ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 14 Mei 2011

BERAPA JUTA RAZALI DIBAYAR BN?

Semalam negara digemparkan dengan laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli DAP, Mohd Razali Abdul Rahman yang mendakwa ikrar segolongan paderi Kristian dalam satu majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi untuk menukar agama rasmi Malaysia kepada Kristian adalah benar dan bukannya spekulasi blogger yang mendedahkan isu berkenaan.




Maka, mulalah pemimpin DAP yang pada mulanya menafikan dakwaan berkenaan, berkokok mengatakan Razali kemungkinan dipaksa untuk membuat laporan polis berkenaan oleh saudaranya yang merupakan seorang polis cawangan khas (sumber : Malaysian Insider). Razali juga telah diberikan kata dua untuk mendedahkan kandungan laporan polisnya kepada pimpinan DAP dalam tempoh 24 jam bagi membolehkan DAP mengambil tindakan susulan ke atasnya.


Kawan memang dah menjangka penafian sebegitu rupa akan dibuat oleh DAP. Dan kawan juga tak terperanjat, sehari dua lagi, akan muncullah pula tuduhan bahawa BN telah membayar Razali berjuta RM untuk membolehkan Razali muncul melaporkan "versi" yang berlainan dari apa yang diceritakan oleh Jeff Ooi yang kononnya sibuk bermain I-pad semasa paderi-paderi berkenaan berdoa.

Dan kawan juga menjangkakan, Razali berkemungkinan akan dibuang dari parti DAP kerana bertindak mengkhianati dasar parti yang kononnya menjunjung kebebasan bersuara. 


Apa-apa pun, kawan berharap PDRM akan menyiasat dengan mendalam dakwaan Razali itu dan mengambil tindakan keras sekiranya laporan polis Razali itu benar. Turut patut diambil tindakan adalah Jeff Ooi sendiri selaku penganjur majlis berkenaan serta parti DAP yang mempunyai agenda tersendiri untuk mengubah perlembagaan negara.


PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti membuat siasatan terperinci dengan kadar segera kerana dakwaan yang dibuat Razali itu telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam. Sebelum keadaan menjadi lebih panas, lebih baik api yang membara di dalam sekam itu dipadamkan terlebih dulu.


Dan kepada DAP, anda memang tidak mahu belajar dari sejarah. Jangan ingat ada segelintir Melayu yang bersekongkol dengan kamu, kamu boleh berbuat apa sahaja di bumi bertuah ini. Jangan sesekali cuba bermain api dengan umat Islam. Pada masa itu, Nik Aziz sendiri pun dah tak dapat selamatkan kamu. 


Jagalah dan hargailah keharmonian yang telah terbina sekian lama. Dan jangan terlampau ghairah berpolitik hingga semua batas sempadan hendak dilanggar!!!

2 ulasan:

  1. Kami umat melayu tidak pernah memusuhi sesama umat dan juga bangsa lain yang bersikap sederhana. Tapi kami tidak akan merelakan DAP mengambilalih pemerintahan negara yang tercinta ini walaupun secara bersendirian mahupun berkongsi dengan pihak lain. Kepada mana-mana juga pihak yang turut bekerjasama dengan DAP, itu bermakna kamu telah mengkhianati segala pengorbanan dan perjuangan bangsa Melayu yang selama ini sanggup berkongsi segala yang ada di negara ini walaupun kami merupakan majoriti rakyat di negara ini.

    BalasPadam
  2. anti pembelit14 Mei, 2011 19:39

    Itulah padahnya kalau melayu terlampau bermurah hati dan terlalu banyak memberi. Akhirnya, kepala kita yg nak dipijak dap ni. Kalau itu pun melayu pkr & pas masih nak bersekongkol lagi dgn dap, tunggulah zaman kehancuran Islam tiba di negara ini. Mohon Allah Taala jauhkan negara ini dari bala bencana.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...