inilah peluang untuk kau berulit dengan anak-bini yang kena tinggal selalu tu. Ataupun bawak anak-bini kau balik kampung kau kat Rembau tu. Apa masalahnya?  

Timbalan kau tu, Datuk Razali Ibrahim dahpun buat kenyataan bahawa Pemuda Umno akan menjunjung titah Tuanku YDP Agong supaya menyelesaikan masalah di meja rundingan dan bukannya dengan cara berdemonstrasi, Maknanya, perarakan Patriot dah dibatalkan. Kalau penjilat Kotor 2 tu masih nak "beraksi" jugak di jalanan, biarkan polis saja mengajar puak degil yang tak makan saman tu.

Entahlah, kawan pun tak tau nak kategorikan dia ni sebagai aset atau liabiliti kepada Umno dan BN. Kawan harap, si KJ ni tak usahlah terlampau nak menonjolkan diri menjadi wira yang tak diundang. Kelak, menambahkan kebencian orang lagi yang dah cukup meluat dengan cerita dia di zaman pak mertua dia berkuasa dulu. Sudah sudahlah tu....                   

6 ulasan:

  1. Siasat saja segala projek yang dia dapat masa mertuanya jadi PM. Dengan duit itulah kini dia jadi besar kepala dan rasakan dia dapat beli segalanya. Kalau tak silap, susur galur beberapa syarikatnya bertemu dengan syarikat puak Anwar

    BalasPadam
  2. puaka sekor ni masih dok perasan konon2nya dia ni orang bijak dan penting...tak pernah perasan sikit pon yang diri tu sebebal-bebal manusia kat malaysia ni..sebijik cam pak mertua dol tu....

    BalasPadam
  3. engko ni pun satu hal..... ini budak bongek tidak boleh dianggap sebagai aset... tidak juga boleh di anggap se bagai liabiliti...dia ni mempunyai ciri ciri "SUSUT NILAI"

    BalasPadam
  4. Aku hairan, dah tau mereka ini ada agenda kotor dok layan lagi buat apa? dari jalan, kestadium lalu minta perintah mahkamah halang orang nu halang orang ne masuk KL,Isakan saja Ambiga dan kuncu2nya habis cerita,jangan bagi puak2 ini ambil kesempatan seperti zaman Tun abdullah badawi.

    BalasPadam
  5. KJ -> Mr.AnWAR Ibrahim in making

    BalasPadam
  6. Al Juburi meroyan nak jadi PM
    KJ seekor ni meroyan nak jadi Pak Menteri
    Amacam ada persamaan tak tujuan berdemo tu?? Fikir-fikirkan le!! Pengikut PAS/PKR/UMNO

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...