Dengan hari penamaan calon semakin hampir tiba pada Sabtu (20/04/2013) ini, para pemerhati politik dan pengundi mula mencongak beberapa pertarungan besar yang dijangka akan berlaku selepas BN dan PR mengumumkan nama calon-calon yang akan dipertaruhkan untuk mengibarkan cabaran parti masing-masing.
Antara kawasan yang bakal menjadi tumpuan adalah tentunya Gelang Patah yang menemukan apek tua sepet DAP, Lim Kit Siang dengan MB Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Selanjutnya adalah Lembah Pantai apabila penyandangnya yang dicanangkan sebagai Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar akan bertemu dengan Menteri WIlayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Juga tak kurang hebatnya adalah perebutan kerusi di kawasan nadi pentadbiran negara, Putrajaya yang bakal melagakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
Namun begitu, pada kawan, pertarungan yang akan mengatasi segala pertempuran di atas akan berlaku di Shah Alam di mana penyandangnya, Khalid Samad dari Pas akan berhadapan dengan Datuk Zulkifli Noordin yang merupakan "calon mesra BN". Pada kawan, pertarungan di Shah Alam ini akan menentukan pola sentimen pengundi Melayu Islam yang membentuk majoriti dari 99.957 pengundi.
Kenapa kawan berkata begitu? Pertentangan antara kedua calon ini adalah perseteruan dua orang yang berlatarbelakangkan perjuangan Islam. Khalid Samad dikenali kerana dalam banyak isu pentadbiran Islam di Selangor, beliau bertindak agak "lenient" dan banyak bertolak-ansur dengan tentangan exco bukan Islam dalam kerajaan PR Selangor. Contohnya seperti dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, Khalid adalah salah seorang dari pimpinan Pas yang membenarkannya walaupun ia ditentang oleh ramai ilmuan Islam yang lain. Begitu juga apabila Khalid di dalam tulisan blognya mengenai lawatannya ke kilang Carlsberg bercakap mengenai tawaran kepada pengurusan kilang arak itu berpindah ke kawasan yang lebih besar di Pelabuhan Kelang sedangkan dahulunya, Pas diberitakan ingin menutup terus kilang berkenaan jika berkuasa. Itu belum lagi bercerita tentang kes berbuka puasa di sebuah gereja di Damansara, kes rampasan arak di sebuah kedai serbanika di Shah Alam dan juga larangan sebuah majlis perbandaran ke atas pekerja beragama Islam dari bekerja di premis yang menyajikan arak.
Zul Noordin pula sentiasa terkedepan dalam isu yang melibatkan kesucian agama Islam seperti kes murtad Lina Joy, menentang forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam dan juga penentangan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Malahan, kerana laporan polis yang dibuatnya ke atas Khalid Samad di dalam isu penggunaan kalimah Allah jugalah yang menjadi punca Zul Noordin dibuang dari parti keldai pada bulan Mac 2010. Sejak dari itu, Zul Noordin menjadi ahli parlimen bebas dan bersama dengan beberapa orang ahli parlimen bebas yang meninggalkan parti keldai, beliau giat membongkarkan pelbagai agenda parti keldai dan sekutunya dalam PR bagi menguasai negara ini.
Disebabkan latarbelakang perseteruan merekalah, pertembungan ini akan menjadi satu pertembungan yang sengit. Pengundi di Shah Alam sekarang berdepan pilihan samada untuk memilih Zul Noordin yang setakat ini nampak istiqamah dalam mempertahankan dan membela kesucian Islam ataupun Khalid Samad yang kelihatan cuba berkongsi segala milik umat Melayu/Islam dengan bangsa dan agama lain. Kerana itu, kawan katakan bahawa pertembungan di Shah Alam ini adalah penting untuk kita melihat apakah pilihan yang bakal dibuat oleh pengundi Melayu/Islam.
Menyentuh mengenai peluang menang, kemenangan Khalid Samad pada PRU12 2008 sebenarnya, selain dari ombak tsunami politik, ia juga dibantu oleh keputusan Pengerusi BN ketika itu, Pak Lah yang memilih untuk mengekalkan Datuk Aziz Shamsudin yang merupakan calon payung terjun berasal dari Perak, bertanding di parlimen berkenaan. Pada PRU11 2004, Aziz memenangi pertarungan melawan Khalid dengan majoriti sebanyak 13,410 undi. Pada 2008, UMNO Bahagian Shah Alam inginkan wakil mereka sendiri bertanding di kerusi berkenaan. Tetapi Pak Lah membuat keputusan untuk mengekalkan Aziz bertanding di situ. Dan akibatnya, Aziz tumbang kepada Khalid dengan majoriti sebanyak 9,314 undi yang sebahagian besarnya, sudah tentu disumbangkan oleh ahli UMNO yang tidak berpuashati dengan keputusan Pak Lah mengekalkan Aziz.
Menariknya, kali ini, Zul Noordin bukan sahaja merupakan calon payung terjun, tetapi beliau juga tidak menganggotai mana-mana parti komponen BN. Beliau diperkenalkan oleh Tok Najib sebagai calon mesra BN. Adakah ahli UMNO Shah Alam akan membuat tindakan yang serupa seperti pada tahun 2008 bagi membantah tindakan Tok Najib? Berdasarkan dari kenyataan yang dibuat oleh Ketua Bahagian UMNO Shah Alam di atas, peluang Zul Noordin untuk mendapat sokongan padu dari ahli UMNO adalah besar. Jika ini menjadi kenyataan, peluang calon mesra BN ini untuk menang dan merampas kembali Parlimen Shah Alam ini sememangnya tinggi. Namun, kita tak tahu apa yang akan terjadi pada hari mengundi nanti. Samada kenyataan Datuk Ahmad Zawawi M Zin ini benar ataupun tidak, sama-sama kita tunggu keputusannya nanti.
