ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 22 Mei 2011

SIAPA TAK FAHAM ISTILAH INFLASI?


Kawan terpanggil untuk mengulas isu pengurangan subsidi ke atas barangan tertentu seperti petrol RON95 dan barangan keperluan asas lain seperti gas memasak, gula dan tepung gandum. 

Sejak diumumkan bahawa nilai subsidi yang dibelanjakan tahun ini meningkat 100% kepada RM20.58 bilion berbanding tahun lepas dan kerajaan tidak boleh menampung keseluruhan subsidi itu terlalu lama, PR dengan tidak berlengah lagi terus membelasah kerajaan tanpa henti kononnya, kerajaan tidak mengambilkira kesusahan rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Memanglah isu pengurangan subsidi ini bakal menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Bagaimanapun, untuk PR menuduh kerajaan sengaja hendak menambahkan kesengsaraan rakyat adalah tuduhan yang melampau. Ini kerana Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyidin Yasin telah memberi jaminan bahawa kerajaan tetap akan memastikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak terlalu membebankan rakyat.

Pada kawan, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memang tak boleh dielak. Kawan bawakan analogi berikut. Pada era 1950an, harga sebungkus nasi lemak adalah di sekitar 5 sen. Tahun 1970an, sebungkus nasi lemak berharga sekitar 20 sen sebungkus dan ianya meningkat kepada 50 sen pada hujung 1980an dan sekarang, pada tahun 2011, harga sebungkus nasi lemak sudahpun mencecah minimum RM1 sebungkus. 

Begitu juga dengan harga akhbar. Pada tahun 1985, kawan membeli akhbar pada harga 35 sen senaskah. Sejak itu, harga akhbar terus meningkat sehingga mencecah RM1.50 sekarang pada hari biasa dan RM2 pada hari minggu.

Mengapakah ini terjadi? Itulah yang dinamakan sebagai INFLASI. Bagi yang tidak faham istilah inflasi, ia dimaksudkan sebagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam sesuatu tempoh masa. Dua contoh yang kawan sebutkan di atas adalah contoh yang paling mudah bagaimana inflasi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.

Punca berlaku inflasi ada dua. Pertama, disebabkan pertambahan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan disebabkan peningkatan perbelanjaan baik dari individu, sektor awam mahupun swasta. Contohnya, kenaikan harga topeng muka semasa krisis virus H1N1 tidak lama dulu. Permintaan yang naik secara mendadak menyebabkan topeng muka yang biasanya dijual pada harga di bawah RM1 sekeping, telah dijual sehingga ke paras RM5 sekeping.

Faktor kedua dipanggil "tolakan kos". Tolakan kos berlaku apabila berlaku kenaikan kos terhadap bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam contoh akhbar di atas, harga kertas dan dakwat yang terus meningkat dari semasa ke semasa adalah faktor pendorong utama kepada kenaikan harga akhbar. 

Dalam contoh nasi lemak pula, kenaikan harganya adalah disebabkan oleh kenaikan harga beras, santan, lada, telur dan ikan bilis yang menjadi bahan utama penghasilan nasi lemak menjadi punca kepada kenaikan harganya.

Kebanyakan sebab inflasi yang berlaku di negara ini adalah disebabkan oleh faktor tolakan kos. Ada juga inflasi yang diimpot. Contoh yang paling senang difahami ialah petrol. Walaupun Malaysia mengeluarkan petrol sendiri, tetapi ianya tidak cukup untuk kegunaan domestik menyebabkan negara terpaksa mengimpotnya dari negara pengeluar yang lain. Dan kerana itu, Malaysia terdedah kepada risiko peningkatan harga minyak di pasaran dunia. 

