ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 16 April 2013

ALAMAK!!! PERASANNYA DIA... KESIAN!!!

Kawan berasal dari Melaka. Walaupun dah hampir 20 tahun menetap di selatan Semenanjung, Melaka tetap di hati kawan. Kawan sering mengikuti perkembangan yang berlaku di negeri kelahiran kawan itu. Dan kawan amat berbangga dengan pembangunan pesat yang dinikmati oleh negeri Hang Tuah itu, hasil dari kebijaksanaan pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam.


Apabila diumumkan bahawa Tok Ali akan berpindah bertanding ke Parlimen Bukit Katil, perasaan kawan bercampur-baur. Gembira kerana Tok Ali akan mempunyai gelanggang yang lebih luas di peringkat nasional untuk menyumbang kebolehannya tetapi dalam masa yang sama sedih kerana kehilangan seorang pemimpin yang telah banyak menyumbangkan jasa membangunkan negeri kecil ini.
Sumber : Keldai Daily 16/04/2013

Bagaimanapun, rasa sedih itu tiba-tiba bertukar mood apabila perut kawan terasa digeletek sehingga menyebabkan kawan ketawa tak berhenti-henti. Sebabnya? Pencabar Tok Ali nanti di kerusi Parlimen Bukit Katil dari parti keldai tu, si Shamsul Iskandar Mohamad Akin atau Sam AMK dah buat jenaka abad digital ini. Katanya, bila Tok Ali diletakkan sebagai calon untuk menentangnya, lagi senang untuk dia menang. Dah tu, penulis artikel Keldai Daily ni pun tumpang semangkuk bila menyifatkan pertarungan si Sam ni dengan Tok Ali sebagai PERTARUNGAN MAHA HEBAT. Yang menambah perisa lagi lawak si Sam ni adalah bila dia kata pentadbiran Tok Ali dilihat sebagai bukan Ketua Menteri "cemerlang".

Korang tak rasa kelakar ke dengan kenyataan si Sam ni? Biar kawan jawabkan... Pertama sekali, kawan nak tanya apa jasa yang si Sam ni pernah taburkan di Melaka berbanding dengan Tok Ali? Memang besar jasa si Sam ni. Antaranya adalah dia ni peserta tetap demo yang dianjurkan oleh pakatan pembangang. Kemudian, dia sibuk berceramah seluruh pelusuk negara, kononnya nak sebarkan ideologi parti keldainya itu. Apa yang dia cerita dalam ceramahnya tu, entah betul ke tidak, hanya dia sendiri saja yang tahu. Selain itu, si Sam ni dah dua kali kalah dalam pilihanraya. Tahun 2008, dia kalah di Parlimen Dungun.Tahun 2004, dia kalah teruk di tangan Datuk Idris Haron di Parlimen Tangga Batu.  

Sumbangan Tok Ali pulak, rasanya kawan tak payah ulaslah. Semua orang tahu apa yang Tok Ali buat dalam memajukan negeri kecil yang tiada hasil bumi ini sehingga menjadi tumpuan kepada penduduk negeri lain berhijrah menumpang mencari rezeki di Melaka. Kalau waktu hujung minggu, cuti umum ataupun cuti sekolah, cubalah korang datang ke Melaka. Penuh sesak dengan pelancong baik dari dalam mahupun luarnegara. Korang perlu tempah penginapan korang paling tidak pun, 3 bulan sebelum tarikh korang ingin bercuti di sana. Kalau setakat main terjah saja dan nak cari bilik hotel, jawabnya memang korang kena tidur dalam kereta sajalah, kecuali kalau korang benar-benar bernasib baik.  Begitu hebat jasa Tok Ali membangunkan industri pelancongan Melaka sehinggakan paling tidak pun, korang perlukan masa lebih kurang 3 hari untuk melawat semua tempat-tempat menarik yang ada di Bandar Melaka dan kawasan sekelilingnya.

Selain itu, Parlimen Bukit Katil tu pula adalah memang kampung halaman Tok Ali. Kalau beliau bukan Ketua Menteri pun, beliau memang dikenali oleh penduduk di dalam kawasan parlimen berkenaan. Si Sam ni pulak, asalnya dari Jasin. Jadi korang fikir sendiri, siapa yang bakal mendapat kepercayaan pengundi, calon tempatan (Tok Ali) ataupun calon luar? Tok Ali juga dikenali sebagai Ketua Menteri yang senang didekati oleh rakyat. Tak susah nak berjumpa dengan beliau. Kadang-kadang tanpa diduga, Tok Ali akan muncul buat lawatan mengejut di sesuatu tempat dan dia sanggup ketepikan protokol bagi membolehkan rakyat mengadu nasib kepada beliau.

Kawan percaya, dengan rekod perkhidmatan Tok Ali yang begitu cemerlang di Melaka, beliau tidak akan menghadapi masalah untuk menepis cabaran si Sam ni. Pertarungan maha hebat yang diidamkan oleh keldai ni, akan menjadi igauan ngeri buat si Sam. Dan kawan juga percaya, Datuk Seri Najib sedang mempersiapkan sesuatu buat Tok Ali dan tak mustahil, Tok Ali akan memegang jawatan penting dalam kabinet pasca PRU13 nanti. Selamat berjaya Tok Ali....                

1 ulasan:

  1. Aik lupa ke sam pernah kencing dlm seluar. Kan jasa pada pokok dan rumput dpt air percuma.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...