ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 4 Mei 2011

RON 97 NAIK 20 SEN LAGI TENGAH MALAM NI

Ada yang dah mengamuk, Malaysian Insider (klik di sini) melaporkan berita yang diambil dari Reuter bahawa harga petrol RON97 akan dinaikkan 20 sen lagi tengah malam ini menjadikan harganya RM2.90 seliter. Bagaimanapun, harga petrol RON95 masih kekal pada RM1.90.

Kawan tak terasa sangat dengan kenaikan harga RON97 ini sebab, kawan pakai kereta kecik yang layaknya pakai RON95 saja. Biasanya, yang guna RON97 ni, golongan yang pakai kereta yang dikategorikan sederhana mewah ke atas. Satu lagi golongan ialah yang pakai kereta kecik tapi nak "power" cam kereta besar.

Pada kawan, kalau dah pakai kereta sederhana mewah tu, memang patut la harga petrolnya pun sederhana mewah. Bayar ansuran pinjaman kereta dan kos penyelenggaraan tinggi takpun dijadikan faktor dalam membuat keputusan membeli kereta "mahal". Jadi, kalau kena bayar lebih untuk petrol, rasanya golongan ni masih lagi mampu.

Lain la golongan marhaen yang setakat guna kereta Proton saja (Proton selalu dilabelkan kereta yang tak berkualiti), memang la layak guna RON95 saja. Kereta Perodua tak termasuk kat sini sebab DNAnya ada Toyota/Daihatsu.

Jawapan kawan kepada golongan yang mengeluh ni senang saja, tukar pakai RON95. Pada kawan, asal kereta boleh bergerak saja, dah kira ok sangat dah.

Pilihan lain, pakai NGV. Tak usah fikir sangat pasal prestij pandu kereta mewah. Kawan tengok kat JB ni, berderet Naza Ria isi gas NGV kat stesen minyak Petronas. Takde hal pun.

Ataupun, gunalah pelbagai peralatan menjimatkan petrol yang berlambak di pasaran. Macam-macam pilihan ada. Pasang saja mana yang berkenan di hati. 

Pada kawan, kenaikan harga RON97 ni taklah menghairankan. Ini kerana, harga RON97 ditetapkan secara bulanan mengikut pergerakan harga minyak mentah di pasaran dunia. Sekarang  ni, harga minyak mentah berlegar di sekitar USD112 ke USD123 setong di pasaran New York dan Brent North Sea (sumber : Channel News Asia - klik sini). Kerana kerajaan tidak memberikan subsidi kepada RON97, pemandu yang menggunakan RON97 perlulah bersedia menanggung kos kenaikan berkenaan.

Mungkin Proton boleh menjual lebih banyak kereta tahun ni memandangkan Proton Tuah sedang diuji di atas jalanraya (sumber : blog Paul Tan - klik sini). Pada kawan, biar tak bergaya, asal jangan papa....    
      

4 ulasan:

  1. Masalahnya bro, kalau RON97 naik...RON95 pun akan mnyusul jugak naik...

    BalasPadam
  2. bulan lepas ron97 naik 20 sen, ron95 tak naik. harap kerajaan dapat pertahankan harga ron95 skrg. ni la masanya kerajaan buktikan slogan rakyat didahulukan.

    BalasPadam
  3. Kita semua kena ingat yg kita tidak berada di tempat duduk pemerintah... Kita tidak tau apa cite sbnr dlm pentadbiran negara... Apa jenis mslhnya jika masih terus mmberikan subsidi dlm jumlah yg agak besar... Senang cite, sebagai bapa kepada 10 anak, tentu seorg bapa xkan cerita susah senang nak carik rezeki utk anak... Xkan seme duit simpanan yg dikumpul selama ni nak diberikan kpd anak2 yg gi skolah... Tol x? Ramai yang tgh 'berkokok' skrg nih... Cuba bg depa tadbir tgk??... Sorilah...mmg sama punya... Silap2 makin teruk... Anda percaya pada janji org kafir?? Depa cerdiklah... Kalu sanggup ambik risiko silakan... Pastu jgn bising2 dah jika melayu merempat...

    BalasPadam
  4. ISLAM DI MLYSIA AKAN HEBAT JIKA MELAYU BERSATU!!! Aku malu jadi melayu bila tgk org melayu berpecah belah... Cina & India tepuk tgn...BAGUSLAH katanya... Melayu mmg lemah dulu kini & harap bukan selamanya... Harapan lg jgn sampai kampung tergadai...pakai baju dari kertas tong sampah... Korg ingat2lah... Jgn hebat bersorak ajer... Xsedar rumah dah nak tergadai... Masih belum terlewat...

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...