ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 7 Julai 2011

MP PAS KUALA SELANGOR YANG TAK SERIK-SERIK

Namanya ada gelaran Dr, tapi kenyataan yang dibuatnya lebih rendah tarafnya dari pemikiran seorang budak tadika. Tak taulah kalau dia ni keluarkan kenyataan semata-mata untuk glamor dan mendapatkan publisiti sehingga merendahkan darjat intelektual golongan Dr.


Sebelum ni, kawan dah sumbat mulut dia ni bila dia meleteri Bank Negara kerana menaikkan OPR dalam posting kawan yang bertajuk "Bila Dr Pas bersyarah pasal ekonomi" (klik sini). Ingatkan dah serik kena cili tempohari, rupa-rupanya hari ni dia buat lagi. Lihatlah kenyataan dia kat laman web Free Malaysia Today ni :

Ikut sedap mulut dia saja belasah PM tak bertanggungjawab. Bila masa pulak PM isytiharkan pesilat Silat Lincah sebagai benteng ketiga negara? Yang buat kenyataan tu ialah Mahaguru PSSLM, Tan Sri Omardin Mauju. Tak percaya, lihat keratan artikel Utusan Malaysia ni :


Oppsss, lupa. Penganut Pas HARAM baca Utusan Malaysia. Diorang cuma boleh baca Harakah saja. Patut lah jadi katak bawah tempurung. Bagi kenyataan, main belasah saja. Nak kata PM tak bertanggungjawab, Dr Pas ni lagi tak bertanggungjawab pasal bagi kenyataan tanpa usul periksa kebenaran fakta kenyataannya itu.


Dari segi Islam, apa hukumnya kalau buat kenyataan tanpa fakta yang benar? Nampak sangat, Dr ni buat kenyataan mengikut bisikan syaitan dan hawa nafsu untuk menonjolkan kononnya puak dialah yang lebih baik dari orang lain demi untuk mencari publisiti. Tapi nak marah sangat kat Dr ni pasal ikut bisikan syaitan pun tak boleh jugak. Sebab, dia dah dapat lesen besar dari Mursyidul Amnya yang bagi fatwa memang boleh berkawan dengan syaitan. Dia cuma ikut saja fatwa bos besarnya. Dah jadi macam robot pulak, seolah-olah diprogramkan oleh bos besar dan tak boleh berfikir sendiri akan kebenaran fatwa bosnya tu.


Dah tu, cuba pulak nak laga-lagakan kononnya Umno dah ada 2 regu, regu DS Najib dan regu Hishamuddin. Dalam hal Kotor 2 ni, tak pernah pulak dengar kenyataan walau seorang pun pemimpin Umno yang sokong kempen Kotor 2 tu. Buat fitnah lagi. Ah, cukup-cukuplah buat dosa yang hukumnya seolah-olah membunuh saudara Islam sendiri. Bawak-bawaklah bermuhasabah di tengahmalam, fikir betul ke halatuju perjuangan aku ni. Kan lebih baik?


Maka betullah, Islam Pas hanya tinggal pada nama saja sedangkan pemimpin dan pengikutnya tidak lagi menurut syariat Islam dalam berpolitik. Kata Islam itu syummul dan ad-din, tapi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu sendiri tidak mempraktikkannya. Apa dah jadi?                 

6 ulasan:

  1. Bukan DS Najib dah lama sebut pasal barisan pesilat ni jadi benteng pertahanan ke-3 selepas Tentera dan PDRM ke?? Dari akhir tahun lepas sebelum terbentuknye AJK BERSHIT 2.0 lagi. Betul kata penulis up4u2c, puak setan dlm hamPAS tak baca Utusan atau Berita Harian, mane nak tau perkara ni. Mereka ni umpama katak bawah serban je. Bezanye Dr. Dzulkefly ni katak minum kencing Nuar duduk dalam kot.

    BalasPadam
  2. Berita Harian: 2010/10/11
    KUALA LUMPUR: Persatuan silat di negara ini digesa mencontohi usaha Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi menambah jumlah keahliannya kerana seni mempertahankan diri warisan Melayu itu dilihat mampu mengukuhkan disiplin serta jati diri pengamalnya.

    Usaha itu juga akan memartabatkan semula kedudukan silat, yang mana suatu ketika dulu tidak dapat dipisahkan dengan orang Melayu, khususnya di kalangan generasi muda.
    Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata ia juga sejajar saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu menjadikan silat benteng ketiga pertahanan negara selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Mesyuarat PESAKA minggu lalu turut meluluskan supaya persatuan silat mengikut (Silat Cekak Ustaz Hanafi) menambah keahliannya,” katanya ketika merasmikan “Cabaran 1 Dalam 10,000” Kempen Jom Silat anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di Dataran Merdeka di sini, semalam.

    Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka turut memuji usaha persatuan silat terbabit mengembangkan silat di universiti tempatan.

    “Cabaran 1 Dalam 10,000” adalah kemuncak kepada Kempen Jom Silat bagi 2010, yang dianjurkan selama tujuh tahun bermula 2009, bagi mengembangkan Silat Cekak Ustaz Hanafi di kalangan generasi muda yang berumur antara 13 hingga 40 tahun.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama 19:53,

    Terima kasih kerana "copy & paste" artikel Berita Harian di atas. Sebelum membuat posting ini, kawan dah cari terlebih dulu kenyataan yang keluar dari mulut PM sendiri berkenaan isu pesilat benteng ketiga negara ini. Dan kawan takpun berjumpa dengan artikel yang berkenaan.

    Kenyataan di atas dikeluarkan oleh DS Ali Rustam, bukannya dari mulut DS Najib sendiri. Bukannya kawan kata DS Ali berbohong, tetapi ianya adalah "hearsay".

    Sekiranya ada artikel yang betul menyebut DS Najib sendiri yang keluarkan kenyataan itu, kawan bersedia menarik semula artikel ini dan memohon maaf kepada yang terlibat.

    BalasPadam
  4. UP4U2C, apa masalahnya kalau perkara ini keluar dari mulut DS Najib sekalipun. Niat beliau sudah lama mahu menaikkan seni silat menjadi benteng pertahanan negara. Yang Dr. Dzulkefly ni sebut baru2 ni hanya bila ada perhimpunan BERSIH baru kononnya DS Najib nak bodek pertubuhan silat supaya menyokong kerajaan.

    Padahal isu benteng pertahanan ni dah disebut dan dicanang dari hujung tahun lepas sebelum pembentukan AJK BERSIH lagi. Tiada usaha bodek membodek langsung. Cuma puak2 pembangang je yang tak tahu tentang perkembangan semasa. hanya mengharapkan sumber dari Harakah, Malaysiakini, Malaysia Today dsb. Puak pembangang yang mempunyai minda tertutup.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama 22:29,

    Terima kasih atas sokongan anda...

    BalasPadam
  6. sambungan...

    Oleh itu, kalau ade artikel yang menyatakan perkara ni bahawa ia pernah keluar dari mulut DS Najib dan dimain2 oleh puak pembangang, bagi saya tak perlu tarik balik tulisan saudara ni. Isu yang sebenar DS Najib sudah ucapkan dari tahun lepas, tiada kena mengena dengan pergerakan haram BERSIH pun. Sekian, selamat maju jaya buat penulis.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...