Usaha Pas untuk membatalkan konsert MTV World Stage di I-City Shah Alam nampaknya sia-sia saja. Apa tidaknya, Pas dibelasah bila dikatakan "tidak sepatutnya membawa pandangan sendiri dan keagamaan ke dalam proses membuat keputusan. Pas sepatutnya menghormati konsep berbilang kaum dan tidak menentang konsert yang akan meletakkan nama Selangor dan Malaysia di mata dunia".
Sumber : Laman web Free Malaysia Today |
Tahu tak siapa yang keluarkan kenyataan itu? Bukannya ahli politik bukan Islam DAP atau PKR, sebaliknya adalah Presiden Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam, Jacob George.
Tentangan Pas itu disifatkan George sebagai cubaan membawa balik masyarakat ke 2,000 tahun dahulu. George juga tidak bersetuju dengan cadangan Pas yang mendakwa konsert itu diadakan di kawasan Melayu sedangkan George mempersoalkan adakah semua Melayu di Shah Alam menentang konsert itu?
George juga menyifatkan, pendirian keras pemimpin "minoriti" Pas itu akan merosakkan imej Malaysia di luarnegara.
Itulah masalahnya dengan Pas ni. Terang-terang dihina sebegitu rupa oleh seorang bukan Islam, namun belum ada satu kenyataan pun yang keluar dari mulut pemimpin Pas Selangor mengutuk kenyataan George itu.
Sungguh malang, Pas bersama memerintah negeri Selangor yang majoriti penduduknya beragama Islam dan diketuai oleh MB beragama Islam tapi semudah itu diperlekehkan oleh seorang bukan Islam.
Kerana itu, Pas mesti menerima hakikat, mereka hanya "melukut di tepi gantang" dalam pentadbiran negeri Selangor. Pandangan Pas langsung tidak dihormati di Selangor, sebaliknya yang berkuasa dan punya kuasa pemutus adalah DAP. Telah banyak contoh apabila pemimpin Pas Selangor terpaksa "menikus" apabila diherdik oleh pemimpin DAP seperti kes rampasan arak yang terpaksa dipulangkan semula dan larangan pekerja Islam bekerja di premis hiburan yang menghidangkan arak.
Kalau itu juga tidak menyedarkan pimpinan Pas akan kedudukan mereka dalam kerajaan PR jika mereka menguasai kerajaan pusat nanti, kawan dah tak reti nak komen apa lagi. Kita tengok sajalah apa yang bakal terjadi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.