ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 2 Julai 2011

HASUT KRISTIAN : APA PULAK KATA GUAN ENG KALI INI?

Pengendali blog Taikors & Taikun, Tony Yew membuat laporan polis semalam terhadap pembantu Lim Guan Eng, Chan Lilian yang menghantar mesej melalui laman Twitter, kerana menghasut penganut Kristian untuk menyertai perarakan Bersih 2 atas segala penganiayaan yang dilakukan terhadap mereka.
Sumber : Utusan Malaysia Online 02/07/2011

Kawan mengucapkan syabas kepada Tony kerana tampil mendedahkan hipokrasi Cina Sepet DAP yang tak sedar diri ni. Ketika Utusan Malaysia mengeluarkan artikel muka depan "Kristian Agama Rasmi?" yang memetik sumber dari 2 blog yang melaporkan ikrar sekumpulan pastor Kristian untuk menukar agama rasmi negara dari Islam kepada Kristian, Guan Eng antara yang terawal bingkas mengutuk laporan itu dan menuntut supaya Utusan Malaysia dikenakan tindakan oleh KDN kerana membuat hasutan berbaur perkauman.

Kini, pembantunya sendiri didedahkan menghasut masyarakat Kristian kononnya kerajaan menindas masyarakat Kristian. Sedangkan realitinya, kerajaan dah cukup baik kepada penganut semua agama apalagi Kristian. Tak ingat kes gereja terbakar dilontar bom api? PM dan TPM dengan segera turun melawat tempat kejadian dan menghulurkan bantuan untuk membaiki gereja berkenaan.

Itu belum lagi kes penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu. Kerana terlalu bertoleransilah, kerajaan akhirnya membenarkan kalimah Allah dibenarkan penggunaannya oleh penganut Kristian di Malaysia Timur walaupun dibantah oleh sebahagian besar umat Islam di negara ini.

Selama merdeka, masyarakat Kristian tak pernah dihalang mengamalkan agama mereka. Gereja tumbuh melata serata negara tanpa halangan. Perayaan Krismas diberikan cuti umum, malahan kerajaan turut menggalakkan semua rakyat mengeratkan perpaduan kaum dengan membuat rumah terbuka peringkat nasional pada hari perayaan besar setiap agama seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.

Jadi, terbukti sudah pembantu Lim Guan Eng ini membuat kenyataan menghasut. Kawan masih tunggu reaksi Guan Eng terhadap laporan ini. Adakah nanti nak salahkan Utusan Malaysia lagi kerana siarkan laporan ini? Atau Guan Eng akan kutuk kerajaan kerana tak ambil tindakan tegas terhadap Chan Lilian? Kawan tak yakin Guan Eng akan tampil meminta kerajaan bertindak kerana yang terlibat adalah pembantunya sendiri yang ibarat "angel" yang tak ada buat sebarang salahpun. 

Kawan cabar Guan Eng, kalau betul kau anak jantan, kau sendiri mesti tampil desak kerajaan penjarakan Chan Lilian ni kerana menjejaskan keharmonian beragama di negara ini. Jangan nanti keluar kenyataan, asyik nak salahkan Utusan Malaysia saja!!!!                      

1 ulasan:

  1. ANAK BUKIT HIJAU02 Julai, 2011 09:07

    Salam UP4U2C.

    Pertama, tahniah Tony Yew.

    Aku setuju sangat agar kali ini LGE sendiri buat keputusan sebagai seorang gentleman.

    Pecat pembantunya yang jelas cuba melaga-lagakan penganut kristian dan penganut Islam.

    Atau bagi dia "rehat di mana-mana"

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...