ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 1 Mac 2013

PAK BERAHIM NI, NAK KENA TAJI AGAKNYA....


Pak Berahim ni, kalau nak kutuk orang pun, agak-agak la sikit... Tengok la depan-belakang, kiri-kanan dulu.  Dalam ceramah Pak Berahim di Kampung Kempadang, Kuantan (sumber : Harakahdaily, klik sini), dia nasihatkan pengundi di sana supaya pilih wakil rakyat yang sepatutnya jadi pekerja untuk rakyat, bukannya jadi bos.

Nasihat tu pulak, disampaikan di depan pemimpin anugerah Tuhan PKR... Ada jugak yang kena belangkung Pak Berahim ni dengan Punahsihat negeri Selangor tu... Memang la tujuan dia nak kutuk wakil rakyat BN, tapi rupa-rupanya kena kat batang hidung Pak Sheikh sendiri... Tengok la kawasan dia kat Permatang Pauh tu... Berapa kali agaknya dia balik melawat kawasan dia dalam setahun dan membantu menyelesaikan masalah rakyat di sana? Dah tu, dok sibuk buat road tour bukan setakat satu Malaysia, malahan suku dunia, bila pulak ada masa nak menjenguk Permatang Pauh? Patut la dengarnya, ceramah Pak Sheikh ni di kawasannya sendiri, makin lama makin hambar sambutannya. Rakyat Permatang Pauh agaknya dah naik muak nak melayan kerenah bakal Perdana Menteri ketujuh ni... 

Begitu juga dengan puteri serikandi reformasi dia di Lembah Pantai. Bila ada program yang melibatkan Datuk Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan juga Ketua UMNO Lembah Pantai, barulah dia pun sama tunjuk sibuk. Kalau ada masalah penduduk di kawasan itu, Raja Nong Chik lah jugak yang dicari penduduk untuk membantu menangani masalah mereka. Ya tak ya jugak, puteri reformasi tu berasal dari keluarga kaya-raya, manalah dia nak faham kesusahan rakyat marhaen di kawasannya.
Pak Berahim juga nasihatkan orang politik yang menang pilihanraya supaya jangan sombong. Dia ambil contoh insiden Khir Toyo yang bagi penyapu kepada penjawat awam dan mewar-warkan yang BN nak sapu bersih semua kerusi DUN Selangor masa PRU12 dulu. Ya lah Pak Berahim... Itu kesombongan orang BN... Pak Berahim tak nak tegur ke kesombongan rakan tidur sebantal Pak Berahim, Cina sepet DAP yang bernama Tony Pua tu? Belum dapat kuasa lagi, dengan berlagak dan sombongnya, dah berura-ura nak kurangan bilangan kakitangan kerajaan? Jadi, kalau Khir Toyo dapat pembalasan dari kakitangan awam dalam PRU12. maka tak mustahil ada KEMUNGKINAN (seperti yang disebut oleh Pak Berahim), Tony Pua dan DAP akan tersungkur di tangan kakitangan awam kali ini. 

Ataupun, Pak Sheikh tu sendiri yang dah kemaruk sangat nak menginap di Seri Perdana sehingga dengan bongkaknya mengisytiharkan PR akan memenangi PRU13 dengan majoriti yang besar. Dah tu, buat janji yang tak masuk akal seperti "kalau hari ini kita menang, esok jugak kita turunkan harga petrol". Masih ingatkah lagi janji Pak Sheikh kepada penduduk Kg Buah Pala, Pulau Pinang seperti dalam video di atas? "Dua minggu lepas menang pilihanraya!!! Kalau tidak, ini bukan Anwar Ibrahim!!!" Cara dia berjanji, seolah-olah macam dia tuhan pulak. Semua masalah boleh diselesaikannya. Akhirnya, di manakah Anwar ketika rumah penduduk Kg Buah Pala rebah menyembah bumi? Tak usahkan, batang hidung, bayang kelibat Anwar pun tak kelihatan...
Pak Berahim juga menyeru supaya rakyat memilih kerajaan yang bermoral, berakhlak tinggi dan tidak terjebak dengan rasuah serta menindas rakyat. Pak Berahim lupa kah, dia bercakap di depan seorang yang dijatuhkan hukuman penjara kerana salahguna kuasa semasa menjadi orang nombor dua dalam kerajaan? Pak Berahim lupa jugakkah orang berkenaan diragui moral dan akhlaknya dan hanya dibebaskan dari dua tuduhan liwat hanya kerana faktor teknikal? Malahan hakim-hakim yang mengendalikan rayuan kesnya dalam kes liwat pertama mempercayai bahawa aktiviti liwat itu berlaku? Bagaimana pula dengan kroni-kroni dan ahli keluarga orang itu yang didedahkan banyak menerima kontrak kerajaan ketika dia berkuasa dulu? Bersih sangatkah orang itu, Pak Berahim?
Dan akhirnya, tiba juga giliran pemimpin anugerah Tuhan untuk berucap. Apalagi, masa untuk menghentam UMNO... Kononnya UMNO menyalahkan beliau sebagai punca dalam pelbagai perkara. Yang bercakap dan bermati-matian hendak mempertahankan keselamatan Israel tu, UMNO ke? Yang berucap mengatakan semua agama adalah sama tu, UMNO ke? Yang bertegang urat menyokong kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu tu, UMNO ke? Dan yang dikaitkan dengan kemasukan 200 waris Kesultanan Sulu ke Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah tu, pemimpin UMNO ke? Jadi, bagaimana pulak dia boleh kata UMNO menyalahkan dia sedangkan semua yang berlaku adalah onar yang dibuat dan direkanya sendiri? Taktik biasa manusia bernama Anwar Ibrahim, ada apa-apa masalah yang menimpa dirinya dan pakatan tanpa izinnya, UMNO mesti disalahkan... Jadi, siapa yang menyalahkan siapa sekarang?

Buat Pak Berahim dan tok-tok guru di dalam Pas tu, cukup-cukuplah bersekongkol dengan si anugerah ni. Dah berapa banyak perjuangan mereka terpaksa digugurkan kerana terpaksa menurut kehendak Pak Sheikh tu, tak terkira dah... Nak tegakkan hukum hudud, kena veto. Nakkan negara Islam, tiba-tiba takde pulak istilah tu di dalam Al-Quran. Sekarang ni nak tegakkan negara berkebajikan pulak. Memang lah ikut manifesto PR yang baru dilancarkan itu, semuanya kalau boleh nak diberi percuma dan nak dimansuhkan. Tapi nanti, jika negara dah hampir bankrap akibat kekurangan pendapatan, mulalah kenakan cukai yang tak masuk akal... Pada masa tu nanti, barulah ramai yang menyokong pelbagai skim percuma itu, menyesal tak sudah. Berpeganglah kepada bidalan orang tua-tua, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".        




   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...