ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 11 Mei 2011

TEOH LEE LAN : MANGSA PERMAINAN POLITIK DAP

Adik Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan telah diberi "amaran keras" oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja, Tan Sri James Foong Cheng Yuen apabila mengeluarkan kenyataan "RCI bersekongkol dengan SPRM". Tan Sri James memberitahu bahawa suruhanjaya akan mengambil tindakan tegas ke atas Lee Lan jika terbukti dia mengeluarkan kenyataan itu. 



Tan Sri James nyata berang apabila berkata ahli suruhanjaya bekerja lebih masa, siang dan malam untuk memperolehi kebenaran. Dan mereka amat tersinggung dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Lee Lan itu sedangkan peguam yang mewakili Majlis Peguam sendiri mengakui tiada bukti yang boleh menyokong dakwaan itu.


Dan kawan menyokong penuh sekiranya tindakan diambil oleh suruhanjaya itu ke atas Lee Lan sebagai pengajaran supaya tidak ada pihak yang sesuka hati membuat dakwaan mengikut sedap mulut mereka sendiri menuduh suruhanjaya seperti ini kononnya "bias" dan bersekongkol dengan mana-mana pihak.

Walaupun kawan bersimpati dengan keluarga Beng Hock, tapi kawan tak dapat menerima tindakan ahli keluarganya terutamanya Lee Lan yang membenarkan diri mereka diperalatkan untuk kepentingan politik DAP. Kawan merasakan seolah-olah setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Lee Lan terutamanya, sudah disediakan skripnya terlebih dahulu.


Dan jika ianya benar, DAP mesti dikutuk habis-habisan kerana mempermainkan emosi keluarga mangsa demi untuk kepentingan politik mereka. Kononnya, merekalah juara yang memperjuangkan keadilan untuk keluarga mangsa sedangkan sebenarnya, DAP cuma ingin mengambil kesempatan atas tragedi malang yang menimpa keluarga Beng Hock.

Seperti yang pernah kawan tulis sebelum ini, kawan tak dapat bayangkan reaksi keluarga Beng Hock jika hasil penyiasatan suruhanjaya nanti menjurus kepada DAP mempunyai "saham yang besar" yang menyumbang kepada episod malang Teoh Beng Hock.

Pada siapakah nanti DAP akan menuding jari untuk dijadikan kambing hitam? Dan kawan amat berharap, imej SPRM akan dapat dibersihkan selepas laporan suruhanjaya diraja ini diumumkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...