Dalam masa yang sama juga, Pas dan PR sedangkan memainkan isu kenyataan Zul Noordin dalam video di Youtube, yang kelihatan seperti mempersendakan penganut agama Hindu. Sungguhpun Zul Noordin telah menjelaskan insiden berkenaan berlaku lama dulu sewaktu dia masih menjadi ahli Pas dan telahpun membuat kenyataan terbuka meminta maaf kepada kaum India, namun ianya masih kelihatan panas dan membara bagi masyarakat India. Bekas ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah mencabar MIC supaya menyatakan pendiriannya berhubung pemilihan Zul Noordin oleh Tok Najib. Isu ini jika tidak ditangani dengan cermat, mampu memudaratkan usaha BN untuk meraih undi dari kaum India nanti.
Secara kasarnya, kawan berpendapat, sekiranya pengundi Melayu/Islam bersatu hati menentang kompromi Islam ala Khalid Samad, Zul Noordin mempunyai peluang besar untuk memenangi pertandingan ini. Pada masa yang sama juga, ahli UMNO mesti menunjukkan sokongan kepada pilihan Tok Najib ini dengan memberikan undi yang padu kepada Zul Noordin bagi mengelakkan tragedi 2008 berulang kembali. Banyak komen dan luahan kedengaran di kalangan masyarakat Shah Alam berkenaan khidmat yang diberikan oleh Khalid Samad sepanjang 5 tahun lepas. Terpulanglah kepada jentera BN di Shah Alam untuk memastikan samada mereka boleh mengambil kesempatan berharga ini untuk meraih sebanyak mungkin undi dan merampas kembali ibunegeri Selangor ini dari Pas. Selamat berjaya...
Sumber : Blog Khalid Samad 06/08/2010 |
Disebabkan latarbelakang perseteruan merekalah, pertembungan ini akan menjadi satu pertembungan yang sengit. Pengundi di Shah Alam sekarang berdepan pilihan samada untuk memilih Zul Noordin yang setakat ini nampak istiqamah dalam mempertahankan dan membela kesucian Islam ataupun Khalid Samad yang kelihatan cuba berkongsi segala milik umat Melayu/Islam dengan bangsa dan agama lain. Kerana itu, kawan katakan bahawa pertembungan di Shah Alam ini adalah penting untuk kita melihat apakah pilihan yang bakal dibuat oleh pengundi Melayu/Islam.
Menyentuh mengenai peluang menang, kemenangan Khalid Samad pada PRU12 2008 sebenarnya, selain dari ombak tsunami politik, ia juga dibantu oleh keputusan Pengerusi BN ketika itu, Pak Lah yang memilih untuk mengekalkan Datuk Aziz Shamsudin yang merupakan calon payung terjun berasal dari Perak, bertanding di parlimen berkenaan. Pada PRU11 2004, Aziz memenangi pertarungan melawan Khalid dengan majoriti sebanyak 13,410 undi. Pada 2008, UMNO Bahagian Shah Alam inginkan wakil mereka sendiri bertanding di kerusi berkenaan. Tetapi Pak Lah membuat keputusan untuk mengekalkan Aziz bertanding di situ. Dan akibatnya, Aziz tumbang kepada Khalid dengan majoriti sebanyak 9,314 undi yang sebahagian besarnya, sudah tentu disumbangkan oleh ahli UMNO yang tidak berpuashati dengan keputusan Pak Lah mengekalkan Aziz.
Sumber : Berita Harian 16/04/2013 |
Dalam masa yang sama juga, Pas dan PR sedangkan memainkan isu kenyataan Zul Noordin dalam video di Youtube, yang kelihatan seperti mempersendakan penganut agama Hindu. Sungguhpun Zul Noordin telah menjelaskan insiden berkenaan berlaku lama dulu sewaktu dia masih menjadi ahli Pas dan telahpun membuat kenyataan terbuka meminta maaf kepada kaum India, namun ianya masih kelihatan panas dan membara bagi masyarakat India. Bekas ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah mencabar MIC supaya menyatakan pendiriannya berhubung pemilihan Zul Noordin oleh Tok Najib. Isu ini jika tidak ditangani dengan cermat, mampu memudaratkan usaha BN untuk meraih undi dari kaum India nanti.
Secara kasarnya, kawan berpendapat, sekiranya pengundi Melayu/Islam bersatu hati menentang kompromi Islam ala Khalid Samad, Zul Noordin mempunyai peluang besar untuk memenangi pertandingan ini. Pada masa yang sama juga, ahli UMNO mesti menunjukkan sokongan kepada pilihan Tok Najib ini dengan memberikan undi yang padu kepada Zul Noordin bagi mengelakkan tragedi 2008 berulang kembali. Banyak komen dan luahan kedengaran di kalangan masyarakat Shah Alam berkenaan khidmat yang diberikan oleh Khalid Samad sepanjang 5 tahun lepas. Terpulanglah kepada jentera BN di Shah Alam untuk memastikan samada mereka boleh mengambil kesempatan berharga ini untuk meraih sebanyak mungkin undi dan merampas kembali ibunegeri Selangor ini dari Pas. Selamat berjaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.