ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 20 April 2011

KALAU DAH JUMUD...

Ada beberapa puak jumud yang bersorak gembira kononnya dah pasti pelaku video seks yang ditayangkan oleh "Datuk T" kepada media itu, bukannya Anwar Ibrahim. Ini ekoran pendedahan pihak polis yang membayangkan kemungkinan trio berkenaan didakwa atas kesalahan menayangkan video lucah walaupun pelakon dalam video berkenaan telah dikenalpasti.


Agaknya, puak jumud ni tak faham bahasa... Polis tak beritahu pun siapa pelakon utama tu. Polis cuma kata jam Omega yang diserahkan kepada mereka tidak relevan dengan siasatan itu. Polis tidak pun mengumumkan bahawa "Anwar Ibrahim bukan pelakon utama video seks" itu.

Jadi, identiti pelakon utama video berkenaan masih rahsia walaupun polis telah mengetahui identiti pelakon berkenaan. Masalahnya, sudah ramai orang yang pernah rapat dengan Anwar dulu yang yakin bahawa pelakon berkenaan adalah Anwar. Antaranya, termasuklah YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim yang dulunya adalah antara ahli pasukan peguambela Anwar dalam kes liwat 1998 (baca di sini). Bekas "pembekal daging mentah" Anwar, Dato' Nallakarupan juga tidak hairan dengan pendedahan itu kerana dia lebih mengetahui tentang "kehebatan" Anwar.

Jika benar pelakon itu bukan Anwar, apa yang susah sangat untuk Anwar meminta Datin Seri Wan Azizah menunjukkan jam Omega yang disimpannya kepada media sebagai membuktikan dakwaan Anwar bahawa jam itu tidak hilang adalah benar. Kenapa pula Anwar, belumpun sempat rakyat Sarawak membuang undi pada Sabtu lepas, sudah angkat kaki ke luarnegara?

Anwar ada memberitahu media yang dia akan mengulas dakwaan Raja Petra yang disiarkan di Buletin Utama TV3 tentang penipuan 16 September 2008, selepas selesai pilihanraya Sarawak. Namun, sudah masuk hari keempat pilihanraya itu berlalu, belum ada tanda lagi Anwar akan mengulas mengenai dakwaan RPK itu. Kabinet baru Sarawak sudahpun mengangkat sumpah sedangkan Anwar menyepi seribu bahasa.

Puak jumud ini sentiasa menuduh UMNO memfitnah Anwar bagi membunuh kerjaya politiknya. Semua perlakuan dan pembohongan Anwar pun dikatakan berpunca dari fitnah UMNO. Apabila Anwar pukul canang mengatakan PM Datuk Seri Najib dan isteri terbabit dengan pembunuhan Altantuya, tidak pula itu dikatakan sebagai fitnah. Penafian RPK bahawa beliau tidak pernah menuduh PM dan isteri terbabit dalam pembunuhan tersebut melondehkan tembelang Anwar. Rupanya Anwar adalah dalang di sebalik akuan berkanun yang diikrarkan oleh RPK itu.


Sekurang-kurangnya, PM berani bersumpah laknat menafikan tuduhan itu. Anwar pula, bila diminta bersumpah laknat, sentiasa melarikan diri dan berselindung di belakang fatwa ulama yang kononnya menyokong beliau. 


Puak jumud sentiasa mengingatkan UMNO akan bala yang menimpa orang yang memfitnah, berkat doa orang yang teraniaya. Bagaimana pula jika pembohongan Anwar semuanya terbongkar dan apa yang dikatakan fitnah sebelum ini, rupa-rupanya benar dilakukan oleh Anwar. Berapa besar pula dosa puak jumud kerana mempertahankan yang batil dan menafikan kebenaran?


Ingatlah, Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil. Jika Dia ingin menunjukkan kebenaran-Nya, tak perlu mengambil masa yang lama. Anwar boleh memberikan seribu satu alasan dan dalih, namun tidak akan mampu melawan kuasa Allah S.W.T. Jangan nanti Anwar dan puak jumud jatuh dalam kehinaan.


Pesanan buat puak jumud, bukalah mata dan lapangkan fikiran anda. Jangan jadikan ketaksuban anda kepada bakat semulajadi pidato seorang insan hingga menyebabkan anda menjadi golongan Pekak, Bisu dan Buta (PBB) dalam melihat kebenaran.                                 

1 ulasan:

  1. polis dah keluar statement dah... pelakon tu memang sepadan dengan anwar. agensi penyiaran korea selatan yang siasat. nak tunggu penafian anwar pulak. apa lagi putar-belit dia lepas ni.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...