ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 9 Ogos 2011

BILA PULAK CIMB MASUK CAMPUR URUSAN MAYBANK?

Boleh dikatakan ramai yang mendapat e-mel spam hampir setiap hari. Ada yang mendakwa anda memenangi loteri yang tak pernah anda sertai, mewarisi kekayaan berjuta malahan berbilion dalam matawang asing, memohon bantuan untuk memasukkan duit ke dalam akaun anda untuk membuka perniagaan di Malaysia dan banyak lagi.


Satu taktik popular di kalangan manusia penipu yang beroperasi di dalam negara ini ialah dengan menyamar sebagai bank komersial yang menyuruh anda menukar kata laluan (password) perbankan internet anda dengan cara mengklik pada link yang disertakan (kebanyakannya pergi ke laman web palsu yang hampir serupa dengan laman web bank sebenar) atas alasan keselamatan kononnya. 

Yang menggelikan hati, kawan menerima e-mel penipu dari sebuah bank yang meminta kawan menukar kata laluan perbankan internet sedangkan kawan sama sekali tidak pernah membuka sebarang akaun dengan bank berkenaan!!

Dan e-mel ini adalah yang terbaru yang kawan terima, seperti biasa kononnya hendak mengesahkan maklumat akaun kawan.
Yang peliknya, e-mel ini hendak mengesahkan maklumat akaun Maybank melalui laman web Maybank2u.com tetapi alamat penghantar e-mel adalah dari CIMB. Perhatikan dalam kotak merah, alamat yang muncul adalah cimbclicks.com yang merupakan laman web CIMB. Sejak bila pulak administrator laman web bank komersial boleh melangkaui sempadan (cross border) untuk mengesahkan akaun bank komersial yang lain?
Maybank sendiri mengeluarkan peringatan melalui laman webnya bahawa mereka tidak berurusan melalui e-mel dengan pelanggan berkenaan keselamatan talian ataupun meminta maklumat akaun pelanggan mereka.

Begitupun, kawan percaya, masih ada lagi yang bakal menggelabah apabila menerima e-mel seperti di atas dan menurut arahan dengan mengklik link palsu yang disertakan yang kemudiannya akan meminta anda menukar kata laluan yang boleh diakses oleh si penipu. Akibatnya, duit dalam akaun anda akan lesap dipindahkan ke akaun si penipu. Masa tu, menangis keluar airmata darah pun dah tak berguna.

Nasihat kawan ialah, jika anda ragu-ragu apabila menerima e-mel seperti itu ialah :
  1. JANGAN SESEKALI klik pada link yang disertakan dalam e-mel penipu berkenaan.
  2. Anda cuba log-in laman web perbankan internet bank anda dan buat transaksi seperti pertanyaan baki akaun. Jika anda boleh membuat transaksi berkenaan, maknanya, e-mel yang anda dapat bukannya datang dari bank anda, sebaliknya dari penipu yang ingin melenyapkan wang anda.
  3. Jika anda masih lagi ragu-ragu, hubungi bank anda untuk mengesahkan mengenai e-mel yang anda terima itu. Jawapan yang hampir pasti diberikan oleh semua bank di Malaysia ini adalah seperti kenyataan penafian yang tertera di laman web Maybank2u.com yang kawan sertakan di atas.
Akhirnya, nasihat kawan kepada penipu yang nak hidup senang dengan cara mudah atas kesengsaraan orang lain yang agak jahil berkenaan perbankan internet ini, bawak-bawaklah bertaubat. Ingatlah balasan Allah S.W.T. tetap anda akan terima, kalau tak di dunia, pastinya di akhirat nanti. Sesungguhnya azab siksa Allah S.W.T. tiada bandingannya seperti apa jua siksaan yang ada di dunia ini.                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...