Biarlah kawan panggil diorang ni ayam, berkokok dan berketuk tak kira masa. Kalau panggil binatang yang menyalak tu, nanti dikatanya kita tak ada adab dan budi-bahasa pula. Jadi, kawan gunalah perumpamaan yang sopan sikit.
Rupa-rupanya, ada jugak makhluk yang tak berpuashati dengan pemilihan tarikh mengundi pada hari Ahad, 5 Mei 2013 nanti. Chief diorang yang tak puashati ni, siapa lagi, kalau bukan perempuan yang entah ada berapa banyak mulut sebab kerjanya asyik bercakap je... Kerja belum tentu satupun yang jalan. Siapa lagi kalau bukan si Nurul Izzah tu...
Sumber : Sinar Harian 10/04/2013 |
Dia kata pemilihan hari Ahad sebagai hari mengundi akan menyusahkan rakyat di negeri-negeri yang bekerja pada hari Ahad iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Bila perempuan ni mula bersuara, makin terserlah ketidakcerdikannya. Itupun nak disusahkan? Dia tak terfikir ke, PM Datuk Seri Najib adalah seorang PM yang prihatin terhadap kesusahan rakyat. Masalah menyusahkan yang diperkatakannya tu, boleh diatasi dengan senang saja.
PM umumkan cuti umum pada 05 Mei tu. Jadi, pengundi kat 3 negeri tu boleh pergi mengundi dengan bebas manakala negeri lain yang bercuti pada hari Ahad secara automatik mendapat cuti tambahan pada esoknya (Isnin). Jadi, siapa yang mengundi di kampung halaman tu seperti ramai orang Kelantan yang bekerja bertebaran di seluruh Semenanjung, ada cukup masa untuk balik mengundi dan kembali semula untuk bekerja pada hari Selasa. Logik macam tu pun si Nurul Izzah ni tak boleh fikir?
Yang menariknya, komen perempuan pendek akal ni, disambut dengan komen rendah fikiran oleh penyokong-penyokong dia. Cuba tengok komen-komen kat bawah ni :
Korang tengoklah sendiri, betapa kurang cerdiknya komen puak-puak pembangang ni. Malas nak komen lebih-lebih. Pendapat korang pulak?
Yang menarik kisah Cik Sah baca doa dan Mohd Anuar mengaminkannya. Kekekekeke
BalasPadam