ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 15 Mei 2011

KOH TSU KOON NAK JADI HERO

Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mendesak supaya polis menyiasat amaran perang jihad yang dikeluarkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (sumber : Malaysian Insider).


Kawan rasa si Koh ni tengah sesak. Ya la, nak tunjuk konon dia lah hero di kalangan penganut Kristian. DAP yang terlibat secara langsung dengan isu agama rasmi Kristian ni dah senyap, dia pulak ambil peluang untuk menyalak.

Itulah kawan dah kata sebelum ni, ada masanya MCA dan Gerakan lebih DAP dari DAP. Kalau takpun, dua parti ni bertindak seolah-olah sebagai proksi DAP dalam BN.

Si Koh ni tak dengar ke jaminan PM selepas perjumpaan dengan kumpulan pemimpin Kristian bahawa mereka menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan tidak berhasrat mencabar kedudukan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein pula memberikan reaksi bahawa kenyataan Ibrahim Ali itu bukan mewakili semua orang Islam di negara ini. 

Jadi, apa perlunya si Koh ni melatah tak tentu pasal? Nampak sangat nak jadi hero tapi tak kena tempat. Lebih baik duduk diam-diam dan betulkan parti Gerakan awak tu supaya tak "melukut di tepi gantang" dalam PRU13 nanti.       


2 ulasan:

  1. Salam,
    membalas kunjungan ke blog saya.
    salam perjuangan

    BalasPadam
  2. Memang dah semakin ketara yang puak puak cina ni berusaha dengan apa jua cara nak lemahkan kita bumiputera. Bersuara pun kita tak boleh..... dia orang melalui NGOnya tuntut macam macam yang tak masuk akal tak apa.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...