ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 30 Jun 2011

ROZAN : NAK KENCING PUN, AGAK-AGAK LA SIKIT...

Aduh, tolong.... Kawan gelak berguling-guling tak boleh berhenti ni!!! Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Ripin mendakwa mereka tidak bertindak kasar ke atas gerombolan Patriot yang "membadai" ibupejabat PKR malam kelmarin kerana menghormati kebebasan berhimpun dan bersuara.


Podah!!! Yang sebenarnya, AMK dan PKR memang tak berani langsung nak tunjuk muka. Tu sebab, si Rozan ni berdiri menikus kat depan kedai memerhatikan suara keramat perjuangan Patriot. Bukannya orangramai tak tahu, AMK dan PKR ni berani bila sesama kelompok dia saja. Macam yang terjadi di ibupejabat Utusan Malaysia beberapa minggu lepas. Punyalah gah nak serah memorandum bantah laporan "Kristian" yang disiarkan Utusan Malaysia, sudahnya demonstrasi aman AMK Sam K dibatalkan bila Perkasa turun sama nak berdepan dengan diorang.

Si Rozan kata, PKR tak marah Patriot Pemuda Umno nak berhimpun beramai-ramai. Berani lawan tauke nampak! Yang bos besar dia yang melantik diri sendiri tu melenting belasah polis sebab kononnya tak ambil tindakan, apa benda tu?


Rozan ni merapu bila kata ucapan Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam berbaur ugutan dan melakukan provokasi terhadap PKR. Tolong cerita sikit, kat mana bahagian ucapan Lokman yang ugut dan "provoke" PKR. Kalau tak pasti nak cari kat mana, rujuk kat video atas ni. 

Rozan ni juga persoalkan kenapa Patriot serbu pejabat PKR waktu malam? Nampak benar orang penerangan PKR ni tak bijak. Kalau buat waktu siang, tak ke menyusahkan pengguna jalanraya yang lain dengan keadaan lalulintas yang sibuk. Buat perarakan bermotosikal tu sebelah malam di kala lalulintas kurang sibuk dan pejabat-pejabat semua telah ditutup, bukankah tak menyusahkan pengguna jalanraya yang lain? Bukannya macam Bersih 2 yang nak berarak tengah Bandaraya KL jam 2 petang, masa ramai orang balik kerja. Itu pun tak faham ke? Susah kalau PKR ada orang penerangan yang tak boleh berfikir dengan matang ni.

Rozan ni sekali lagi menyerlahkan ketidakbijaksanaan dia bila tanya kenapa tak serahkan memorandum kepada Pengerusi Bersih 2, Ambiga Juara Murtad? Dia ingat rakyat tak tahu dalang sebenar di sebalik Ambiga Juara Murtad tu adalah bos besar anugerah dia yang melantik diri sendiri tu! Hentikanlah hipokrasi kau tu Rozan!

Rozan juga persoalkan kenapa polis cepat saja tahan penyokong program anjuran pembangkang. Dia bagi contoh perarakan kepala lembu kat Shah Alam dulu. Dia ni nama saja orang nombor 2 penerangan PKR, tapi tak ikuti perkembangan. Yang dah didakwa di mahkamah berkenaan demo kepala lembu tu, apa? PR sendiri pukul canang orang Umno yang didakwa tu adalah dalang sebenar demo kepala lembu tu. Kalau tak percaya, klik kat sini dan sini.         

Kawan nak beritau pada si Rozan ni, jangan nak berselindung di sebalik alasan menghormati hak berhimpun. PKR kena terima pembalasan sebab sebelum ni, puak diorang yang ghairah "berhimpun" di masjid-masjid terutamanya selepas sembahyang Jumaat untuk mencari pengaruh dalam sesuatu isu. Jadi, bila kena kat batang hidung sendiri, baru padan muka! Macam mana pun, terima kasihlah sebab kata dia yakin Patriot Pemuda Umno yang berarak malam tu tak akan membuat kejadian yang tak diingini. Yang ganas bila berhimpun ialah puak-puak penjilat Bapak Penipu Malaysia macam terjadi tahun 1998 dulu.... 

1 ulasan:

  1. pookeeyarr mmg celaka!

    slmziarah
    harap sdr dpt follow dan paut blog saya kembali

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...