ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 21 Jun 2011

BILA DR PAS BERSYARAH PASAL EKONOMI....

Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad "bersyarah" kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai langkah BNM menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate - OPR) yang digunakan sebagai asas menentukan naik turun Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate - BLR).
Artikel laman web Free Malaysia Today : 21/06/2011

Katanya, tindakan BNM menaikkan OPR akan menyebabkan bertambahnya kos untuk membuat pinjaman dan kos perniagaan. Orang-ramai terpaksa membayar lebih faedah yang dikenakan ke atas pinjaman mereka seperti pinjaman perumahan contohnya.

Dah tu, pandai pulak kata kenaikan OPR cuma akan menggalakkan orang-ramai menyimpan wang dan kurang berbelanja serta meningkatkan penggunaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi.  

Inilah masalahnya orang Pas ni. Dia ingat, dia handal dalam semua bidang. Kalau tak faham pasal ekonomi, janganlah bercakap banyak nak mengajar BNM pulak.

Bagi yang kurang arif tentang ekonomi, BNM mengamalkan 2 dasar untuk mengawal ekonomi negara. Dasar pertama ialah dasar kewangan (monetari) dan dasar kedua ialah dasar percukaian. OPR, SRR dan BLR yang disentuh oleh ahli parlimen handal Pas ini adalah berkenaan dasar monetari.

BNM bukan sesuka hati menaikkan OPR. Langkah berkenaan diambil bagi membendung kenaikan inflasi. Tahun 2008 menyaksikan ekonomi merudum. Bagi memulihkan ekonomi, BNM menurunkan OPR bagi membolehkan peminjam terutamanya sektor perniagaan tidak gulung tikar kerana terpaksa membayar balik pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi sedangkan mereka tidak dapat menjual barangan dan perkhidmatan mereka akibat krisis sub-prima yang melanda US ketika itu dan melumpuhkan ekonomi dunia.

Dalam masa yang sama juga, banyak perniagaan yang terpaksa tutup kedai hingga menyebabkan pemberhentian pekerja. Bila pekerja diberhentikan, mereka tidak mempunyai pendapatan untuk dibelanjakan menyebabkan perbelanjaan pengguna menurun dan bisnes pengilang juga merudum kerana kekurangan permintaan domestik dan juga sektor ekspot.

Apabila krisis ekonomi mula reda pada Mac 2009, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan bertambah menyebabkan kilang mula mengambil semula pekerja. Secara tak langsung, bila kadar pengangguran menurun kerana ramai yang menganggur mendapat kerja semula, semakin ramai yang mempunyai pendapatan boleh guna. Perlahan-lahan, permintaan domestik terhadap barangan dan perkhidmatan meningkat semula. Pada masa yang sama, pengilang menikmati pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.

Bila permintaan barangan dan perkhidmatan meningkat, timbul satu masalah baru, INFLASI. Harga barangan akan meningkat disebabkan pengeluaran domestik yang ada tidak mampu menampung permintaan pasaran hinggakan banyak barangan yang terpaksa diimpot bagi memenuhi keperluan rakyat. Disebabkan negara ini dan semua negara lain masih dalam fasa pemulihan ekonomi, permintaan barangan dan perkhidmatan terus-terusan meningkat hingga menyebabkan kadar inflasi juga semakin meningkat (rujuk jadual di bawah).

Oleh kerana itu, BNM perlu mengawal bekalan wang di pasaran dengan menaikkan OPR. Memanglah BLR akan meningkat sama menyebabkan kos faedah pinjaman juga meningkat. Tetapi, dalam masa yang sama, kadar faedah ke atas simpanan yang ditawarkan oleh bank komersial juga akan meningkat. Kadar faedah simpanan tetap pernah turun hingga 2.6% bagi tempoh simpanan 12 bulan pada 2008 tetapi sekarang meningkat ke 3.15%. Dengan ini, orang ramai dan syarikat yang mempunyai lebihan tunai akan menyimpan wang mereka di bank atau melaburkannya di pasaran saham bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik bagi wang mereka. Kenaikan pulangan ini boleh dilihat dari pergerakan FBM KLCI yang turun ke paras 780 mata pada penghujung Oktober 2008 tetapi kini meningkat ke paras 1,560 mata sekarang.

Apabila orang ramai menikmati pulangan lebih baik bagi pelaburan mereka, mereka akan terdorong untuk menyimpan wang di bank atau melaburkannya samada di pasaran saham, unit amanah, akaun simpanan emas dan sebagainya. Secara otomatik, bekalan wang yang banyak di pasaran juga akan berkurangan menyebabkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan turut menurun dan akan membendung kadar inflasi dari terus meningkat.

Untuk pemahaman yang lebih lanjut tentang inflasi, anda boleh rujuk artikel kawan sebelum ini : 
  1. http://up4u2c.blogspot.com/2011/05/siapa-tak-faham-istilah-inflasi.html 
  2. http://up4u2c.blogspot.com/2011/05/inflasi-kita-sendiri-penyumbangnya.html   
  3. http://up4u2c.blogspot.com/2011/05/kenaikan-tarif-elektrik-lebih-teruk.html
  4. http://up4u2c.blogspot.com/2011/06/siapa-pulak-tak-faham-pasal-kos-melepas.html
Sebab itulah, bila Dr Pas ni buka mulut nak bersyarah pasal inflasi, kawan cuma mampu geleng kepala saja sebab, Dr "bijaksana" ni sendiri tak faham apa yang diperkatakannya. 

Langkah BNM menaikkan OPR semata-mata untuk membendung inflasi cuma difahami oleh Dr Pas ini mengikut logiknya sendiri saja. Nanti bila harga barang naik, dia juga yang menyalak tuduh kerajaan BN adalah kerajaan BARANG NAIK. Kemudian buat demonstrasi dan ceramah burukkan kerajaan. 

Tak kawal inflasi, jadi satu dosa besar. Bila kawal pulak, dikatanya langkah tu tak betul. Habis, apa yang betulnya pada kepala hotak penganut Pas ni?

Satu lagi, wartawan Free Malaysia Today yang menulis artikel ni, janganlah buat malu sendiri dan sesuka hati memberi makna sendiri kepada Statutory Reserve Requirement  (SRR) ataupun dalam Bahasa Melayunya, Kadar Rizab Berkanun. Kawan sarankan, pergi semak Laporan Tahunan BNM untuk memahami apa dia makna SRR yang sebenar.

            
                

1 ulasan:

  1. Pemimpin dan pengikut terutamanya PAS memang bengap pun...berlagak pandai konon...Dah la pemimpin diaorang setakat SRP dan failed ITM...BNM bukan mcm zaman Anwar, Kementerian Kewangan yg control...sbb tu la dulu BLR sampai naik giler babi...Kenaikan dan penurunan berdasarkan indeks ekonomi.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...