ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 27 Februari 2013

HALAL UNTUKKU, HARAM UNTUKMU



Gara-gara penyiaran video aksi Salleh Yaakob (SY) dan Nabil Ahmad mempersendakan manifesto PR di You Tube, laman Facebook radio Sinar dibanjiri komen dari pencacai tegar PR mengutuk SY dengan pelbagai gelaran seperti lembu dan anjing. Ada pula yang meminta supaya stesen radio nombor 1 Malaysia itu supaya memecat SY.

Kawan dah naik menyampah tengok perangai pencacai tegar PR ni. Diorang sibuk perjuangkan hak kebebasan bersuara, kononnya hak ini dijamin oleh perlembagaan negara. Tapi, hak tu rupanya cuma terpakai ke atas diorang dan kelompok pencacai PR saja. Untuk orang lain yang tak sekepala dengan mereka, tiada hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Diorang ni tuntut supaya SY dipecat dari Sinar kerana menyakitkan hati diorang. Kalau diorang boleh mintak SY dipecat, apa kata kalau kita pulak mintak semua kakitangan kerajaan yang sokong PR cam suami Cikgu Mala, dipecat jugak?

Ada pulak yang kata kononnya SY tak professional bila kutuk manifesto PR tu. Kawan nak tanya balik, yang Ustazah Abby keluarkan tweet meroyan hampir setiap hari dengan pelbagai "fatwa" mengarut tu, professional sangatlah? Tu belum masuk lagi cerita Ustaz Bob Lokman, Ustazah Aishah, Ustaz Hairie Othman, Ustazah Dayangku Intan dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya? 

Kalau beginilah caranya pencacai PR ni meroyan dalam keadaan belum mendapat kuasa, kawan tak boleh bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat yang berkecuali dan penyokong BN andainya PR berjaya menawan Putrajaya nanti? Nauzubillahhiminzalik... Sama-samalah kita berdoa supaya malapetaka buatan PR ini tidak melanda bumi Malaysia yang kita cintai ini. Sama-sama jugalah kita bekerja keras untuk memastikan BN kembali berkuasa selepas PRU13 nanti... Aminnnn.....   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...