Fikirkan ini, harga sebotol air mineral 1.5 liter berharga RM2.20. Ini bermakna, harga seliter air mineral ialah di sekitar RM1.47 manakala harga seliter RON95 ialah RM1.90. Secara logik, kos pengeluaran manakah yang lebih tinggi, air mineral ataupun petrol? Jawapannya tentulah petrol. Sepatutnya, harga seliter petrol boleh mencecah sehingga RM2.60-RM2.80 seliter dalam keadaan sekarang. Cuba lihat berapa banyakkah perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi memastikan harga RON95 kekal pada harga sekarang?

PR asyik membangkitkan perihal mengurangkan bayaran subsidi sebanyak RM19 bilion yang dibayar kepada penjana kuasa bebas (IPP) yang mana penjimatannya boleh digunakan untuk menyerap kenaikan harga petrol. Bercakap memang mudah.  Bukankah ada kontrak di antara IPP dan Tenaga Nasional yang perlu dipatuhi? Untuk meminda kontrak yang telah ditandatangani, memerlukan kerajaan membayar pampasan bernilai berbilion RM kepada IPP  ini.

Dan cuba tanyakan pula kepada Anwar Ibrahim, pada zaman Menteri Kewangan manakah kebanyakan perjanjian IPP ini ditandatangani? Dan sekarang, dia pula cuba menjadi juara rakyat dalam menangani masalah subsidi IPP ini.

Kesimpulannya, walau bagaimana pun kita cuba mengelak, kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini tetap akan berlaku. Kita kena bersedia untuk menerima hakikat inflasi. Jika sudah tahu keadaan sedemikian, kita kenalah bersedia. Mungkin kita perlu mengubah sedikit gaya hidup kita (lifestyle) bagi disesuaikan dengan pendapatan kita. Tidak ramai yang sedia berkorban sedikit kesenangan demi memastikan kelangsungan hidup kita.

Kesimpulannya, "tepuk poket, tanyalah hati"....   

       

10 ulasan:

  1. ARTIKEL YG BAIK.
    ELOK DIHEBAHKAN KEPADA PENCACAI2 PR YG TERBUKTI BEBAL EKONOMI.
    AKU PALING SUKA PERBANDINGAN SECARA LOGIK ANTARA AIR MINERAL 1.5L DENGAN RON95 TU..
    HEHEHE

    BalasPadam
  2. aku nih tak lah pandai sangat bab ni.. tap aku berpendapat isu pokoknya ialah pemborong mahukan keuntungan melampau... sbg contoh akhbar, kenapa harus harga dakwat dan kertas terus meningkat?walhal kenaikan dakwat dan paper tadi tak setimpal dengan kenaikan kos asas yg lain... ni adalah satu lagi perspektif yang harus dikaji... keuntungan pemborong cina yang melampau...

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada saudara tanpa nama 20:33 di atas. Memang tak dinafikan inflasi juga boleh berlaku disebabkan oleh manipulasi harga oleh pengeluar bahan mentah. Sebab itu kerajaan memperkenalkan Akta Kawalan dan Pencatutan 2010 mulai 1 April 2010. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepungganaan (KPDNKK) boleh mengambil tindakan ke atas peniaga yang membuat keuntungan melampau. Jadi, anda sebagai pengguna harus bijak menggunakan hak anda dengan membuat aduan kepada KPDNKK sekiranya mengesyaki ada peniaga yang membuat keuntungan luarbiasa.

    BalasPadam
  4. Salam..

    Terbaik.. senang nak faham.

    Apapun, mohon link dari blog tuan. GT dah link n follow blog ini.

    salam perjuangan dan YNWA! yeehhhaaaaaaa...!!!

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam.

    Terima kasih saudara GT. Kawan dah linkkan blog saudara ke blog kawan ni.

    Semoga persahabatan dan perjuangan kita diberkati Allah S.W.T. Insya-Allah.

