Perbicaraan kes bunuh usahawan kosmetik terkenal, Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya sedang berjalan sekarang. Pihak pendakwaan telahpun memanggil 24 orang saksi, termasuk bekas suami Allahyarhamah, Buhari Mohamed, yang telah memberi keterangan semalam. Hari ini pula, pihak yang terbabit dalam perbicaraan kes berkenaan melawat tujuh lokasi tempat penemuan bahan bukti dan pembunuhan mangsa-mangsa berkenaan.
Apa yang menjadi kemusykilan kawan ialah, kenapa laman web yang pro PR kurang membuat liputan perbicaraan kes ini berbanding publisiti berlebihan yang diberikan terhadap kematian peserta demo jalanan Kotor 2, Baharuddin Ahmad mahupun prosiding mahkamah koroner bagi menyiasat kematian bekas Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed.
Carilah di laman web Harakahdaily, Free Malaysia Today, Keadilandaily, Roketkini; tiada sebarang liputan diberikan kepada perbicaraan kes ini. Malaysian Insider ada membuat sedikit liputan tetapi terlalu sedikit berbanding dengan 2 kes yang disebut di atas. Tak usah ceritalah kalau dibandingkan dengan kes Teoh Beng Hock, bagai langit dengan bumi perbezaannya.
Kawan nak tanya kepada pengendali laman-laman web ni, kenapa tiada liputan dibuat terhadap kes ini? Adakah kerana jenayah ini tidak dilakukan oleh agensi kerajaan seperti Polis atau SPRM, maka tak payah buat liputan? Ataupun, kerana suspek utama kes ini, dikhabarkan menjadi penyumbang dana kepada salah sebuah parti politik dalam PR, maka laman web yang pro PR mengambil keputusan menjauhkan diri untuk mengelakkan mereka dikaitkan dengan pembunuhan kejam ini?
Jika itulah sebabnya, maka ternyata rakyat Malaysia sekali lagi tertipu dengan agenda laman web pro PR ini. Mereka cuma berminat untuk mengambil kesempatan terhadap berita yang boleh memberikan "political mileage" kepada mereka untuk membelasah dan menonjolkan keburukan agensi kerajaan.
Jika jenayah dilakukan oleh mereka yang ada hubungkait dengan parti-parti di dalam PR, maka mereka akan berdiam diri. Serupa juga dengan kes kematian Allahyarham adik Saiful Syazani yang dibelasah teruk oleh warden asrama di sebuah sekolah rendah yang dikelolakan oleh Pas di Perlis, semuanya menyepi seribu bahasa.
Di mana prinsip keadilan yang diperjuangkan PR? Di mana konsep negara berkebajikan yang diwar-warkan oleh Pas? Apakah ada liputan berpilih terhadap kes-kes jenayah. Jika dilakukan oleh agensi kerajaan, berlumba-lumbalah juak ini melaporkan dan memberi publisiti besar-besaran. Jika dilakukan oleh yang ada kaitan dengan mereka, kata orang muda sekarang, "make dono" saja.
Kalau beginilah caranya, jika PR memerintah, penyokong BN dan golongan atas pagar yang tidak menyokong PR, jangan haraplah untuk mendapat pembelaan dari mereka ini. Semua slogan dan janji manis hanya tinggal mainan bibir mereka saja. Lihatlah sendiri apa yang mereka lakukan kepada penduduk Kg Buah Pala. Dan khusus kepada orang Melayu, fikir-fikirkanlah sebelum anda membuat keputusan, parti mana yang anda akan pertaruhkan kepercayaan ke atasnya pada PRU13 nanti....
Apa yang di coretkan di atas itu memang benar belaka. Pembangkang yang tidak mempunyai nilai langsung sebagai pembangkang. Sepaptut nya mereka ini mesti lah menunjokkan kelakonan yang baik dan terus menjadi pembangkang yang di hormati. Tapi tidak....pembangkang haprak!!!
BalasPadamDi Pulau Pinang ada Freedom of Information,acuan LGE.Maka selective cover adalah tabiat mereka dan selective amnesia adalah amalan mereka ...
BalasPadamdouble standard ....dll berlakon adalah hobi mereka....
Tapi kita jangan ambil ringan ,terus pantau mereka ,jangan lepas daripada radar skrin...
Mudahan2 UMNO sedar dan berubah.
PG-"sengaja nak cari pasal,memang nak cari isu".PG thank you.
arjuna waspada
changkat lobak
agak2 nant dalam harakahdaily ader tak berita sukan tentang perlawanan bolasepak Malaysia VS Arsenal.
BalasPadam