ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 14 Mei 2011

SESETENGAH CINA LANGSUNG TAK CAKAP BAHASA MALAYSIA




Malaysian Insider membuat satu kajian mengenai sejauh mana kaum Cina bertutur menggunakan Bahasa Malaysia (BM). Seramai 107 orang responden Cina dewasa yang ditemubual dan 28 orang atau 26.1% hampir langsung tidak menggunakan BM ataupun memahami pertuturan dalam BM.


Dari 75 orang lagi yang memahami BM dan menyertai kajian berkenaan, 16 orang atau 21% menyifatkan memahami dan menggunakan bahasa kebangsaan adalah tidak penting berbanding penguasaan bahasa ibunda mereka.

28 orang atau 37% pula menggunakan BM kurang dari 5 kali sehari manakala 20 orang pula menggunakan BM kurang dari 3 kali sehari ataupun tidak menggunakannya langsung.

Untuk laporan penuh, sila klik sini.


Seperti yang kawan pernah tulis sebelum ini (klik sini), sikap kaum Cina yang lebih mementingkan pendidikan venakular di peringkat sekolah rendah menjadi antara penyumbang utama kepada kegagalan integrasi kaum di negara ini. Cadangan mewujudkan "Sekolah Wawasan" oleh Kementerian Pendidikan ditolak mentah-mentah oleh pertubuhan pendidikan Cina sedangkan kaum India masih boleh bertolak-ansur dalam hal ini.

Selain itu, bagi golongan menengah kaum Cina, majoriti mereka menggunakan Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahsa pertuturan keluarga. Anak mereka, sejak dari kecil diasuh menggunakan BI dan bahasa ibunda. Kalau adapun berinteraksi dalam BM, adalah dengan orang gaji berbangsa Indonesia. Apabila anak itu memasuki alam persekolahan, mulalah anak itu menerima kejutan budaya kerana terpaksa menggunakan BM yang jarang digunakan oleh keluarga mereka.

Begitu juga halnya apabila memasuki alam pekerjaan. Ada sesetengah syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina mensyaratkan dalam iklan pengambilan pekerja, pemohon mestilah mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Mandarin. Berapa kerat sangatkah anak Melayu dan India yang boleh bertutur bahasa Mandarin?
















Selain itu, BI menjadi bahasa perantara dalam urusan perniagaan dan bahasa pertuturan di pejabat. Maka penggunaan BM semakin terpinggir dalam urusan seharian. BM menjadi penting dan cuma digunakan apabila hendak berurusan dengan jabatan kerajaan.

 



Secara tak langsung, jurang penggunaan BM semakin melebar. Kaum Cina tanpa disedari, semakin terpisah dari  berinteraksi  menggunakan BM dengan bangsa lain. Maka apabila mereka ini terpaksa berurusan dengan jabatan kerajaan, terjadilah komunikasi antara ayam dengan itik.

Kawan sudahpun menegaskan sebelum ini, kaum Cina harus menghentikan perbuatan mempolitikkan bahasa dan integrasi bangsa. Kerajaan dari mula merdeka hingga kini amat menghormati adat-resam dan budaya kaum lain dan tidak pernah pun berhasrat untuk menghapuskan identiti sesuatu bangsa. Namun begitu, pada masa yang sama, kaum lain juga mestilah bertolak-ansur untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu-padu. Asas pertamanya ialah dengan memahami dan menggunakan BM. Kalau rakyat Jepun, Korea, Perancis dan Jerman boleh berbangga menggunakan bahasa kebangsaan mereka, mengapakah kaum Cina tidak boleh dan tidak mahu menggunakan bahasa kebangsaan?

Jika kaum Cina benar-benar ikhlas mahukan kerajaan merealisasikan konsep 1Malaysia, apa kata jika mereka terlebih dahulu menunjukkan komitmen mereka dalam mempraktikkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih kerap supaya proses integrasi antara kaum di negara ini akan berjalan dengan lebih lancar dan menyemarakkan semangat harmoni di kalangan rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...