Dah beberapa hari asyik melayan cerita politik saja, kawan dah bosan juga. Kali ni, kawan nak menghirup udara segar dengan membawakan satu topik universal yang menyentuh semua pasangan yang berkahwin tak kira bangsa dan agama.
Kelab Isteri-Isteri Taat Suami (Obedient Wives Club-OWC) hari ini muncul dengan saranan supaya isteri-isteri menjaga kepuasan seks suami sebagai resipi terbaik bagi menghalang kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini.
Naib Presiden OWC, Dr Rohaya Mohamad memberitahu bahawa isteri selalu terlupa tugas seorang isteri yang baik termasuk melayan keperluan suami di kamar tidur. Katanya lagi, dalam dunia sekarang, wanita dijadikan sebagai objek seks. Jadi, apa salahnya jika wanita menjadi objek seks kepada suami mereka kerana ianya sah dan dibenarkan oleh Allah. Beliau juga menambah, seorang isteri yang baik adalah pekerja seks yang baik untuk suaminya.
Dr Rohaya mengakui, pendirian kelab itu akan mencetuskan kontroversi dan kritikan, terutamanya dari kumpulan hak wanita dan kewanitaan, tetapi menegaskan, hanya isteri yang taat sahaja boleh menghalang suami mereka terjebak dengan pelacur bagi memenuhi keperluan seks mereka.
Kawan memang setuju dengan kenyataan OWC itu. Bagaimanapun, untuk menjadi seorang isteri yang baik, isteri kenalah melayan semua keperluan suami dengan seimbang. Selain hebat ketika beraksi di kamar tidur, isteri juga kenalah dididik untuk sentiasa menjadi penghibur kepada suami dengan bertutur dengan perkataan yang lemah-lembut, menjaga penampilan diri, memastikan kediaman berada dalam keadaan kemas dan bersih, sentiasa menjaga maruah suami dengan tidak menceritakan perihal buruk suami (tapi taklah sampai didera) dan rela bersama menyokong suami dalam apa jua keadaan baik susah mahupun senang.
Banyak yang terjadi hari ini adalah, isteri tidak sabar melayan keperluan suami hingga menyebabkan berlaku pertelingkahan besar yang puncanya hanyalah perkara-perkara kecil. Dalam keadaan masyarakat moden sekarang, isteri perlu dididik dengan ilmu rumahtangga dan disemaikan dengan keyakinan bahawa syurga seorang isteri terletak pada keredhaan suaminya.
Namun, kawan tidak pula menafikan ada sesetengah lelaki yang memang seleranya sentiasa hendak "makan luar" walaupun isteri telah berbakti dengan amat baik. Pantang nampak yang bergetah, pasti dikejarnya walaupun isteri sendiri sudah cukup bergetah. Suami berperangai sebeginilah yang menjadi punca kenapa wanita hilang kepercayaan terhadap institusi perkahwinan hingga timbulnya golongan "andalusia" yang bilangannya semakin bertambah saban tahun.
Pendapat peribadi kawan, kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga memerlukan komitmen dan kerjasama kedua-dua belah pihak, suami dan isteri. Masing-masing ada peranan tersendiri di dalam institusi keluarga. Jika kedua-dua pihak memainkan peranan mereka dengan baik, beruntung dan berbahagialah keluarga berkenaan. Jika sebaliknya, berantakanlah jadinya dan mendorong kepada kes "gantung tak bertali" dan kadar perceraian yang semakin meningkat setiap tahun.
Akhirnya, kawan ingin melahirkan penghargaan kepada OWC yang mempunyai matlamat yang murni. Semoga perjuangan mereka diberkati Allah S.W.T dan dapat membantu ummah menangani krisis sosial yang semakin mendesak bukan saja di negara ini, malahan di seluruh dunia.
Suami juga kena belajar macamana nak bahagiakan isteri zahir dan batin. Isteri tak puas tapi sabar je.. kalau isteri boleh kawin lebih dari satu, dah lama dah..ramai yang pasang lagi..cari yang lebih muda..
BalasPadamDah ada pun kes isteri kahwin lebih dari satu dalam sesuatu masa. Dunia dah makin hampir nak kiamat.
BalasPadamAku pelik la sejak akhir2 ni banyak blogger2 UMNO amik keratan Themalaysianinsider, dan Malaysiakini sebagai rujukan untuk sesuatu isu same ade politik atau sosial. Siap buat printscreen lagi.haha
BalasPadamIni satu perkembangan yang bagus.makne nye mereka bertambah yakin dengan berita dari 2 portal legend ni. Dulu kate TMI dan Malaysiakini pro pembangkang. Skang ni mereka pulak bace TMI dan Malaysiakini. Utusan Online dah tak laku ke?? hahaha
Tuan Hafiz, ada ke hukum yang kata blogger pro sesuatu pihak tak boleh baca atau guna artikel media yang cenderung kepada pihak yang satu lagi?
BalasPadamKalau adapun, mesti puak Pas, PKR dan DAP yang dah mengharamkan pengikutnya baca Utusan Malaysia.
Pendapat kawan, kalau ada sesuatu yang baik untuk dikongsi, tiada salahnya untuk kita gunakan artikel berkenaan.
Seperti artikel di atas, walaupun kawan tidak berapa setuju dengan istilah isteri menjadi pelacur kepada suaminya, namun keseluruhan niat OWC itu adalah baik untuk memberi bimbingan kepada para isteri (bukan semata-mata soal seks sahaja).
Janganlah jadi terlalu jumud dan taksub dengan politik kepartian sehingga menutup akal fikirn kepada dunia luar.
Siapakah wanita yang suka dilabelkan sebagai pelacur ? Ataupun dianggap sebagai pelacur ? Ataupun kelihatan sebagai pelacur ? Khususnya dari suami yang sepatutnya menyayangi beliau dan menghormati beliau ? Kenapa perkataan pelacur perlu di gunakan ? Kenapa menunjukkan seakan minda, fikiran itu adalah sangat sangat sangat kotor ? Kalau tak pandai meluahkan fikiran, lebih baik diam sahaja
BalasPadamnak aku jadik pelacur kelas pertama kat suami? x de hal lah.. semua boleh tp kenelah hantar kursus tarian tiang dulu.. pastu pas maen byr pown mcm kelas pertama gak la ea.. bukan pas men, tinggal bodo jer... bab keje x plak suh bini berenti ek? gaji bini nak. jgn lupa amik maid tuk cuci baju, kemas umah.. aku? solek cantik2 jer.. best neyrrrr!~
BalasPadamsuami zaman sekarang nih byk yg ketam gemuk. telek diri sendiri dulu ea............................
BalasPadam