ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 1 Jun 2011

BIASISWA, APA SUDAHNYA?

Kebelakangan ini, banyak pihak bersuara mengenai kuota pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Diberitakan 86 orang pelajar yang mendapat minimum 8A telah tercicir dari senarai penerima biasiswa tahun ini. Akhirnya, kerajaan hari ini membuat keputusan untuk memberikan biasiswa kepada mereka ini untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTA) di dalam negara.

Bila isu biasiswa ini tercetus, semua pihak mahu menjadi juara kepada kepentingan kaum masing-masing. DAP, MCA dan Gerakan masing-masing menuntut pemberian biasiswa kepada pelajar Cina yang tercicir. MIC juga turut bersuara untuk kepentingan pelajar India manakala Perkasa muncul membuat cabaran supaya kaum lain jangan cuba mengusik peruntukan biasiswa untuk pelajar Melayu.

Berikut adalah jadual pembahagian biasiswa JPA 2011 yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz :



Kalau diperhatikan, dari jadual di atas, pemberian biasiswa itu boleh disifatkan sebagai adil dan hampir mewakili komposisi penduduk di negara ini. Jika begitu, bagaimana boleh semua pihak melenting menuntut hak kaum masing-masing? 

Ada beberapa perkara yang bermain di benak fikiran kawan.
  1. Golongan yang ditawarkan biasiswa. Dari jumlah 4,000 orang yang ditawarkan biasiswa itu, kawan rasa paling tidak 10% ataupun 400 orang darinya datang dari keluarga berada yang mungkin terdiri dari anak-anak ahli perniagaan, tokoh politik (termasuk dari PR) dan mereka yang menjawat jawatan tinggi baik di sektor awam mahupun swasta. Kata orang, masuk ikut pintu belakang atau menggunakan kabel. Pada kawan, untuk berlaku adil, anak-anak dari golongan berada dan mampu ini tidak sepatutnya diberikan biasiswa kerana ibubapa mereka pastinya mampu menanggung pengajian anak-anak ini. Walaupun mereka mendapat keputusan cemerlang, alangkah baiknya jika 400 biasiswa ini ditawarkan kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah baik di bandar mahupun di luar bandar tanpa mengira bangsa. Dalam hal ini, ibubapa yang tergolong dari golongan berada, janganlah mementingkan diri sendiri. Cubalah fikir-fikirkan masih ramai lagi anak-anak dari keluarga susah yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi disebabkan kemampuan kewangan ibubapa yang terhad. Kerana itu, kawan mencadangkan supaya JPA bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat kedudukan kewangan ibubapa pemohon sebagai salah satu kriteria permohonan. Di zaman teknologi ini, semua maklumat berada di hujung jari dan tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan setiap maklumat. Dan ibubapa yang tidak membayar cukai pendapatan (kecuali dari golongan berpendapatan rendah) harus menjadi golongan pertama yang disingkirkan.
  2. Antara syarat yang dikenakan terhadap pemohon biasiswa ialah mesti mempunyai aktiviti ko-kurikulum yang bagus. Kawan setuju dengan syarat ini tapi berharap, syarat ini tidak terlampau dititikberatkan kerana kita mesti menerima hakikat bahawa, ada sebilangan anak-anak kita yang kurang cenderung kepada aktiviti ko-kurikulum dan lebih senang berulit dengan buku atau dipanggil "ulat buku". Anak seperti ini kurang kecenderungan untuk bersosial dan pastinya menghadapi masalah untuk berkomunikasi ketika sesi temuduga. Tidak semestinya anak yang kurang berkomunikasi seperti ini tidak mempunyai IQ yang bagus. Lagipun, apalah gunanya jika memberikan biasiswa kepada orang yang "juara berpidato" yang kelak menggunakan kelebihan pidatonya untuk menyemai bibit kebencian masyarakat seperti seorang pemimpin kanan PR itu.
  3. JPA harus memberikan taklimat akhir kepada jemaah kabinet sebelum pengagihan biasiswa ini saban tahun untuk dibincangkan dan diputuskan untuk dipersetujui oleh jemaah Kabinet. Adalah menjadi tanggungjawab menteri dan timbalan menteri dari parti yang mewakili setiap kaum untuk menerangkan kepada kaum mereka rasional di sebalik struktur pengagihan biasiswa yang telah dipersetujui oleh mereka dan mengatasi isu berbangkit tanpa perlu menunggu kenyataan Perdana Menteri. Yang terjadi sekarang, timbalan menteri dan pemimpin parti komponen BN membising lebih bingit dari pembangkang. Hal seperti ini sepatutnya tidak terjadi dalam sebuah kerajaan yang mewakili rakyat berbilang kaum. 
  4. Kerajaan juga harus menimbangkan untuk menambah kuota bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan biasiswa. Kuota 5% bagi Bumiputera setiap negeri boleh dikatakan kecil kerana saban tahun, semakin ramai anak Bumiputera Sabah dan Sarawak yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM. Begitu juga dengan anak Orang Asli di Semenanjung. Kerajaan harus ingat, dalam setiap pilihanraya umum, masyarakat Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak lekang memberikan sokongan kepada BN dan sudah semestinya sokongan mereka dibalas dengan memberi keutamaan kepada mereka dari pelbagai segi termasuklah menawarkan biasiswa kepada anak mereka untuk melanjutkan pengajian.
Kawan berpendapat, bantahan terhadap pengagihan biasiswa ini dapat dikurangkan bagi meredakan suhu perkauman yang semakin membara sekarang. Memang kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua orang, tapi sekurang-kurangnya kerajaan dapat meyakinkan majoriti rakyat dari aspek keadilan pengagihan. 

Kawan rasa, kalau isu nombor 1 di atas terutamanya dapat diatasi, tidak mustahil rakyat akan lebih gembira kerana peruntukan biasiswa itu dapat diagihkan kepada golongan sasar yang betul. Dan jika itu boleh dilakukan kerajaan, tidak mustahil sokongan rakyat yang merosot dalam PRU12 dapat dikembalikan beransur-ansur kepada BN. Pilihan di tangan kerajaan, terpulanglah kepada kerajaan samada hendak menerima pendapat rakyat marhaen seperti kawan...

3 ulasan:

  1. Fakta yang menarik tetapi lagi bagus kalu disiarkan juga pelajar yang telah mendapt biasiswa dan tamat belajar diluar negara terutamanya yang terus tinggal dan tak mahu pulang. Berapa peratusan bilangan Bumiputra dan bukan bumiputra.

    Disitu baru kita dapat lihat dimana kesetian mereka kpd negara yang membayar perbelanjaan pelajaran mereka.

    Apa kata MCA , apakata Gerakan??

    BalasPadam
  2. orang mca komplen, mic komplen tapi orang umno tak boleh cakap apa2 sbb.....ada tulong nak bagi tau aku....

    BalasPadam
  3. dahulu org melayu disuruh melupakan tongkat dan berdiri sendiri. Hari ini kaum yg menyuruh itu pula berebut mahukan tongkat tersebut. Kenapa tidak kita buat statistik jumlah keseluruhan biasiswa yg ditawar oleh semua pihak termasuk syraikat2 seperti Sunway, Genting, SP Setia, IOI, Maxis dll. Kita tengok kaum manakah yg paling tinggi mendapatnya?

    -tenno-

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...