Kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM0.20 lagi berkuatkuasa 10/05/2011. Dengan ini harga gula pasir naik menjadi RM2.30 sekilogram.
Langkah ini, selain dari menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM116.6 juta, juga berorientasikan seruan Kementerian Kesihatan supaya rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan gula dalam diet harian mereka, bagi mengurangkan masalah peningkatan bilangan pesakit diabetes di negara ini.
Kawan tak bermasalah sangat dengan kenaikan harga gula ni. Keluarga kawan taklah menggunakan gula sehingga berpuluh kilogram dalam sebulan. Yang bermasalah mungkin cuma penjual minuman dan peniaga kuih-muih yang banyak menggunakan gula dalam resipi mereka. Baguslah kalau mereka mengurangkan gula dalam minuman dan masakan mereka. Kurang sikit kandungan gula dalam darah pesakit diabetes.
Maka, sekali lagi puak PR mendapat "peluru" untuk menembak kerajaan. Modal mereka apalagi, kerajaan BN adalah kerajaan BARANG NAIK. Kerajaan dituduh kurang prihatin terhadap masalah rakyat marhaen yang sudah cukup tertekan dengan kenaikan harga barang lain seperti petrol, tepung gandum dan sebagainya.
Kawan masih ingat, ketika kempen pilihanraya DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang pada awal Mac 2011, Pas menunjukkan keprihatinan mereka dengan menjual gula pasir pada harga RM1.80 sekilogram, rendah RM0.30 berbanding harga pasaran yang ditetapkan ketika itu, RM2.10 sekilogram.
Yang peliknya, penjualan itu hanya dilakukan di Jasin dan Kerdau sahaja. Itupun, dalam masa beberapa jam sahaja. Kenapa tidak dilakukan di seluruh negara? Kalau tak seluruh negara pun, sekurang-kurangnya, juallah di negeri-negeri yang diperintah PR dulu seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Kawan tunggu juga pengumuman Pas untuk menjual gula murah seluruh negara sempena dengan kenaikan terbaru ini. Sunyi sepi saja nampaknya. Pas dan PR kan pandai pujuk pengeluar barangan supaya kekalkan harga barangan setiap masa tanpa ambil kira kenaikan kos pengeluaran.
Nampaknya, slogan negara berkebajikan yang dilaungkan Pas dan PR sekali lagi tinggal slogan. Itulah mentaliti PR. Apa yang dibuat oleh BN semuanya konon menyusahkan rakyat. Tapi dalam masa yang sama, mereka tidak pula mengemukakan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Kerana itu, apabila Anwar Ibrahim, semasa debat perdana dengan Datuk Ahmad Shabery Chik, berjanji untuk menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR mengambilalih pemerintahan Putrajaya, kawan cuma tergelak besar saja. Subsidi gula bernilai RM100 juta setahun pun tak boleh diselesaikan, inikan lagi subsidi petrol yang mencecah angka bilion RM setiap tahun.
Sebelum PR bermimpi nak buat pelbagai pembaharuan di peringkat pusat, selesaikanlah dulu janji-janji pilihanraya 2008 di negeri-negeri PR yang masih belum terlaksana lagi. Nanti, jangan jadi seperti bidalan orang tua kita, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.