Sebenarnya, dah lama kawan menyepikan diri, duduk memerhati perkembangan politik tanahair. Pelbagai kisah panas yang berlaku tidak berjaya mengubah hati kawan untuk kembali menaip artikel baru. Hinggalah kawan membaca komen-komen pengikut totok PR yang sesuka hati saja membangangkan orang lain.
Yang dibangangkannya tu pulak, bukannya orang yang sama taraf dengannya yang menjadi pencacai "Penipu Rakyat" itu, sebaliknya seorang negarawan yang amat besar jasanya, bukan sahaja di negara ini, malahan turut mendapat pengiktirafan dari masyarakat dunia. Orang yang dibangangkan itu tak lain tak bukan adalah bekas PM kita yang amat kawan sanjungi, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Si totok ini marah sangat bila Tun M beri kenyataan dalam akhbar Sinar Harian pada 06/02/2013 (klik sini untuk artikel penuh) bahawa Pas tidak berani keluar dari Pakatan Rakyat kerana bergantung kepada DAP. Menjadi orang pertama yang memberikan komen, si pencacai ni dengan bangganya membangangkan Tun M dengan bertanya untuk apa PAS keluar dari PR, adakah supaya mudah UMNO meneruskan agenda menipu Melayu? Si pencacai ni merupakan antara penyumbang tetap komen dalam kebanyakan artikel di Malaysiakini dan setiap komennya penuh dengan kata kesat terhadap kerajaan dan penyokong BN.
Kawan teringin juga nak bertanya kepada pencacai PR ni, kalau dia dah pandai sangat, apa yang dia dah sumbangkan kepada negara ini? Sebangang-bangang Tun M, insan inilah juga yang dengan penuh berani dan tegas menolak bantuan IMF ketika krisis kewangan 1997-1998 dulu. Insan inilah, yang menghabiskan masa berjam-jam dalam sehari untuk meneliti perancangan bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia dan tidak terjebak dalam perangkap pakej bantuan IMF sepertimana yang terjadi kepada Indonesia. Insan yang dikatakan bangang inilah juga yang berani menongkah arus mengambil pendekatan konservatif dengan memperkenalkan dasar tambatan matawang Ringgit kepada Dollar US dan menarik balik penggunaan Ringgit di luar pesisir negara bagi menjaga kedaulatan negara ini.
Insan yang dipanggil bangang ini jugalah yang bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia. Tanyalah kepada rakyat Bosnia, adakah mereka kenal kepada insan yang bernama Mahathir ini? Tun M adalah orang yang bertanggungjawab menghebahkan kepada dunia akan kejadian penghapusan etnik Islam Bosnia di kala negara kuasa besar seolah tidak ambil peduli terhadap krisis berkenaan. Insan yang dipanggil bangang inilah juga antara yang terawal muncul sebagai pemimpin yang menawarkan bantuan kepada kerajaan dan rakyat Bosnia-Herzegovina untuk bangun membina semula negara berkenaan yang hampir musnah akibat krisis Serb-Bosnia itu.
Insan yang dipanggil bangang ini jugalah orangnya yang mencetuskan kemarahan Amerika apabila berucap merasmikan persidangan OIC yang terakhir dipengerusikannya sebelum persaraannya dengan mengatakan bahawa orang Yahudi memerintah dunia melalui proksi. Tiada pemimpin negara Islam pada masa itu yang secara konsistennya berani mengkritik US dan Israel melainkan Tun M. Tanyalah kepada masyarakat dunia samada mereka bersetuju atau tidak dengan kritikan berkenaan? Jawapannya, sudah pasti ya!!!
Dan di bawah kendalian insan yang dipanggil bangang ini jugalah, Malaysia menikmati kemajuan pesat sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Jambatan Pulau Pinang, kereta nasional Proton dan Lebuhraya Utara-Selatan adalah antara pemangkin kegiatan ekonomi yang diilhamkan oleh Tun M. Begitu juga dengan Putrajaya yang amat digilai oleh Penipu Rakyat itu juga adalah hasil ilham Tun M. Pelaburan asing masuk mencurah-curah di zaman beliau hingga menyediakan jutaan peluang pekerjaan di negara ini. Entah-entah, keturunan si pencacai ini jugak merupakan salah satu cerita kejayaan Tun M memakmurkan negara ini.
Kepada si pencacai ini, kawan ingin berpesan, muhasabahlah diri sendiri dulu sebelum dengan begitu mudah membangangkan tokoh negarawan yang terbilang ini. Melainkan anda sendiri mempunyai jasa yang lebih besar berbanding Tun M kepada negara ini, anda langsung tidak berhak untuk membangangkan Tun M. Memang boleh berbeza pendapat tetapi jagalah tutur-kata dan adab ketika berbicara. Dikhuatiri, penyakit bangang itu akan berbalik kepada diri anda semula, Masya Allah.... Dan kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Tun M, sila "like" laman facebook ini : http://www.facebook.com/ILOVETUNM?sk=wall....
Pencacai yg kata Tun Mahathir bangang tu lah yg sebenar2nya bangang!!..Kecik2 xnk mampos, dh besar menyusahkan org dgn pandangan bangang nya tu!!!
BalasPadam