ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 21 Jun 2011

KESIAN, PAS JADI HAMBA LAGI....

Ketua Penerangan Pas yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man kata, Pas dah setuju nak gunapakai kaedah pembahagian kerusi pilihanraya 2004 dan 2008 untuk PRU13 akan datang. Kawasan majoriti Melayu akan ditandingi Pas, kawasan bercampur ditandingi PKR manakala DAP bertanding di kawasan majoriti Cina.
Artikel dari laman web Free Malaysia Today : 21/06/2011

Kesian kat Pas ni... Sebagai parti pembangkang terbesar dan tertua di Malaysia ni, kedudukan Pas dalam PR amat menyedihkan. Langsung tak dihormati oleh PKR terutamanya yang sangat-sangat junior dalam politik Malaysia. 

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali siang-siang dah umum PKR akan bertanding 97 kerusi Parlimen dalam PRU13. 97 kerusi itu saja dah merupakan 43.7% dari 222 kerusi Parlimen yang ada sekarang. Sebagaimana yang terjadi dalam pilihanraya DUN Sarawak yang baru lepas, PKR akan meletakkan calonnya di mana yang dia suka tanpa mempedulikan permintaan parti lain. Itulah nasib yang bakal menimpa Pas nanti sebagaimana yang terjadi kepada SNAP.

Tolak kerusi Palimen Sabah dan Sarawak yang Pas ada menubuhkan "kawasan"nya, berapa keratlah kerusi yang tinggal untuk Pas.

Kawan juga nak tengok samada formula Pas bertanding di kawasan Melayu ini akan diikuti atau tidak oleh PKR. Ini kerana, terdapat beberapa kerusi yang sepatutnya ditandingi Pas telah diberikan kepada PKR pada PRU12 seperti kerusi Machang yang disandang oleh Saifuddin Nasution. Bersediakah PKR untuk menyerahkan semula kerusi yang disandang oleh ayam laganya kepada Pas?

Dan satu lagi persoalan, kenapa Pas tak nak bertanding di kawasan yang bercampur? Pas mendakwa mereka semakin mendapat sokongan di kalangan bukan Islam (baca - Cina). Jadi, inilah masanya untuk Pas menguji pengaruh di kawasan yang ramai pengundi bukan Islam. Apa Pas tak berani ke?

Walau apa pun, pada hemat kawan, Pas tetap akan jadi kuda tunggangan PKR dan DAP pada PRU13 nanti. Pas hanya berguna untuk mendapatkan undi Melayu di kawasan yang ditandingi PKR dan DAP. Selainnya, Pas akan dibiarkan terkontang-kanting seperti banyak yang terjadi dalam pilihanraya kecil seluruh negara yang ditandingi Pas sejak Mac 2008. 

Cuma satu saja yang mampu kawan katakan, kesian Pas....

         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...