ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 12 Julai 2011

PAS DAH MULA LAKSANA NEGARA BERKEBAJIKAN

Kawan nak ucap tahniah kepada Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang berjanji akan membela kakitangan awam dan mahasiswa yang bakal dikenakan tindakan tatatertib akibat menyertai demo haram Kotor 2 Sabtu lepas.

Alhamdulillah, nampaknya Pas benar-benar ingin menterjemahkan iltizamnya memperjuangkan negara berkebajikan yang digariskan oleh Presidennya dalam muktamar agung tahunannya yang baru lepas.

Beruntunglah kelompok kakitangan awam dan mahasiswa ini kerana bakal menjadi penerima awal konsep negara kebajikan Pas. Kalau betullah janji Mahfuz ni, kawan nak minta Pas keluarkan borang permohonan kerja kepada ribuan kakitangan awam yang makan gaji dengan kerajaan pusat tetapi jadi penganut tegar Pas dan PR terutamanya golongan guru seperti suami Cikgu Mala, calon Pas bagi DUN Tenang, Johor tu.  

Cuma, kawan tertanya-tanya, apa bentuk pembelaan yang akan diberikan oleh Mahfuz dan Pas nanti? Jika kakitangan awam ini dibuang kerja, adakah mereka akan diambil bekerja dengan syarikat berkaitan Pas ataupun dalam agensi kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pas? Adakah jika mereka ditahan gaji, Pas akan menyara gaji mereka sepanjang tempoh penahanan gaji itu? Jika peserta demo haram itu disabitkan bersalah dan didenda oleh mahkamah, adakah Pas akan membayar denda berkenaan?

Jika mahasiswa pula dibuang dari institusi pengajian mereka, adakah Pas bersedia menawarkan tempat kepada mereka di institusi pengajian tajaan Pas seperti KUIN di Kedah? Cukupkah tempat untuk menampung semua mahasiswa berkenaan? Bagaimana pula tentang pembiayaan pengajian mereka jika PTPN bertindak menarik semula pinjaman yang diberikan, adakah Pas akan menampung kos pengajian mereka?

Kawan secara terus-terang, langsung tak yakin dengan janji-janji Mahfuz itu. Jika Mahfuz dan Pas benar-benar ingin melaksanakan konsep negara berkebajikan, selesaikan dahulu kontroversi yang melanda duit pungutan Tabung Amal Memali dulu. Khabarnya, anak-anak yatim akibat peristiwa Memali tidak mendapat bantuan Pas sedangkan derma yang dikutip dengarnya, besar juga jumlahnya. Duit kutipan derma itu pun dengarnya lesap entah ke mana.

Antara peserta demo haram dan anak yatim Memali, siapa yang lebih berhak mendapat pembelaan? Kawan tak kuasa nak jawab, ada akal, fikirlah sendiri....

1 ulasan:

  1. Mahfuz tu bukan ada akal untuk berfikir. Cakap memang senang.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...