Kawan tengok, semenjak dua menjak ni, orang-orang PR ni dah jadi macam budak sekolah rendah pulak. Asyik belajar mengira je kerjanya. Yang peliknya, pelajaran mengira dia cuma melibatkan hasil tambah (campur) dan darab aje. Yang tolak dengan bahagi, takde pulak diorang tu practice buat latihan. Takkanlah cikgu diorang tak reti ajar tolak dengan bahagi pulak? Ataupun, diorang ni tak suka buat kira-kira tolak dengan bahagi? Memang malanglah kalau cikgu dapat anak murid yang ungkal (bahasa orang Johor - maksudnya degil) cam orang-orang PR ni.
Sumber : Sinar Harian 31/03/2013 |
Terbaru, Lim Kit Siang nak tunjuk handal kehebatan dia menyelesaikan masalah tambah dan darab. Dia kata, PR ada harapan cerah nak menang 12 lagi kerusi Parlimen. Ini adalah sebagai tambahan kepada 82 kerusi Parlimen yang dimenangi dalam PRU12 2008 dan 33 lagi kerusi tambahan yang boleh dimenangi PR. Maknanya, Kit Siang yakin, PR boleh menang 127 kerusi Parlimen. Dengan ini, PR akan mendapat majoriti mudah dan perlukan cuma 21 kerusi lagi untuk dapat majoriti 2/3. Wow!!! Memang hebat sifir tambah dan darab Kit Siang ni....
Tapi tu lah, cikgu dia lupa nak ajar pasal sifir tolak dan bahagi pulak. Yang dia cerita tu, yang dia yakin boleh menang. Dia tak cerita pulak, berapa kerusi yang PR nak hilang? Bukan satu rahsia lagi, banyak kawasan Parlimen yang diwakili PR sekarang, pengundi di kawasan berkenaan dah naik bosan, meluat dan menyampah tengok perangai MP PR ni. Orang cam Nurul Izzah, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Khalid Samad malahan Kit Siang sendiri, berdepan dengan kemungkinan untuk di SIANG oleh pengundi walaupun ada ura-ura mereka ni akan berpindah ke kawasan yang dikatakan selamat. Sebabnya, pengundi di Lembah Pantai, Permatang Pauh, Bandar Tun Razak dan Shah Alam dah bosan diabaikan oleh MP mereka yang cuma tahu berkokok dan mencipta pelbagai kontroversi sedangkan kebajikan pengundi di kawasan berkenaan diabaikan. Ipoh Timur pula mungkin bosan sebab Kit Siang dah jadi MP "Touch n Go", dahlah menumpang bertanding di luar kawasannya, lepas tu, datang dan pergi sesuka hati dia je. Ni pulak, nak pergi merempat kat Gelang Patah pulak. Macam la nama dia tu besar sangat sampai orang Johor tergila-gila nak bagi undi kat dia...
Pada kawan lah, Kit Siang ni, bukan reti mengira pun. Cikgu matematik yang paling handal dalam dunia pun, kalau dapat anak murid cam si Kit Siang dan ahli parti sepet senget dia tu, akan menyesali nasib kerana punya anak murid cam ni. Apa tidaknya, spesis diorang ni memang jenis lembam yang tak boleh diajar. Cikgu ajar kira cara betul, dia buat jugak cara salah. Contoh paling baik adalah bila diorang salah kira undi masa pemilihan CEC parti sepet senget tu. Mula-mula, takde sorangpun nama Melayu yang menang. Selang beberapa hari kemudian, tiba-tiba naik pulak nama sorang Melayu celup dikatakan menang dalam senarai 20 orang ahli majlis CEC tu. Puncanya, pasal salah kira undi. Yang disalahkan, program komputer!!! Macamlah orang lain tak tahu guna program komputer tu. Tetap jugak tak mahu mengaku ke"bengap"an mereka yang tak tahu mengira...
Yang terbaru pulak, Cina tokong anak Kit Siang ni dengan sesuka hati aje umum kos pembinaan terowong bawah tanah menghubungkan tanah besar dengan Pulau Pinang mencecah RM6.3 bilion sedangkan kos asal yang diumumkan adalah RM4.02 bilion. Kali ni, alasan Cina tokong anak Kit Siang ni pulak adalah salah taip. Sekali lagi, komputer jugak yang disalahkan. Dah tu, kontrak untuk buat terowong mega tu diberikan kepada syarikat dengan modal berbayar RM2 (rujuk sini). Sekali lagi ke'bengap"an Cina tokong anak Kit Siang ni terserlah. Budak sekolah rendah pun tahu, bagaimana dengan modal cuma RM2, syarikat tu berupaya nak membangunkan projek mega tu. Dengan modal RM2, nak beli nasi ayam penyek pun tak lepas, apatah lagi nak buat terowong berbilion RM. Lainlah kalau ada banyak opera Cina yang berlaku di sebalik penganugerahan kontrak pembinaan kepada syarikat RM2 tu.
Kawan nak nasihatkan satu aje kepada Kit Siang dan gerombolannya, pergilah masuk sekolah balik. Habiskan pelajaran matematik yang cikgu dia tak sempat ajar tu sebab sifir tolak dengan bahagi tu pun penting dalam ilmu matematik ni. Takde benda dalam dunia ni yang asyik bertambah tanpa surut sikit pun kecuali umur manusia. Tu pun, makin bertambah umur, makin hampir masa untuk meninggalkan dunia apatah lagi bila dah masuk tahap umur cam Kit Siang dan Anwar Ibrahim tu. Jangan lepas PRU13 nanti, rakyat seluruh Malaysia ketawakan Kit Siang kerana kebebalannya menguasai ilmu matematik, sudahlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.