    BalasPadam
  6. Salam tuan,

    Inflasi mmg tidak boleh dielakkan selagi kita menggunakan matawang kertas.Ini tidak diajar di universiti.Di universiti,kelas ekonomi mengajar kita yg inflasi adalah akibat kos/permintaan.
    Apabila wang kertas byk dlm circulation,atau dicetak terlalu banyak,ini boleh sebabkan hyperinflation.Point yg saya mahu bawa disini ialah,inflasi sebenarnya akibat dpd matawang kertas.Selagi kita tidak berbalik semula kpd sandaran emas/matawang emas,selagi itu inflasi akan ada.
    US sedang mengalami masalah ini disebabkan mereka cetak terlebih US Dollar dpd biasa utk selamatkan bank2 mereka.Sekian.

    BalasPadam
  7. Terimakasih atas info dan penerangan yang diberikan. saya ingin menambah dalam isu penolakan kos.

    Kos kenaikan gaji juga memainkan peranan. Kenaikan gaji yang tidak seimbang dengan produk yang dikeluarkan juga menyebabkan kenaikan kos. kalau kita sibuk dengan gaji minima tetapi tidak mahu diikat dengan jumlah produk minima maka kenaikan kos pengeluaran akan berlaku dan ini akan ditanggung oleh pengguna itu sendiri termasuk pengguna menanggung kos sikap pekerja yang tidak jujur (mencuri produk), ponteng kerja, sabotaj pengeluaran dan sebagainya.

    Semoga kita memperolehi rezeki yang berkat dan berkongsi keberkatan itu bersama keluarga. Jangan nanti duit banyak tapi dihabiskan di hospital. MasyaAllah

    BalasPadam
  8. salam..
    Tambah sikit..

    nie saya copipes hadis pasal dinar emas... zero inflasi

    Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata : saya mendengar penduduk bercerita tentang ’Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan uang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan uang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli debupun, ia pasti beruntung” (H.R.Bukhari)

    1 dinar beli 1 ekor kambing... harga emas dinar hari ini 24/5/2011 RM 707 rujuk http://islamicmint.com.my/

    harga kambing sekarang pun sekitar RM700 kan.. so inilah zero inflasi...

    ya.. betul jika RM kita sandar dengan emas 100% kita boleh elakkan inflasi... malangnye rezab emas kita sedikit dan RM banyak sandar dengan USD.. lepas nie USD merudum.. merudumlah RM dan meningkatlah lagi inflasi..

    Mohon TT highligt sikit kenaikan barang di dunia..kebombangan pakar ekonomi.. bukan kat Malaysia sahaja barang akan naik 30% tetapi di seluruh dunia lah...

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas komen-komen saudara semua. Kawan setuju, peningkatan upah dan gaji pekerja yang tidak selari dengan produktiviti juga merupakan bebanan kos kepada pengeluar barangan. Itu yang Tun M beritahu selama ini, peningkatan gaji mesti diiringi dengan peningkatan produktiviti. Barulah kos gaji yang meningkat itu diimbangi dengan jualan lebih banyak barangan yang dikeluarkan.

    Sebenarnya, banyak faktor lain yang mendorong kepada peningkatan inflasi. Antaranya, penggunaan teknologi. Kilang yang menggunakan mesin dan teknologi terbaru melabur banyak untuk mendapatkan mesin berkenaan. Kebiasaannya, kilang akan meminjam dari bank untuk membuat pelaburan besar bagi mendapatkan mesin berkenaan. Kilang kena membayar semula pinjaman itu. Dan untuk menampung kos faedah dan ansuran pinjaman, satu-satunya opsyen adalah, menaikkan harga barang yang dikeluarkan.

    Semakin banyak kita selidik, semakin banyak kaitan yang kita jumpa. Dan tanpa disedari, kita sendiri adalah penyumbang kepada kenaikan inflasi. Nanti kawan terangkan kemudian...

    BalasPadam
  10. Senang ajer... Belanja secara berhemah... Kurangkan permintaan... Kurangkan berjalan, jimat petrol & alam sekitar pun selamat... Pemanasan global pun boley dikurangkan... Kkadang tu apa yg kita rasa x elok adalah baik utk kita... Fikirkanlah

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...