ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 13 April 2013

AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA...

Kawan mendapati, sejak parlimen dibubarkan oleh PM pada 3 April lepas, kempen media siber semakin agresif momentumnya. Dalam keghairahan memperjuangkan fakta untuk memastikan kemenangan parti yang disokong, pelbagai pendedahan telah dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti lawan, baik yang pro BN mahupun PR.

Kawan juga tak terkecuali untuk turut serta. Namun begitu, itu tidak bermakna dalam keghairahan melaporkan berita terkini, kawan akan menulis artikel membuta-tuli sebagaimana yang terjadi sejak kebelakangan ini.
Info Mustafa Ali letak jawatan, sumber tak perlu dinyatakan
Penafian Mustafa meletak jawatan

Kawan perhatikan, ada sebahagian dari blogger yang begitu pantas melaporkan sesuatu berita yang belum dipastikan kesahihannya. Sebagai contoh, berita bahawa Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali yang terpalit dengan kontroversi video seks lelaki miripnya, dikatakan telah mengakui bahawa beliau adalah lelaki di dalam video itu dan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya dalam parti serta-merta; sedangkan kemudiannya keluar laporan Mustaffa membelasah media UMNO melemparkan fitnah bagi mengaibkan dirinya, kawan rasa ini tidak sesuai dengan etika pemberitaan.
Haron Din keluar dari PAS?
Penafian Haron Din pula

Contoh terbaru pula adalah berita yang Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang dikatakan meninggalkan Pas dan menyatakan sokongan kepada BN. Heboh di laman Facebook tentang kenyataan yang katanya dikeluarkan oleh Haron sedangkan Haron sudahpun mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Arau atas tiket Pas dan tidak sesekali keluar kenyataan dari mulutnya bahawa beliau akan meninggalkan Pas.

Pemberitaan sensasi sebegini sememangnya boleh mengundang trafik yang tinggi ke blog dan juga mendapat like dan komen yang banyak di laman Facebook. Namun, jika berita berkenaan tidak benar, tidakkah ia menjatuhkan kredibiliti si penulis? Di mana nak diletakkan perasaan malu si penulis?

Kerana itu, kawan tidaklah terlalu ghairah untuk turut serta dalam perang siber yang tiada batas sempadan ini. Kawan akui, blog kawan bukanlah blog yang glamer dan sentiasa mendapat rating tinggi dan bukan itu keutamaan kawan. Kawan menulis cuma untuk berkongsi fakta dan maklumat yang telah kawan analisa dan rasakan benar. Kalau ada 10 orang pun yang sudi membaca tulisan kawan, kawan dah rasa bersyukur sangat.

Kawan lebih rela tidak mendapat rating tinggi dari dimalukan kerana melaporkan berita yang kurang tepat. Peringatan ini kawan tujukan kepada diri kawan terlebih dahulu dan maaf jika ada rakan-rakan blogger lain yang tidak senang dengan artikel kawan ini. Jika ada blogger lain yang berkongsi rasa yang sama, Alhamdulillah kawan ucapkan. Apapun, kawan masih lagi pendokong aspirasi BN dan akan terus berjuang untuk memastikan kesinambungan pemerintahan BN di negara tercinta ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...