ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 27 April 2013

MANA SATU YANG BETUL NI???

Kawan betul-betul tak faham... Dua minggu lepas, dia cakap lain. Hari ni dia cakap lain pulak. Yang peliknya, apa yang dicakapkannya tu, makin susut dalam tempoh cuma dua minggu. Dua minggu lepas, bukan main konfiden lagi dia, hari ni cam dah was-was pulak dah...

Agak-agak korang, siapa agaknya yang kawan maksudkan? Korang memang terer... Siapa lagi kalau bukan MB Selangor kebanggaan PR tu!!! Pasal dia kononnya cekap sangat menguruskan ekonomi Selangor sampai dengarnya kerajaan negeri ada rezab tunai sampai RM2.5 bilion, dia dah boleh dikira sebagai pakar matematik la gamaknya... Fuh, dahsyat betul MB serabut ni...
Sumber : Keldai Daily 11/04/2013
Dua minggu lepas, dia keluar kenyataan bahawa pakatan haram yang diwakilinya tu, hasil dari satu kajian, boleh menang 215 kerusi Parlimen. Masa kenyataan ni keluar, seram-sejuk rasa badan kawan. Mana taknya, jika benar pakatan haram menang 215 kerusi Parlimen; BN, parti lain dan calon bebas hanya mampu "berebut" 7 kerusi saja yang tinggal. Ini dah kira hampir sapu bersih kerusi Parlimen. Pakatan haram dah tentu dengan sesuka hati saja boleh ubah perlembagaan, maklumlah dah ada wakil lebih dari majoriti 2/3. Kawan rasa, ramalan 215 kerusi ni adalah yang paling tinggi dibuat oleh juak PR ni. Lim Kit Siang pun tak berani letak ramalan sebegitu tinggi, cuma setakat 127 kerusi saja (baca artikel SIAPALAH CIKGU MATEMATIK KAU NI???
Sumber : Sinar Hairan 27/04/2013
Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba si Khalid ni keluar kenyataan baru hari ni, PR yakin akan menang 115 kerusi Parlimen dan akan membentuk kerajaan persekutuan berdasarkan kepada majoriti mudah. Kawan ulang, 115 saja!!! Ai, jauh benar bezanya, sampai susut 100 kerusi??? Kau ni biar betul Lid... Baru dua minggu lepas kau buat hati bos anugerah kau berbunga-bunga sebab impian dia hendak jadi PM makin hampir jadi kenyataan, hari ni kau u-turn pulak dah?

Jumlah kerusi tu pulak, terlalu rapuh bilangannya. Manalah tahu, kot-kot ada antara 115 wakil PR tu yang berubah hati melompat masuk ke BN ataupun jadi wakil bebas cam dalam sessi 2008-2013, tumbang lagi kerajaan PR seperti yang berlaku kat Perak pada 2009 dulu. Kalau jadi lagu tu, UMNO/BN jugak yang akan disalahkannya nanti...

Dah tu, si Khalid ni pulak dengan bongkaknya berkata penerimaan rakyat sekarang begitu hebat dan ramai yang sudah takut, kerana angka itu menunjukkan rakyat mahu ubah kerajaan. Betul ke Lid? Ataupun kau dan juak-juak pakatan haram kau yang dah kecut perut lihat penolakan rakyat terhadap kempen PR?

Kau jangan lupa Lid, rakyat semakin bijak menilai. Peluang yang rakyat beri pada korang 5 tahun lepas, telah korang sia-siakan. Rakyat beri korang kemenangan tapi korang tak turun berkhidmat menjaga kebajikan rakyat. Pengundi di Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Batu tahu berapa kali korang turun padang mengambil tahu kesusahan yang dialami mereka (baca artikel TISU UNTUK THREE STOOGES....). Kau jangan konfiden sangat Lid... Tertonggeng nanti kau dibuang oleh pengundi di kawasan kau...

Itu belum lagi ambilkira kat beberapa kawasan lagi seperti Bukit Gantang (kawasan Nizar Lilin yang kini ditandingi Idris Ahmad), Permatang Pauh (kawasan bos anugerah kau tu) dan Shah Alam (kawasan sekutu kau yang paling kuat menyokong agenda parti kau walaupun dia mewakili parti terlebih Islam). Agak-agak kau lah Lid, boleh ke sekutu-sekutu kau ni pertahankan kemenangan diorang? 

Sebenarnya Lid, yang takut tu adalah geng-geng korang. Kalau tak, takkanlah unjuran kerusi yang bakal dimenangi korang tu, makin lama makin menurun jumlahnya? Itu tandanya korang dalam pakatan haram tu sendiri dah tak yakin dengan untung-nasib korang sendiri. Pengundi takkan lupa dengan ungkapan "MANIFESTO BUKAN JANJI" yang kau lafazkan tu Lid. Dan pengundi takkan semudah itu akan menyerahkan kepercayaan mereka sekali lagi kepada korang untuk menjadi pemerintah negeri dan negara. Impian korang akan dikuburkan pada 5 Mei 2013 ini nanti. LAIN KALI SAJALAH!!!! 


               

1 ulasan:

  1. Orang Port Klang akan kuburkan ko Lid. Itu pasti. Ko tahu dimana Sungai Keladi, Perigi Nenas, Kampong Mat Zin ? Orang Pualau Lumut sekarang ni Pulau Indah dah cukup menalkin kan ko Lid. Isu senang aje.....mengapa ko lari dari Ijok? Orang Ijok dah tak terima ko dan ko ingat orang Port Klang nak terima ko?

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...