ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 13 April 2013

ULAMA PAS HAMPIR SAMPAI TARAF MAKSUM?

Kawan tertarik dengan satu artikel yang terdapat dalam laman Facebook rasmi Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam artikel berkenaan, penulis berkenaan mempertikaikan cercaan, makian dan kata-kata menghina MB Kelantan yang dilemparkan oleh lawan Nik Aziz kepadanya.

Kawan juga kurang bersetuju dengan pelbagai gelaran yang kurang sedap didengar telinga diberikan kepada Nik Aziz. Tapi, itu bukan bermakna Nik Aziz sempurna dalam segala aspek. Rasanya para penyokong BN dan mereka yang berkecuali termasuk kawan sendiri TIDAK SAMA SEKALI mempertikaikan apabila Nik Aziz berceramah yang selari dengan kehendak Islam baik dari segi aqidah, fiqah, muamalah dan sebagainya.

Yang orang pertikaikan adalah apabila Nik Aziz dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan pendapat yang dilihat cenderung ke arah menghalalkan apa saja perbuatan dan tindakan partinya. Itu yang orang marah. Di kala seorang Sasterawan Negara pengikut Pas menghasilkan novel yang penuh dengan bahasa mencarut, Nik Aziz keluar kenyataan yang Allah juga mencarut. Selain itu, Allah juga dikatakan samseng bagi membolehkan penceramah Pas memaki-hamun pihak lawan di pentas ceramah mereka. Benarkah pendapat Nik Aziz itu? Sedangkan kita dari kecil diajar sifat-sifat dan nama Allah yang semuanya penuh dengan keindahan, sesuai dengan keesaan-Nya.

Begitu juga apabila Nik Aziz dengan senangnya melabelkan sembahyang golongan tertentu tidak mendapat pahala. Bukankah memberi ganjaran pahala itu adalah hak mutlak Allah S.W.T? Hanya Dia yang berhak menentukan samada amalan seseorang itu diterima atau tidak dan diberi ganjaran selayaknya ataupun tidak. Bagaimana pula dengan orang yang tekun beribadah tetapi niatnya tidak ikhlas semata-mata kerana Allah? Adakah Nik Aziz boleh menyelami hati seseorang dan menentukan bahawa dia ikhlas dalam ibadahnya? 

Bagaimana pula dengan kata-kata Nik Aziz bahawa beliau sanggup menerima pertolongan syaitan jika ia mahu menolong Islam? Bukankah banyak ayat di dalam Al-Quran mengatakan bahawa sesungguhnya syaitan itu adalah musuh umat Islam yang nyata? Adakah syaitan yang ingin menolong Islam sedangkan syaitan telah berjanji kepada Allah S.W.T untuk menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat? Kenyataan ini dikeluarkan bagi menghalalkan kerjasama Pas dengan DAP sedangkan pada satu masa dulu, UMNO dikafirkan kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.
Nik Aziz juga mengundang kemarahan ramai umat Islam apabila mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah meniru agama Kristian. Jika manusia yang paling mulia di sisi Allah tidak boleh diperingati hari kelahirannya, kenapa pula Nik Aziz memotong kek untuk sambutan harijadinya? Juga pendapat beliau yang mengatakan Nabi Muhammad S.A.W sama sahaja seperti mamat budak kampung sebelum baginda diangkat menjadi Rasul, sesungguhnya adalah sesuatu yang amat mengelirukan dan tidak dipersetujui oleh ramai ulama lain.

Yang paling besar adalah Nik Aziz membenarkan pemimpin parti kaum mata sepet menggunakan ayat Al-Quran dan menterjemahkannya secara bebas  bagi menghalalkan maksud perkongsian pakatan mereka. Juga apabila kalimah Allah dibenarkan oleh Nik Aziz untuk digunakan di dalam Bible Bahasa Melayu sebelum beliau dipaksa membuat u-turn oleh Majlis Syura Pas. Tidakkah terfikir apakah tujuan penggunaan kalimah Allah itu hanya bertujuan untuk menyesatkan umat Islam/Melayu?

Atas sebab pendapat yang meragukan seperti di atas, Nik Aziz ditegur oleh ramai orang Islam di negara ini. Tapi, pengikut taksub Pas sudah memartabatkan Nik Aziz seolah-olah sudah hampir ke tahap maksum para Rasul. Tak boleh ditegur langsung sehinggakan orang yang berani menegur Nik Aziz dikatakan sebagai menghina ulama.  

Pas mempunyai ramai ulama lain seperti Datuk Dr Haron Din dan Datuk Ismail Kamus. Mengapa mereka ini tidak pernah dikritik dan diusik oleh penyokong BN? Kerana, mereka ini begitu dihormati kawan dan lawan kerana istiqamah dalam perjuangan Islam mereka dan tidak mengeluarkan pendapat demi kepentingan politik semata-mata. Sebaliknya pendapat mereka adalah demi kepentingan Islam dan tiada sesiapapun dari UMNO yang mempertikaikan pendapat dua orang ulama besar ini. Contoh yang paling nyata adalah dalam isu penggunaan kalimah Allah di mana Haron Din bersama dengan Harun Taib begitu konsisten mengatakan ianya tidak boleh digunakan sehingga sanggup melawan kehendak bos besar mereka, Nik Aziz.
Kawan percaya, jika ulama seperti Datuk Haron Din yang memimpin Pas, lebih mudah untuk Pas dan UMNO duduk semeja mencari titik persamaan bagi memperkukuhkan perpaduan umat Islam di negara ini. Nik Aziz nampak terlalu mengidamkan keadaan yang syummul dan menganggap rakan perkongsian politiknya sebagai boleh dijinakkan untuk menerima Islam sedangkan hakikat sebenarnya adalah jauh panggang dari api. Kalau tidak, sudah tentu tiada agenda untuk menukar agama rasmi Persekutuan kepada Kristian dan kalimah Allah hendak digunakan dalam Bible Bahasa Melayu SAHAJA!!!

Sekali lagi kawan tegaskan, orang UMNO dan BN tidak sesekali memperlekehkan ulama sebaliknya bersuara apabila ulama itu sendiri menimbulkan kecelaruan di dalam masyarakat dengan pendapat yang tidak boleh diterima oleh umat Islam. Inilah hakikat yang sengaja tidak mahu difahami oleh pengikut taksub Pas... Pilihan di tangan anda... Buatlah pilihan yang bijak...   


                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...